Keputusan peperiksaan SPM 2020 yang diumumkan baru-baru ini meninggalkan momen yang sukar dilupakan oleh para pelajar yang terlibat.
Walaupun suasana sambutan berbeza berbanding dulu, namun tidak bermakna pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tidak diraikan.
Pelakon dan usahawan muda, Wawa Zainal dalam satu perkongsian dengan berbesar hati memberi ganjaran sebanyak RM200 seorang.
Wawa memuat naik perkongsian tersebut menerusi akaun Instagram miliknya dengan meminta pelajar SPM yang cemerlang menerima 7A ke atas untuk menunjukkan keputusannya di mesej peribadi untuk diberi hadiah saguhati tersebut.
“Congratulations my adik-adik yang dapat result SPM tadi. Siapa dapat 7A? Meh DM (mesej peribadi) Kak Wawa result sebab nak bagi reward.
“Minimum 7A ok! PM result adik-adik. Kena tunjuk result baru dapat ok. Kak Wawa bagi RM200,” katanya di Insta Story.
Tidak sekadar bercakap kosong, Wawa dilihat mengotakan janji nya. Menerui kemas kini terbaharunya, Wawa memuat naik foto bukti pemindahan RM200 ke beberapa akaun bank yang dipercayai pelajar cemerlang yang dipilihnya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji cara Wawa dalam meraikan pelajar dengan memberi ganjaran kepada mereka.
Sumber: w4w4_zainal
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club