Sesekali Buat Menu Makan Malam Kuey Teow Goreng Chinese Style Pun Sedap. Cara Penyediaannya Pun Mudah Je!

Share

Kuey teow antara yang menjadi salah satu menu pilihan ramai. Selain menu char kuey teow, digoreng biasa, sup atau sizzling semuanya ada peminat tersendiri. Bagi sesetengah individu, kuey teow ni pun dah boleh mengenyangkan jika tak ambil hidangan nasi.

Sesekali jika ibu rasa ahli keluarga dah bosan nak makan nasi, boleh cuba buat kuey teow goreng Chinese Style. Bau hangit-hangit kuali tu sebenarnya membangkitkan selera.

Di tambah pula ada cili potong memang terbaiklah. Letak pula isi udang atau sotong memang dah sedap sangat-sangat kerana rasa manis air udang dan sotongnya.

Ni resipi yang dikongsikan oleh Sue untuk ibu yang nak cuba buat sendiri di rumah. Memang berbaloilah!

KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE

Kuey teow goreng Chinese style. Boleh cuba masakan Cina ini dengan sediakan bahan-bahan seperti di bawah:

Bahan-bahan

(A)
1/2 kg kuey teow
3 biji telur – pukul hancur sahaja

(B)
5-7 ulas bawang putih – cincang halus
Udang dan sotong jika suka
minyak secukupnya untuk menumis

(C)
1/2 sdm sos tiram
1/2 sdt kicap cair
1sdt kicap pekat manis – Sue tambah
1/2 sdt kicap pekat – untuk warna sahaja
1/2 sdt pitis otak udang – Sue tambah
1 sdm sos cili – Sue tambah
*Satukan sebati*
Tauge secukupnya
Daun kucai jika suka

Cara-caranya:

1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.

2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehingga telur kering.

3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.

*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*

Kredit Resipi: Sue via Resipi Popular Renata