
Penyanyi popular, Khai Bahar berdepan situasi cemas apabila kereta pacuan empat roda jenis BMW miliknya terlibat kemalangan.
Perkara itu dikongsi Khai atau nama penuhnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 29, menerusi perkongsian di Instagram Story (GS) miliknya.
“Bulan ni saja dah berapa kali balik Perlis? Tapi kali ni tak dapat sampai Perlis sebab terlanggar tayar lori tengah highway.
“Alhamdulillah, tak ada benda serius. Sesi nak pujuk mak pergi hospital gagal kali ni,” katanya.
Memetik laporan mStar, Khai berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5 pagi ketika dia memandu menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
“Alhamdulillah, mujur tak banyak kenderaan waktu tu dan saya pun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Ketika kejadian saya memandu seorang diri sebelum terlanggar sebiji tayar lori yang berada di tengah jalan dan saya gagal untuk mengelak,” jelasnya.
Mengulas lanjut, pelantun lagu Bayang itu menjelaskan dia pulang ke Perlis untuk memujuk ibunya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
“Saya kerap balik ni pun sebab selagi ada kesempatan saya akan berbakti pada lbu.
“Insya-Allah kereta rosak bukan masalah. Dan saya akan cuba untuk balik,” ujarnya.
Sumber: mStar, Instagram
Nak Pergi Dataran Tapi Takut Jem, Wargamaya Kongsi Tip Siap Bagi Peta Lagi, Confirm Tak ‘Stuck’.

Nak Pergi Dataran Tapi Takut Jem, Wargamaya Kongsi Tip Siap Bagi Peta Lagi, Confirm Tak ‘Stuck’.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke 65 sudah tentu ramai yang teruja untuk meraikan acara sambutan ini secara besar-besaran.
Berbanding acara tahun sebelum ini, yang dilaksanakan secara sederhana akibat pandemik COVID-19.
Kini pastinya acara gemilang ini disambut meriah dengan perarakan pelbagai kontinjen penuh warna-warni, kenderaan berhias, jentera serta aset keselamatan negara, selain persembahan muzikal, sekali gus menyemarakkan semangat kemerdekaan yang dikecapi negara sejak 1957.
Namun seperti biasa orang awam yang merancang untuk meraikan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka perlu membuat merancang perjalanan pada hari tersebut. Sudah pastinya banyak jalan yang akan di tutup dan akan berlaku kesesakan di sesetengah kawasan.
Bagi yang bercadang untuk ke Dataran Merdeka, perlu tahu persiapan awal apa yang perlu dilakukan untuk ‘stuck’ ketika acara bermula.
Menerusi menerusi group Family Camping Malaysia, Md HerMan bertanyakan mengenai cara untuk ke dataran merdeka untuk melihat perarakan kemerdekaan. Dia juga turut meminta pandangan ramai sama ada menggunakan kemudahan awam atau kenderaan sendiri untuk ke sana.
Pertanyaannya mendapat banyak respon daripada wargamaya yang berpengalaman mengikuti perarakan merdeka. Malah ada yang berkongsi ‘check list’ dan jadual perjalanan kenderaan awam.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
DATANG AWAL DAN GUNA KEMUDAHAN AWAM
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamamaya memberikan pandangan dataran merdeka akan mengalami kesesakan jalan raya yang melampau. Ada juga mencadangkan menggunakan kenderaan awam seawal pagi 4.30 pagi.
Antara tip yang dikongsi adalah seperti berikut
TIP 1
1. diminta datang awal utk duduk port cantik
2.beli nasi lemak or breakfast siap2 , nnt makan je kt situ
3. awal 4/5 am , subuh dkt masjid jamek or negara . mgkin esok lgi awal kalau nk port cantik.
4.nk park kereta dkt area dataran pon boleh , cuma kena datang awal
5. park dkt any LRT , and naik LRT turun masjid jamek
6. bawa air , kipas , payung , tisu
7. pakai kasut and baju bersesuaian
8. jgn seronok duduk kerusi atas2 haha jauh pandangan luas pemandangan
TIP 2
“Saya dari klang, akan gerak pukul 5 pagi naik lrt turun dekat masjid jamek.. so dari masjid jamek jalan kaki da dekat da ke dataran.. mmg kene dtg awal pagi.. pukul 7 pagi da nampak kepala org je.”
TIP 3
“Naik kereta lepastu pegi lrt glenmarie sis.. situ byk tapak parking.. so dari lrt glenmarie terus ke lrt masjid jamek.”
TIP 4

TIP 6
“Waktu operasi tren sempena Hari Kebangsaan akan bermula pada 4:30 pagi. Turun di Stesen Masjid Jamek atau Pasar Seni, disarankan datang awal pagi untuk mendapat tempat duduk yang berhampiran pentas utama.”
TIP7
“Kalau ikut pengalaman yg sememangnya pejabat saya di bangunan sultan abdul samad tu sebaiknya naiklah pengangkutan awam klu nak bawak keter sebaiknya park di taman tasik perdana tu dekat dgn masjid negara… kener sampai sana sblm kul 6 pagi n boleh subuh dimasjid tersebut dan berjalan kaki ke dataran merdeka.”
TIP 8
“Jam 4 pagi jalanraya sekitar situ dah mula sibuk, better bermalam kat hotel sekitar situ..”
Sumber: Md HerMan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Doktor Ini Jelas Sebab Tak Boleh Guna Minyak Masak Berulang Kali.

“Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.“
Sejak perintah kawalan pergerakan, ramai antara kita setiap hari memasak di rumah. Ada yang sehingga 3 atau 4 kali memasak hidangan untuk keluarga.
Namun pastikan penyediaan makanan adalah sihat dan selamat untuk kesihatan ahli keluarga.
Menerusi perkongsian FB, Dr Zubaidi Hj Ahmad, menyentuh perihal penggunaan minyak masak dikalangan kita.
Beliau memberi nasihat bahawa untuk menjaga kesihatan, salah satunya tidak menggunakan minyak masak secara berulang kali.
Ikuti perkongsiannya.
JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI
Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali.
Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
Selain itu dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.
MINYAK MASAK ADA LABEL SIRIM
Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.
Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, masyarakat mestilah mengurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.
Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar.
PUSAT RACUN NEGARA PUN BERI AMARAN
Sementara itu, menurut sumber laporan media cetak juga membincangkan bahaya pengunaan minyak masak secara kerap.
Amaran! Minyak Masak Menjadi Racun Kalau Diguna Berkali Kali
Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali. Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
Alert info kesihatan ini. Jangan pandang remeh. Semoga kita semua cakna tentang hal ini.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Anak Kuat, Mak Nangis Dulu.” Emma Maembong & Suami Positif Covid-19, Video Anak Buat Swab Bikin Sebak!

Wabak Covid-19 kian menular kini, ramai yang menjadi mangsa termasuk lah golongan selebriti.
Terbaru, pelakon Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar dilaporkan positif Covid-19.
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Emma yang telah membuat ujian swab di rumahnya.
“Melakukan ujian swab di rumah dengan @kumpulan_megaklinik_zahran. Terima kasih banyak kerana datang dan terima kasih @kai_armd @nafidzrazak kerana memberikan maklumat yang kami perlukan.
Sangat bagus n sangat profesional. mereka boleh datang ke rumah anda dan melakukannya,” tulisnya sambil berkongsi video dia sedang menjalani ujian tersebut.
Di dalam perkongsian tersebut juga, Emma memberitahu yang dia tidak mempunyai sebarang simptom, namun hasil ujian yang dikeluarkan adalah positif.
“Saya sama sekali tidak mempunyai simptom, tetapi hasil yang diperoleh adalah positif.
“Jadi, walau pun rasa sihat buat je swab test sebab kita tak tahu kalau kita ada ke tak. Sila jaga dan ikuti sop. Selamat kuarantin kepada saya,” ujarnya.
Begitu pun, keputusan ujian anak mereka, Shariq Gabriel negatif ketika turut sama membuat test berkenaan.
Semoga dipermudahkan urusan Emma dan suami supaya cepat sembuh dan bebas dari Covid-19. Kasihan anak mereka yang masih kecil kerana terpaksa berpisah.
Sumber: emma_maembongofficial