Sesi persekolahan bagi tahun 2023 baru sahaja bermula pada bulan Mac yang lalu, namun kalau tengok pakaian sekolah anak-anak rasa geram sangat sebab ‘kepam’ seperti sudah bertahun-tahun digunakan.
Pernah juga melarang mereka untuk tidak bermain kotor, tapi budak-budak sampai manalah mereka akan hentikan aktiviti itu. Sehari dua mungkin dengar kata, tapi hari-hari berikutnya sudah seperti biasa.
Jadi mak-mak inilah yang terpaksa sental kotoran pada baju mereka. Ada juga menggunakan beberapa petua untuk kekalkan keputihan pada baju tapi semuanya tidak kekal lama malah ada yang menjadikan pakaian cepat reput.
Jangan risau, petua yang dikongsikan oleh Puan Leena Hassan ini sangatlah berguna dan jimat untuk mengekalkan keputihan pada baju.
Belajar daripada sepupunya seorang jururawat tentang cara mengekalkan baju unifom supaya kekal putih katanya dia hanya menggunakan sabun mandi saja.
Cara tersebut dipraktikkan untuk mencuci baju sekolah anaknya, ternyata memang berkesan. Bukan saja putih bersih, wangi pulak tu. Paling penting jimat tak perlu beli lagi pencuci yang mahal.
Bagi mak-mak yang ada anak sekolah tahun depan boleh ikut ya cara Puan Leena ni. Confirm kurang sikit membebel, sebab dah cuba!
Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih. Tapi tidak pernah menjadi.
Guna Cloroc, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna Vanish, kos tinggi. So saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nahhhhhh, Nin diaaaa cara-cara nya. Anda boleh cuba untuk uniform anak sekolah nanti.
Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.
Rendam baju-baju putih dengan sabun Lux yang diparut selama 1 malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa. Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental.
Dah siap, putih bersih kan
Simpan dan share tip ni dengan ibu-ibu lain ok! Terima kasih Puan Leena.
Sumber: Leena hassan
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club