Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berkolaborasi dengan rakan Sinergi Media Malaysia untuk menjayakan Misi #QuranHour melalui tiga program utama, iaitu World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention, di Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia, di platform Zoom, pada 15 April 2022.
Sesi taklimat tersebut disertai oleh wakil media seperti TV AlHijrah, Astro, RTM, Bernama, Utusan TV, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, Zayan FM, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima, Harakah Daily, dan Denaihati.com.
World #QuranHour kali ke 7 dengan tajuk “Dunia Bersujud” akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana, Studio TV AlHijrah, pada 24 Ramadan 1443H bersamaan 26 April 2022. Manakala, Malaysia #QuranHour diadakan pada 30 Ogos 2022 dan World #QuranConvention pada 17 dan 18 Disember 2022.
Tiga program utama tersebut dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama daripada rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan pada kempen gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) sepanjang tahun ini. Surah tersebut menjadi formula daripada Ilahi untuk meningkatkan rasa kehambaan kepada ALLAH, dan panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.
TV AlHijrah sebagai penyiar utama mengalu-alukan semua rakan media untuk mengambil “live feed” World #QuranHour pada hari tersebut. Diharapkan stesen TV lain seperti Astro, RTM, Media Prima dan Bernama TV turut sama menyiarkan program ini serentak pada 26 April 2022, Selasa, pukul 12 hingga 1 tengah hari.
Ads
Sesi taklimat tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Sajdah yang dibimbing oleh Qari Ustaz Ahmad Tirmizi Ali. Manakala sesi tadabbur disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.
Pengasas WUIF dan juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Dato’ Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif, WUIF, Marhaini Yusoff berkongsi maklumat mengenai penganjuran World #QuranHour 1443H/2022.
Sementara itu, TV Al-Hijrah yang diwakili oleh Pengurus Besar, Jabatan Kejuruteraan & Sokongan Penyiaran, Suffian Yahya dan Pengurus Penerbitan, Mohd Ashrudy Borhan memberi taklimat teknikal kepada rakan Sinergi Media.
Pada 2021, World #QuranHour yang diadakan secara hibrid mencatatkan 485 bilion capaian di media sosial, 2,700 lokasi berdaftar di dalam negara dan 42 lokasi luar negara.
Ads
Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan NGO di dalam dan luar negara dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1443H di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di https://bit.ly/REGWQH2022.
MENGENAI YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS DAN MISI QURANIC VALLEY
Sejak tahun 2013 hingga kini, gerakan Baca, Faham dan Amal Al-Quran telah digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) melalui pelbagai inisiatif.
Ini termasuk kempen penubuhan lebih 3000 Rumah Ngaji (#QuranCorner, Troli Ibadah) di seluruh Malaysia, penganjuran Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour melibatkan 76 buah negara dan mencapai 1.46 bilion capaian di seluruh dunia.
Ads
Terkini penghasilan program TV dan Digital berlandaskan Al-Quran seperti My #QuranTime yang telah dimanfaatkan oleh 10 juta penonton dan pelayar internet serta sumbangan lebih 150 ribu naskhah wakaf Al-Quran kepada para petugas barisan hadapan dalam wabak yang melanda.
Tabung Gerakan Al-Quran ini adalah bagi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah untuk membangunkan Lembah A-Quran (Quranic Valley) Menuju 1500 H.
Aktiviti utama Quranic Valley:
Wakaf dan infak al-Quran dalam bentuk mushaf dan pelbagai bahasa terjemahan.
Mewujudkan Quranic Valley (Lembah al-Quran) melalui Pembangunan dan Penyeleidikan (R&D) al-Quran, untuk tujuan Tadabbur dan Tazakkur di pelbagai peringkat ekosistem.
Infak & Wakaf Media bagi penyebaran kefahaman al-Quran melalui platform TV dan Digital.
Latihan pembangunan jurulatih tadabbur al-Quran untuk pelbagai golongan masyarakat.
Pemerkasaan kempen berteraskan interaksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.
Pemberdayaan Sahabah al-Quran yang menyumbang kepada misi MengQurankan Bangsa MengIkhlaskan Ummah.
Penonton drama Rindu Kasih yang kini sedang trending lakonan Ummi Nazeera dan Izzue Islam pasti geram dengan watak ibu mentua kepada Salina (Ummi Nazeera) kan?
Pada yang dikurniakan mak mentua yang baik, penyayang dan bertimbang rasa, syukur alhamdullilah. Tapi pada yang direzekikan sebaliknya, anda harus banyak bersabar ya.
Takkan sepanjang masa, kita nak melawan kan? Bagaimana keluarga nak harmoni. Tetaplah bersabar kerana di sebalik kesabaran itu pasti ada hikmahnya.
Sentiasa cuba menjalinkan hubungan yang baik dengan mentua, anda boleh lakukan amalan ini untuk melembutkan hati ibu mentua.
1. Sabar Dan Sentiasa Doa Kepada Allah “Allahumma taqabbal taubatil waghsil haubatii, wa ajib da’watii, wa tsabbit hujjatii, wa saddid lisaanii, wahdi qalbii, waslul sakhiimata shadrii.”
Maksudnya : Ya Allah, terimalah taubatku, hilangkan rasa khawatirku, jawablah doaku, teruskan ucapan benarku, arahkan hatiku kepada hidayah-Mu, dan lenyapkan kedengkian yang menyelubungi dadaku.
3. Doa Agar DiKurniakan Rasa Cinta Dan Kasih Di Hati Mentua
Allahumma inni as aluka, bi haibati adhamatika, wabi sathwati jalaalika an taj’ala mahabbatii fii Qalbii (sebutkan nama mertua), wa alqil mahabbata wal mawad data fii Qalbihi wa aththifhu, alayya bi fadhlika Yaa Kariim.
Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu, berkah wibawa keagungan-Mu dan amukan keluhuran-Mu, agar Engkau jadikan kecintaan di dalam hati (sebutkan nama mertua). Dan resapkanlah kecintaan dan kasih sayang terhadapku di dalam hatinya. Dan cenderungkan ia padaku lewat anugerah-Mu, wahai Dzat yang Maha Mulia.
4. Tawakal Allaahumma innaka antal azizul kabir. Wa anaa abduka adhdhoiifudzdzaliil. Alladzii laa haula wa laa quwwata illaa bika. Allaahumma sakhkhir lii…(sebutkan nama mertua) kama sakhkhorta firauna li musa. Wa layyin li qolbahuu kama layyantalhadiida li dawuda. Fa innahu la yantiqu illa bi idznika. Nashiyatuhuu fii qobdhatika. Wa qolbuhuu fi yadiKka. Jalla tsanau wajhik. ya arkhamar rakhimiin.
Maksudnya : Ya Allah, sungguh Engkau Maha Mulia Maha Besar. Sedangkan aku hamba-Mu yang sangat hina dina. Tiada upaya dan kekuatan keculi karena Engkau. Ya Allah, tundukkanlah… (sebutkan nama mertua) padaku, sebagaimana Engkau telah menundukkan Fir’aun pada Musa AS. Dan luluhkan hatinya untukku, sebagaimana Engkau telah meluluhkan besi untuk Daud AD. Karena sungguh dia takkan berbicara kecuali dengan izin-Mu. Ubu-ubunnya dalam genggaman-Mu, dan hatinya di tangan-Mu. Pujian wajah-Mu telah Agung, wahai yang lebih sayang para penyayang.
Semoga dengan mengamalkan doa-doa ini, hubungan anda dan juga mentua bertambah baik. Insya Allah
Sebut sahaja tempe, pasti ramai yang terkenang akan keenakan snak jawa tersebut. Ada yang suka memakan tempe yang di goreng nipis-nipis dan ada yang sukq bila dicampur dengan gulai lemak.
Makanan ini selalunya digemari oleh orang dewasa dan amat jarang digemari oleh kanak-kanak kerana bentuknya yang kurang menarik.
Namun bagi kanak-kanak berusia 3 tahun bernama Dhuha Mardhiyah ini, dia sangat menggemari tempe. Malah kanak-kanak ini boleh memakan tempe yang mentah begitu sahaja.
Video yang menampilkan kanak-kanak ini sedang menikmati tempe yang baru dibeli oeh ibunya menarik perhatian ramai warga TikTok.
Rupanya ramai yang baru tahu bahawa snak ini boleh dimakan mentah dan tinggi khasiatnya.
Menurut bapa kepada kanak-kanak ini Mohd Hizudin Asuad, anaknya mula diberi makan tempe mentah sejak berusia setahun lebih lagi.
Menurutnya, keinginan anaknya itu memakan tempe mentah adalah daripada dirinya juga.
“Sebenarnya saya pun suka makan tempe mentah. Semasa Dhuha setahun lebih, dia nampak saya makan tempe dekat dapur, kemudian dia minta. Saya bagi dia rasa. Tak sangka dia boleh makan mentah juga.”
“Setiap kali ibu dia masak di dapur, dia akan minta tempe mentah dan akan patah siap-siap jadi dua.
“Yang satu lagi Dhuha akan bagi saya dan satu lagi untuk dia. Sekarang ini setiap kali makan tempe, mesti dia akan patahkan dua sebab dia tahu saya suka makan juga.”
Ujur Asuad lagi, cara pemakanan sihat yang diterapkan kepada anak perempuannya itu enjadikan kanak-kanak berkenaan tidak mudah jatuh sakit.
Makan tempe mentah tidak memberikan kesan buruk kepada Dhuha sebaliknya ia membantu anak kecil itu membesar dengan sihat dan bijak.
“Alhamdullilah setakat ini tak ada apa-apa kesan lagi pada Dhuha. Tempe bagus sebenarnya untuk kanak-kanak sebab ia diperbuat daripada kacang soya. “
“Anak saya jarang sakit. Alhamdullilah. Kalau dia demam pun hanya sehari dua sahaja. Tak sampai teruk ke apa. Alhamdullilah dia sihat.”
Bercakap tentang amalan pemakanan sihat untuk anaknya, Asuad berkata perkara oitu perlu dipupuk dari rumah bermula dengan ibu bapa.
Siapa tak kenal dengan usahawan terpengaruh, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilkan Bonda. Ramai yang suka mengikuti laman sosial media Bonda kerana sering memberikan kata-kata nasihat serta motivasi kepada para pengikutnya.
Baru-baru ini,Bonda yang merupakan ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri telah tampil berkongsi pengalaman peribadi menjadi seorang mentua.
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh akaun TikTok Le Rawda, Bonda berkata bahawa dia tidak kisah sekiranya menantu tidak pandai memasak dan mengemas rumah.
“Kedua-dua menantu saya tak pandai masak dan berkemas sebenarnya. Saya tak pernah marah menantu saya lambat bangun tidur dan tak pandai berkemas. Yang hias rumah tu sebenarnya Syukri.
“Dulu mak saya mesti kena ada menantu pandai masak, cari kutu dan pandai kemas rumah. Zaman sekarang dah berubah.
“Saya tak kisah menantu saya tak pandai masak.. Slogan saya dengan anak perempuan saya, ‘kita jadi perempuan ni, lelaki sayang ataupun tidak sayang, lelaki ada atau tak ada, cerai hidup atau cerai mati.. kita kena pendirian teguh dan mampu berdiri sendiri.. jadi jangan bergantung kepada lelaki,” kongsinya.
Sementara itu, Bonda Rozita turut menyatakan yang menantunya perlulah berkecimpung dalam industri keusahawanan dan mempunyai banyak ilmu.
“Bila masuk dalam keluarga saya, menantu saya kena pandai kerja, berpendidikan dan banyak ilmu dan kena jadi usahawan. Kalau menantu saya balik, saya masak untuk menantu-menantu saya,” katanya lagi.
Ramai yang memuji pandangan dari Bonda ini kerana
menjadi seorang ibu mentua yang sangat baik serta berkongsikan kisah mereka bersama ibu mentua.
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...