Service Aircond Cara Kampung, Cukup Mudah. Buat Sendiri Je, Jimat!

Share

Jika mahu memastikan ia berada dalam keadaan yang baik, tahan lama dan sentiasa sejuk, unit penyaman udara atau aircond mestilah diselenggara selalu.

Walaupun ia masih berfungsi dengan baik, penyelenggaraan dan servis adalah penting untuk memastikan ketahanan dan kebolehupayaan aircond dalam memberi kesejukan mengikut kapasiti awal.

Untuk anda yang ingin membersihkan sendiri aircond, lakukan teknik ini. Jom cuba cara yang dikongsikan ini.

Servis ekon cara kampung.

Oleh kerana smlm angin ekon pelan ja walaupon blower dah full speed, harini ambik masa sat buat cleaning balik ekon ni. Step mudah yg hgpa sendri pon boleh buat.

Sebelum mula, hgpa kena sediakan :-

1. Skru Driver
2. Berus yg bersih. (Ada vacuum lagi baguih)
3. Air conditioner cleaner. (Boleh beli kat DIY, tapi aku xguna pon, sebab cooling coil xnmpak kotoran degil berkerak.. just habuk yg boleh dicuci dgn berus)
4. Kain utk mengelap.
5. Tangga
6. Sedikit buat pala tau.

First, lps bukak filter, hgpa buka cover filter n cooling coil ni. (Jangan lupa off suis ekon dulu naa..) Tarik pelan2 ke atas. Sebelah lagi pon hgpa buat cmtu jgk. Lps dah bukak cover tu, hgpa bukak casing ekon tu. Ada 2 ke 3bji skru ikut jenis dan brand ekon. Mcm sharp inverter ni ada 2bji skru kiri n kanan casing. Lps dah buka skru, hgpa bukak casing dgn cara tarik dari sebelah atas casing ke atas dan kemudian tarik ke arah hgpa. Buat lemah lembut kalau xbiasa, satgi patah naya.. haha. Kebanyakan cara bukak casing ekon ni sama ja.
Kemudian, hgpa bukak flap angin yg swing tu. Buka yg tgh dlu dgn tolak kaki flap ke belakang keluar dari holder tu. Pastu hgpa tarik kaki flap sebelah kiri keluar pelan2..jgn kasaq, satgi patah haha. Kemudian keluarkan flap dari motor flap sebelah kanan tu.
Ok lepas dah bukak casing, kalau room temperature sensor jenis dok kat cooling coil, hgpa cabut dari cooling coil tu dlu.. senang hgpa nk cuci cooling coil satgi.
Ok pastu pulak, hgpa bukak flap angin yg boleh adjust kiri kanan ni.. kalau jenis sharp ni ampa tolak ja setiap klip tu ke atas utk bukak. Lain brand ekon lain cara bukak dia, jd hgpa perati elok2 sebelum buat pala tau. Bnda tu mudah patah..
Yeahh.. nampak dah blower. Ambik hg, berkerak… so ni punca dia angin koi pelan haha. So hgpa cuci la pakai berus. Sambil2 tu sedut guna vacuum pon boleh.. Kalau teruk lagi smpai xkeluaq kotoran tu, hgpa semboq pakai aircond cleaner. Biaq sat bg dia keluaq semua kotoran degil tu, pastu hgpa tadah bekas ka besen ka, then hgpa semboq dgn presure ayaq. Boleh beli botol presure yg guna manual pam tu. (Beringat, jgn pi semboq kat board ekon sebelah kanan tu.. lupp teruih satgi naya pak karim. Tutup board ekon tu ngn plastik utk langkah selamat)
Jom kita kasi cuciii…
Okeh blower pon dah cuci calat..
Cooling coil pon dah cuci bersih merelip merelap dah.. (cuci jgn smpai terpenyet fin cooling coil tu. Kalau guna berus, berus ke atas n ke bawah ikut alur fin tu.. sesetengah org ikut dan ja tonyoh kuat2 smpai penyet abih fin tu. Nnt udara nk lalu celah2 fin tu payah.. so kurang efisyen la sejuknya. Kalau hgpa guna air conditioner cleaner, semboq n biaq dia keluarkan semua kotoran2 tu, then semboq guna presure ayaq. Semboq ckit2 smpai bersih. Jgn lupa tadah plastik ka bekas ka atau besen ka..hehe.
Ok lepas hgpa dah basuh semua bnda2 plastik ni, hgpa pasang balik ikut turutan ampa bukak tadi. Pasang flap kiri kanan dlu, pastu flap swing atas bawah, pastu pasang casing.. pastikan casing masuk rapat elok baru skru balik. Then last skali pasang balik cover filter tu. Just tekan masuk ja.
Pasang balik filter yg hgpa dah cuci bersih2..
Okehh siappp… nyaman mcm baruuu. Bukak fan speed no 1 pon rasa angin dah..
Nahh… ni baru 8bulan punya habuk. Kalau hgpa dah bertahun xpenah cuci tu, xtaulah..haha.

Kredit: Khairul Azwan Abd Aziz

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club