Pernah tak sampai satu tahap tak tahu nak makan apa, tapi malas nak makan nasi? Kalau makan yang ringan nanti tak kenyang pula!
Dah alang-alang tengahari tadi dah kenyang makan nasi, malam ni cer tukar selera western pula! Haa tak ada la western yang susah pun, simple je guna kentang goreng! Nak tahu? Jom follow min scroll kat bawah tengok resipi Cheese Fries dari Lin Ghapar ni! Selamat mencuba!
Resipi Cheese Fries
Salam semua, petang² balik kerja kalau tak larat nak masak lauk pauk, bolehla masak menu ni, nak² bagi yg gemar masakan western.. Bahannya mudah aje… Resepi ada kat setiap gambar… Jom..
Bahan-bahan :
Kentang
Mozarella cheese
Sos spageti
Daging burger (takde dlm gambar)
*cheddar belakang tu eksen je… Tak terlibat pun dalam menu ni😁
Cara-caranya:
Daging burger lembutkan dulu, lepastu hancurkan dan bulat²kan… Pastu goreng macam kat gambar tu.. Bulatkan kecik² je
Kentang, goreng dulu macam biasa… Perasakan sikit dengan garam. Dah siap goreng, masukkan dalam loyang atau apa² bekas untuk masuk oven nanti
Taburkan mozarella atas fries tadi
Tabur sos spageti
Tabur daging burger yang dah digoreng tadi
Tutup lagi dengan mozarella banyak²
Ni saja je tabur sos spagethi yang lebih² tu
Saya tabur dengan serbuk cili dan lada hitam. Kemudian masukkan cendawan butang ke, lada benggala ke, sayur bayam ke…. Nenas ke…. Macam kita buat pizza tu.
Ok.. Masuk oven, suhu oven saya 200¤c, masa dalam 15-20 minit… Ikut oven masing²la senang cakap kan… Sampai agak² cheese tu dah mencair
Tadaaaa… Siap… Cuba jangan tak cuba
Penggemar Cendol, Boleh Cuba Resipi Homemade Ni. Tidak Susah Mana Pun Rupanya!
Air cendol merupakan salah satu minuman yang cukup popular dan menjadi antara minuman yang menjadi treadmark sepanjang masa. Rasanya yang manis dan berlemak menjadikan minuman cendol punyai keistimewaannya yang tersendiri.
Minuman ini terhasil daripada olahan tepung beras bercampur dengan santan dan gula merah. Manakala menurut di laman cnngo.com, cendol dikatakan lebih mirip sebagai disert. Walau apa pun tafsirannya, apa yang pasti sajian nan satu ini cukup enak dan menyegarkan.
Menyedari begitu ramai yang menyukai minuman ini, maka tidak hairanlah minuman cendol ini begitu mudah untuk didapati. Sama ada dijual di gerai tepi jalan atau hingga di tempat makan bertaraf eksklusif sekali pun, air cendol menjadi antara menu yang ditawarkan.
Pun begitu, sekiranya terasa teringin nak buat sendiri cendol, jom kita tengok resipi yang dikongsi oleh Mamak Haji ni.
CENDOL
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
* 125gm tepung beras (1 cawan)
*20gm tepung Hoen Kwe
* 50gm tepung ubi
*200ml air pandan (2 cawan)
*3/4 sudu makan Air Kapur.
*1 sudu kecil garam
* secubit pewarna hijau
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk mendapatkan air pandan, potong 4-5 daun pandan kira 2 inci dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar. Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periuk dan panaskan dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas. Sebenarnya kita panaskan double bottom.
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam . Akan panas dan sukar untuk anda memutarnya.
6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol.
7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba.
Sumber : Mamak Haji
[su_highlight background=”#f2144a” color=”#242121″]5 lokasi cendol pilihan KELUARGA[/su_highlight]
- Cendol Seksyen 7, Shah Alam
- Cendol Wahab, Taman Sri Rampai
- Cendol USJ 4, Subang Jaya
- Cendol Klang
- Cendol Durian Borhan Kuala Selangor
Himpunan 5 Resipi Guna Sardin Tin Jer. Serius Sangat Kreatif, Mudah & Sedap Pula Tu!
Sardin tin biasanya dikaitkan dengan menu yang mudah, cepat dan sedap. Jika dahulu ibu-ibu hanya membeli di kedai tetapi kini semua orang dah mampu buat sardin sendiri dengan menggunakan ikan segar.
Lebih selamat dan paling penting langsung tak gunakan sebarang bahan pengawet. Malah kosnya pun lebih murah jika dibandingkan dengan harga setin sardin di pasaran. Bak kata orang boleh beli ikan sekilo!
Dah alang-alang boleh buat sardin tin sendiri, apa kata kita variasikan lagi jadi resipi yang lebih kreatif. Himpunan resipi menggunakan sardin tin ini anda boleh cuba. Memang menarik dan sedap!
#RESIPI 1
SARDIN MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250ml santan
3 biji ubi kentang
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
1.Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan
santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
#RESIPI 2
SARDIN MASAK TOMYAM
Bahan-Bahan:
1 tin sardin -saiz besar
4 batang serai saiz sederhana – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
8 biji cili padi – ketuk
1 kiub perencah tomyam Knor
1 biji bawang besar
3 helai daun limau purut (urat tengah tu buang)
2 helai daun ketumbar jawa
Sedikit perahan lemon
Cara Memasak:
1. Rebus air bersama serai, lengkuas dan cili padi.
2. Masukkan perencah tomyam, kuah sardin dan bawang.
3. Bila dah menggelegak, masukkan sardin, daun limau purut, ketumbar jawa. Biarkan mendidih dan dikacau sentiasa.
4. Bila kuahnya dah pekat, perahkan lemon dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 3
SARDIN MASAK PAPRIK
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
5 biji cili padi -ketuk
1 batang serai
3 helai daun limau
Sedikit lobak merah, jagung mini dan sayuran lain
Garam dan air asam jawa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili padi dan kesemua sayura lain.
3. Masukkan kuah sardin dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan sardin dan letakkan sedikit asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun limau purut.
6. Apabila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 4
GULAI LEMAK KUNING KELADI IKAN SARDIN
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
100gm keladi -dibasuh dan direbus
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 liter santan
1sm kunyit hidup
1 batang serai -ketuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kuah sardin, keladi, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan bersama sardin dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 5
ASAM PEDAS SARDIN
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan kuah ikan sardin dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian masukkan ikan sardin dan tuangkan pula air asam jawa. Masukkan juga limau purut dan juga serai.
4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Mana satu resipi paling disukai? Selamat mencuba!
Nak Tanam Cili Tak Perlu Ruang Besar Pun, Lelaki Ini Kongsi Tip & Cara Mudah Tapi Hasilnya ‘Lebat’
Berbudi kepada tanah banyak manfaatnya, selain dapat menjimatkan perbelanjaan membeli keperluan dapur, ia juga boleh membantu anda menjana pendapatan. Lepas untuk duit poket pun jadilah kan.
Seperti mana lelaki ini yang berkongsi cara menanam pokok cili dengan kaedah yang mudah tapi hasilnya sangat memuaskan.
Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Petani Kampung, berkongsi mengenai penanaman cili dengan menggunakan tanah yang sebetulnya bagi mendapatkan hasil tanaman yang memuaskan.
Ikuti perkongsian beliau di bawah ini!
Cili merah naik harga? Apa kata kau start tanam sendiri.
Tanam pokok cili ni sebenarnya tak perlu space beso pun. Cukup kalau ko ada kotak semaian, ataupun polibeg.
Isikan kotak tu 3 bahagian: tiga bahagian tanah, satu bahagian baja kompos (nak subur, taik ayam) dan pasir.
Cili merah naik harga? Apa kata kau start tanam sendiri.
Tanam pokok cili ni sebenarnya tak perlu space beso pun. Cukup kalau ko ada kotak semaian, ataupun polibeg.
Isikan kotak tu 3 bahagian: tiga bahagian tanah, satu bahagian baja kompos (nak subur, taik ayam) dan pasir. pic.twitter.com/IhJ2x7fq8l
— Petani Kampung (@PetaniKg) August 11, 2020
Dalam pada itu, lelaki ini turut berkongsi beberapa tip dalam menanam cili.
Tanah ni seeloknya tanah hitam. Tanah hitam ni selalu kalau ko berkebun, ko bakar rumput ke, lalang ke, nanti dah habis terbakor tu warna hitam tu, ha yang tu la.
— Petani Kampung (@PetaniKg) August 11, 2020
Tapi kalau ko orang bando, payah nak bakar rumput, kau beli je tanah hitam tu kat nurseri atau kau boleh order kat Shopee. Biasanya tanah ni sisa pelepah pokok sawit yang dibakar. pic.twitter.com/IPOSzGld1l
— Petani Kampung (@PetaniKg) August 11, 2020
Baja pulak ko pakai ler baja taik ayam la, sebab yang ni banyak dijual sama ada kat nurseri atau kat Shopee. Kat Lazada pun ada jual hari tu aku nampak. pic.twitter.com/4uLY21Gzin
— Petani Kampung (@PetaniKg) August 11, 2020
Pasir pulak kau pakai pasir sungai. Pasir nak buat rumah tu aku rasa cam tak berapa nak best sangat. Kalau pasir kucing pulak, mana pulak port kucing kau nak melepas? pic.twitter.com/RTPKJUlx9e
— Petani Kampung (@PetaniKg) August 11, 2020
Mula-mula, kau letak pasir. Tujuannya supaya akar pokok kau ada ruang udara untuk membesar disamping memudahkan pengaliran air.
Lepas tu kau letak la baja taik ayam tu di atas pasir tu, sebelum last sekali kau timbus dengan tanah hitam. Gembur-gemburkan tanah.
— Petani Kampung (@PetaniKg) August 11, 2020
Biji cili dari cili yang dah start mereput tu, kau rendam dia semalaman. Biji yang timbul maksudnya tak boleh pakai, biji yang tenggelam, yang tu ok boleh hidup. pic.twitter.com/FFijZkzTVM
— Petani Kampung (@PetaniKg) August 11, 2020
Lepas tu kau buat lubang besar jari telunjuk kau, masukkan biji cili tu dalam lubang tu, kemudian kau kambus.
Letak kotak semaian/polibeg pokok cili tu kat tempat yang redup. Siram dua kali sehari, pagi dengan petang.
Dalam masa 7 hari, insya-Allah, keluar daun. pic.twitter.com/flrgXii0by
— Petani Kampung (@PetaniKg) August 11, 2020
Tips lain, masa pokok tu dah keluar daun, letak hampas serbuk kopi yang kau gunakan tu, amatlah mujarab. Kalau kau minum kopi tu, hampasnya jangan dibuang.
Atau kau try tanya kedai White Coffee ke, mamak ke, ada tak hampas kopi tu. Mujarab. pic.twitter.com/pC67Obkgam
— Petani Kampung (@PetaniKg) August 11, 2020
Aku ada je anak pokok cili yang bapak aku dah sediakan dalam polibeg. Kalau kau sekitar Kluang, boleh la contact DM aku.
Aku jual pokok benih cili, dan pelbagai sayur-sayuran lain. Kalau berminat nak tanya pasal pokok, bolehlah tanya aku kat sini.
Selamat bertani! pic.twitter.com/noFM5m0IUt
— Petani Kampung (@PetaniKg) August 11, 2020
Sumber: Petani Kampung