Akan datang satu ketika buat tu tak kena, buat ni tak kena. Dah kalau jadi macam tu, mula lah jadi stress, kerja nak marah je! Betul tak?
Nak-nak lagi untuk surirumah yang hanya kerjanya duduk rumah je, keluar pun semata hantar anak-anak sekolah, pergi kedai beli barang. Itulah rutin harian yang dibuat, sampai naik muak dibuatnya!
Apa kata sesekali, take a break jap, ambil masa untuk me time. Paling tak boleh berjauhan dengan keluarga, buat macam Wawa Shauqi ni, ambil angin sekejap, letak tepi kerja-kerja yang menimbun tu dan luangkan masa jadi ‘kanak-kanak’ balik bersama anak. Bukan je stress hilang, anak-anak pun pasti suka bila kita luangkan masa dengan mereka!
Ada satu hari tu, saya rasa tepu sangat. Kepala serabut, badan tak hilang-hilang penat. Emosi pun jadi kacau.
Saya kata, tak boleh jadi ni.
Kalau saya biar lama-lama macam ni, mau anak-anak pun jadi mangsa nanti.
Saya kena keluar!
Maklumlah, saya ni jenis entrovert. Kalau lama sangat tak jumpa manusia lain, mulalah rasa lain macam down dia.
Jadi hari tu, saya keluar juga ke rumah. Biarpun hari hujan. Tak apalah belum ada manusia yang boleh saya jumpa. Atleast, bila keluar rumah, hilang jugalah tepu kepala.
“Jom, kita main puddle!” ajak saya pada anak-anak.
Maka, bermandi hujanlah kami di tengah-tengah padang sambil bermain tanah. Nasib baik hujan dah reda waktu tu. Kilat pun tak ada. Cuma kami diancam oleh mata-mata yang memandang.
Peduli la orang nak cakap apa. I’m doing this for my insanity!
Saya declare hari tersebut sebagai Hari ‘Sukati Aku’. Hari yang saya ambil keputusan untuk lupakan alam dewasa. Dan bersedia messy play bersama anak-anak.
Amazing sangat feeling at that moment.
Kami kejar burung-burung yang ada atas rumput.
Kami lumba lari dan main kejar-kejar. Berbaring atas rumput.
Main tanah bersama-sama.
Dan kami ketawa macam macam orang gila.
30 minit aje. Tapi release dia, masya Allah… puas gile.
Pukul 5.30, ayahnya pulak baru sampai rumah. Rupanya si ayah pun ada plan nak mandi hujan. Siap belikan fork & shovel serta lori tanah mainan lagi.
Jadi hari tu, 2 kali conquer padang. Tengoklah tu. Si ayah pun lupa dia dah tua. Berjangkit dengan bini agaknya. Haha!
Serius korang.
Sesekali, buatlahkerja gila. Lupakan alam dewasa kita yang dikelilingi dengan pelbagai perkara yang serius. Lupakan obses kita nak sentiasa nampak kemas dan bersih. Turut serta bermain, berfantasi dan bergelak ketawa bersama anak.
Satu hari yang kita buat kerja gila tu, mungkin akan jadi memori yang melekat dalam ingatan anak sampai mereka tua.