Sesekali Hujung Minggu Masak Menu Istimewa Mee Kari Untuk Keluarga. Lengkap Rasa Rempah, Pedas & Lemak!

Share

Bila hujung minggu, ada yang jenis ‘gantung kuali’, beli makanan kat luar je atau makan kat luar. Paling pun, akan masak tapi menu yang semudah yang mungkin.

Tapi… ada pula yang jenis tak kira bila bosan je mula la ada benda yang nak dibuatnya, lagi-lagi masuk ke dapur!

Haaa… Siapa yang jenis pantang nampak makanan sedap rasa nak masuk dapur je, atau yang craving nak makan mee kari tapi rasa nak buat sendiri tak rajin nak mencari kat luar, jom cuba resipi mudah dari Bunga Jua 

ni. Senang je cara nak buat, bahan pun tak susah nak cari!

Mee Kari Special

Bahan-bahannya :-

– Mee kuning (celur sekejap)
– Fishball (goreng dan hiris)
– Fishcake (goreng dan hiris)
– Tauge
– Daun sup (hiris)
– Lada merah/hijau (hiris)
– Bawang goreng
– Limau kasturi
– Telur rebus belah dua
– Nak tambah kerang/udang pun boleh

Bahan untuk kuah:-

– Ayam @ daging
– Tauhu pelampung (goreng sekejap)
– 2 biji bawang merah besar *
– 3 biji bawang putih*
– 2 sudu besar udang kering*
– 10 tangkai cili kering*
– 1 batang serai (ketuk)
– 4 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
– 1 kotak kecil santan
– 1 cawan air
– 1 kiub pati ayam

Cara – caranya :-

1. Kisar bahan bertanda *.

2. Panaskan minyak. Masukkan serai, bahan kisar * dan serbuk kari yang dibancuh. Tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam / daging. Biar masak sekejap.

4. Masukkan santan dan air serta kiub pati ayam, kepekatan kuah agak² je ya. Jangan cair atau pekat sangat.

5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.Biar mendidih. Kemudian masukkan tauhu tadi. Siap.

Kredit resepi: Bunga Jua