Jika mahu memastikan ia berada dalam keadaan yang baik, tahan lama dan sentiasa sejuk, unit penyaman udara atau aircond mestilah diselenggara selalu.
Walaupun ia masih berfungsi dengan baik, penyelenggaraan dan servis adalah penting untuk memastikan ketahanan dan kebolehupayaan aircond dalam memberi kesejukan mengikut kapasiti awal.
Untuk anda yang ingin membersihkan sendiri aircond, lakukan teknik ini. Jom cuba cara yang dikongsikan ini.
Ads
Servis ekon cara kampung.
Oleh kerana smlm angin ekon pelan ja walaupon blower dah full speed, harini ambik masa sat buat cleaning balik ekon ni. Step mudah yg hgpa sendri pon boleh buat.
Ads
Sebelum mula, hgpa kena sediakan :-
Ads
1. Skru Driver
2. Berus yg bersih. (Ada vacuum lagi baguih)
3. Air conditioner cleaner. (Boleh beli kat DIY, tapi aku xguna pon, sebab cooling coil xnmpak kotoran degil berkerak.. just habuk yg boleh dicuci dgn berus)
4. Kain utk mengelap.
5. Tangga
6. Sedikit buat pala tau.
First, lps bukak filter, hgpa buka cover filter n cooling coil ni. (Jangan lupa off suis ekon dulu naa..) Tarik pelan2 ke atas. Sebelah lagi pon hgpa buat cmtu jgk. Lps dah bukak cover tu, hgpa bukak casing ekon tu. Ada 2 ke 3bji skru ikut jenis dan brand ekon. Mcm sharp inverter ni ada 2bji skru kiri n kanan casing. Lps dah buka skru, hgpa bukak casing dgn cara tarik dari sebelah atas casing ke atas dan kemudian tarik ke arah hgpa. Buat lemah lembut kalau xbiasa, satgi patah naya.. haha. Kebanyakan cara bukak casing ekon ni sama ja.Kemudian, hgpa bukak flap angin yg swing tu. Buka yg tgh dlu dgn tolak kaki flap ke belakang keluar dari holder tu. Pastu hgpa tarik kaki flap sebelah kiri keluar pelan2..jgn kasaq, satgi patah haha. Kemudian keluarkan flap dari motor flap sebelah kanan tu.Ok lepas dah bukak casing, kalau room temperature sensor jenis dok kat cooling coil, hgpa cabut dari cooling coil tu dlu.. senang hgpa nk cuci cooling coil satgi.Ok pastu pulak, hgpa bukak flap angin yg boleh adjust kiri kanan ni.. kalau jenis sharp ni ampa tolak ja setiap klip tu ke atas utk bukak. Lain brand ekon lain cara bukak dia, jd hgpa perati elok2 sebelum buat pala tau. Bnda tu mudah patah..Yeahh.. nampak dah blower. Ambik hg, berkerak… so ni punca dia angin koi pelan haha. So hgpa cuci la pakai berus. Sambil2 tu sedut guna vacuum pon boleh.. Kalau teruk lagi smpai xkeluaq kotoran tu, hgpa semboq pakai aircond cleaner. Biaq sat bg dia keluaq semua kotoran degil tu, pastu hgpa tadah bekas ka besen ka, then hgpa semboq dgn presure ayaq. Boleh beli botol presure yg guna manual pam tu. (Beringat, jgn pi semboq kat board ekon sebelah kanan tu.. lupp teruih satgi naya pak karim. Tutup board ekon tu ngn plastik utk langkah selamat)Jom kita kasi cuciii…Okeh blower pon dah cuci calat..Cooling coil pon dah cuci bersih merelip merelap dah.. (cuci jgn smpai terpenyet fin cooling coil tu. Kalau guna berus, berus ke atas n ke bawah ikut alur fin tu.. sesetengah org ikut dan ja tonyoh kuat2 smpai penyet abih fin tu. Nnt udara nk lalu celah2 fin tu payah.. so kurang efisyen la sejuknya. Kalau hgpa guna air conditioner cleaner, semboq n biaq dia keluarkan semua kotoran2 tu, then semboq guna presure ayaq. Semboq ckit2 smpai bersih. Jgn lupa tadah plastik ka bekas ka atau besen ka..hehe.Ok lepas hgpa dah basuh semua bnda2 plastik ni, hgpa pasang balik ikut turutan ampa bukak tadi. Pasang flap kiri kanan dlu, pastu flap swing atas bawah, pastu pasang casing.. pastikan casing masuk rapat elok baru skru balik. Then last skali pasang balik cover filter tu. Just tekan masuk ja.Pasang balik filter yg hgpa dah cuci bersih2..Okehh siappp… nyaman mcm baruuu. Bukak fan speed no 1 pon rasa angin dah..Nahh… ni baru 8bulan punya habuk. Kalau hgpa dah bertahun xpenah cuci tu, xtaulah..haha.
Ujian dan dugaan di alam perkahwinan memang luar biasa, lantaran itu kedua-dua pihak perlu sama-sama berjuang untuk mengekalkan kesejahteraan hubungan suami isteri kekal bahagia selamanya.
Antara kunci dalam membina hubungan yang bahagia, tiada menyimpan rahsia antara suami dan isteri, itu adalah lebih baik. Agar kedua-dua tahu dan faham dalam menjaga hubungan perlu kesetiaan.
Namun sering disalah ertikan bila pasangan terlihat begitu ambil berat dikatakan cuba untuk ‘menguasai’ atau ‘mengawal’ pergerakan pasangan. Istilah queen control umpamanya, sering dilihat dari sisi yang kurang baik.
Namun seorang suami ini memberi pandangannya betapa ada baiknya bila isteri terlihat lebih ambil tahu dan ambil berat tentang pasangannya.
Isteri Sedikit ‘Queen Control’, Itu Kebaikan Buat Kita
Saya setuju sangat jika isteri ambil tahu segala aktiviti suami. Tiada rahsia suami isteri. Tahu suami Chat dengan siapa, tahu password HP dan facebook suami dan tahu suami berkawan dengan siapa. Sesekali tu cek HP suami. Lelaki ni nampak ‘Lebai’ macam mana pun akan lemah dengan perempuan.
Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita bualkan, sehinggakan syaitan menguasai jari jari kita untuk taip perkara yang Allah Murkai.
Jadi suami jangan rasa rimas jika isteri sedikit ‘Queen Control’ , kerana itu kebaikan buat kita. Jika bukan dia cegah segala kesilapan dan kelemah kita siapa lagi?. Hanya isteri tahu baik buruk kita, kelemahan kita.
Suami juga begitulah, pantau hp isteri tu, jangan sampai dia mengadu kepada orang yang salah. Jangan biarkan isteri tayang body percuma di media sosial, jangan biarkan isteri kita berbalas voice texting dengan lelaki lain, Jangan sampai isteri kita pula terjerat dalam sangkar pemangsa yang dah lama menanti.
Sebab itulah jika taknak isteri kita mengadu kepada orang lain, jadilah kita pendengar setia dan dengarlah teguran isteri, kerana setiap teguran isteri ini ikhlas dari hati dia.
Dunia yang penuh dengan cabaran dan fitnah. Hanya orang yang benar-benar Taqwa akan terlepas dari fitnah ini. Nasihat untuk diri sendiri yang penuh dengan keaiban. Moga Allah jaga aib ini dan ampunkan dosa-dosa ini.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Famili comes first, itu yang sering ditekankan namun sejauh mana keberkesanannya. Sementelah orang sekarang boleh dikatakan melebihkan kawan dari keluarga dan saudara sendiri.
Jika dilihat dalam beberapa situasi, hal ini ada betulnya. Kawan-kawan selalu lebih di utamakan. Keluarga dan saudara mara ditolak tepi.
Sedangkan sepatutnya kaum keluarga dan sanak saudara yang menjadi keutamaan kita. Itulah yang ingin disampaikan menerusi artikel ini.
Sharing yang sangat bagus dan berkesan kepadaku secara peribadi…. Itu yang dimuat naik oleh MUHAMMAD QARISH FIRQAN di laman facebooknya. Jom baca sama-sama dan semoga bermanfaat!
FAMILY FIRST
Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan saya. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.
Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba2 anak lelaki saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing, hampir saja membuatnya jatuh. “Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!” teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.
Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. “Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu”.
Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga yang tdk memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, ‘Al-Fatihah’ ada yg ‘RIP’.
Kawan sekerja ku dtg, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.
Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan hp ku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering ku herdik & ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku. Oh Tuhan….Maafkan aku.
Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.
Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku….
Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila papa pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku.
Lalu 15 tahun berlalu, kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 bahwa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat.
Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis…. “Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada laki2 yang berani tidak sopan denganku dan aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Oh Tuhan…. Kenapa Kau ambil papaku, aku perlu papaku Ya Allah..” kertas itu basah karena titisan airmatanya.. Ya Allah maafkanlah aku….
Sampai bertahun2 anak2 dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.
Kemudian, aku terbangun….. Oh Tuhan syukur… Ternyata aku cuma bermimpi….
Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka… “Anakku, papa sangat menyesal karena telah berlaku kasar padamu. “Anakku, aku mencintaimu… aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku”. Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya. Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk berbicara. Sering kali aku sengaja berpura2 tidak mendengarnya, bahkan pesan2 darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku.
Air mataku tak dapat ku bendung lagi. Apakah kita menyedari bahawa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita. Teman2 akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan2 kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan. Teman2 dunia maya pun tak pernah membicara lagi, seolah2 aku tidak pernah wujud dalam group mereka.
Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh2 notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hpku dan aku pejamkan mata. Maaf….Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku…. Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali sang suami Shuib, berkongsi cerita tentang arwah Sarah, pasti membuatkan ramai tidak dapat menahan sebak.
Terbaru bapa kepada empat cahaya mata ini memuatnaik perbualan terakhir bersama arwah Isteri,sebelum dia ditidurkan.
“You jangan nangis…daddy jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!”. Itulah antara kata-kata terakhir Siti Sarah sebelum ditidurkan kerana jangkitan Covid-19 pada 6 Ogos lalu.
Malah, Shuib turut meminta Siti Sarah untuk kuatkan diri untuk melawan virus covid tersebut.
“Ibu..satu step ni je you kena lepaskan..you minta dengan Allah kuatkan semangat you, InsyAllah lepas ni kita tengok baby kita.
“Ibu..sumpah I sayang you sangat,” kata Shuib dalam rakaman tersebut.
Perbualan terakhir tersebut diselitkan menerusi video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di laman Youtube.
“Enam hari selepas pemergian arwah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah pada tahun 2018.
“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir menerpa jiwa sepanjang mendengar semula lagu tersebut.
“Cara penyampaian arwah sangat berbeza dan istimewa sekali, seperti sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti. Bait-bait lirik yang cukup indah sangat meninggalkan kesan kepada pendengar,” ujar Shuib atau Nama sebenarnya Shahmira Muhamad.
“Menerusi MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah ketika memberikan kata-kata semangat bagi memujuk arwah untuk ‘ditidurkan’.
“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.
“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” ujarnya.
Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur akibat Covid19.
Sebelum itu, arwah telah menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki yang diberi nama Ayash Affan ketika kandungannya berusia 8 bulan pada 6 Ogos lalu.
Selain Ayash, tiga lagi anak arwah iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Siti Sarah dan menempatkan dia dikalangan orang beriman. Al-Fatihah.