Memiliki anak-anak yang ramai ni memang seronok. Suasana rumah riuh dengan suara dan karenah anak-anak, hilang segala rasa penat tatkala pulang dari kerja.
Umum mengetahui angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Dan isteri, sejak dahulu lagi mengimpikan untuk memiliki keluarga yang besar. Pasangan ini kini memiliki 6 cahaya mata yang comel Dan bijak belaka.
Selain berkongsi tip kekeluargaan, Sheikh Muszaphar dan isteri Datin Dr Halina juga sering memuat naik video mahupun gambar anak-anak. Ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati.
Terbaru menerusi instagram, Sheikh Muszaphar berkongsi video mereka sekeluarga ketika ingin pulang ke kampung angkasawan Negara yang terletak di Seremban.
Namun, disebabkan kereta yang dimilikinya tidak mampu menampung mereka berlapan, Sheikh Muszaphar meminjam van milik restoran Rebung.
Apa yang melucukan, sambil memandu, sheikh Muszaphar memasang lagu Balik Kampung.
Ads
Cukup comel dan lucu gelagat anak-anak yang dilihat beratur untuk menaiki van. Semua nampak gembira termasuklah si kembar Emelia dan Eusoff.
Pastinya ini merupakan pengalaman paling manis dan menyeronokkan terutama buat anak-anak kerana pertama kali menaiki van untuk pulang ke kampung.
Rata-rata terhibur melihat gelagat keluarga ini. Tak kurang yang memuji cara sheikh Muszaphar dan Dr Halina membesarkan anak-anak. Cukup sederhana dan tidak banyak karenah.
Ads
noorhayati_madin Suka tgok family berbaris nak masuk van. Safe drive doc.
shamiyuyanKalau sy ni berpeluh nak masuk kan anak sorg2 dlm kereta…
Lelaki Ini Nasihat Tak Perlu Orang Lain Tahu ‘Income’ Kita, Hidup Sederhana & Elak Yang Suka Meminjam!
Privacy adalah penting dalam kehidupan kita. Tidak semua perkara dalam kehidupan perlu diketahui oleh orang lain termasuk saudara mara. Begitu juga mengenai pendapatan kita.
Lazimnya apabila melibatkan kewangan pastinya ia merangkumi ‘income’ bulanan, komitmen bulanan dan suami bagi nafkah cash kepada isteri.
Bersikap sederhana dalam hidup tanpa tunjuk gaya hidup yang mewah sedangkan mampu berbuat demikian. Sebagaimana perkongsian seorang lelaki (dirahsiakan identiti) menerusi facebook milik perunding kewangan, Azizul Azli Ahmad.
Coretan itu jelas menunjukkan betapa penting untuk kita merahsiakan pendapatan dan hidup sederhana bersama keluarga. Malah ia mengelak daripada diganggu orang terdekat untuk meminjam duit. Tidak lupa, apabila kewangan stabil pastinya tanggungjawab tidak pernah culas memberi wang saku bulanan kepada ibu ayah di kampung.
Seterusnta ikuti perkongsian ini.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
RAHSIKAN PENDAPATAN KITA!
Gambar sekadar hiasan
Salam doc, saya hanya nak share kisah hidup saya dan keluarga yang bergelumang dari B40 kepada M40.
Kisahnya begini, dulu sewaktu saya kerja kilang hanya bergaji rm1500 sebulan nak bagi nafkah kepada isteri pun susah doc.
Tapi isteri saya yang berjawatan tinggi dari saya tetap setia dan takpernah merungut pun meskipun beliau lah yang banyak gunakan duit gaji beliau untuk tampung kehidupan kami masa tu 3 beranak (anak sorang).
Apabila isteri mengandung anak kedua, Allah limpahkan rezeki berlipat kali ganda (betul janji Allah yang anak itu pembawa rezeki).
Saya dapat tawaran dari sebuah syarikat GLC yang berjaya mengubah taraf hidup saya dengan bergaji rm8k sebulan (paling tinggi pernah saya dapat selama bekerja).
HIDUP SEDERHANA
Saya hanya ada sebuah axia dan isteri hanya ada viva (sampai sekarang). Saya bagi isteri saya pakai axia sebab saya risau kalau viva dia rosak masa dia bawa dan saya tiada ketika itu.
Walaupun pendapatan isi rumah dah meningkat, kami masih je pakai dua kenderaan ni walaupun dalam hati banyak kali berfikir nak tukar kereta.
Tapi selalu baca post doc pasal “yuran kebijaksanaan” buat saya berfikir sedalam2 nya dan memadamkan angan2 saya untuk memandu sebiji kereta import baru.
Dua orang anak yang kecil bagi saya memadailah axia yang bulanan hanya rm400 sebulan.
Sekarang saya beri isteri saya nafkah sama banyak dengan gaji saya waktu kerja di kilang dulu untuk kegunaan peribadinya.
Saya rasa lebih seronok macam ni. Saya mewahkan anak2 dan isteri dengan apa benda yang mereka mahu, apa yang mereka nak makan, on the spot boleh pergi beli dan pergi.
Pengalaman bergaji kecil dulu buat saya lebih berhati2 dan rasa sayang dengan duit untuk dilaburkan kepada kereta sahaja kerana bagi saya kereta itu hanya medium untuk dari point A ke B.
Saya sangat sayang dengan isteri saya yang saya cintai sejak zaman sekolah. Seorang yang pandai berjimat cermat, tidak pernah mengeluh dan cukup serba serbi.
Dulu anak nak kinderjoy di kedai saya takmampu nak beli doc. Kini kalau anak sedara datang rumah, dengan semua2 yang ada saya belikan kinderjoy tu.
Bagi saya kebahagiaan keluarga lebih penting daripada keseronokan 3 bulan pertama memiliki kereta mewah. Terima kasih doc kerana hari2 berkongsi mengenai pengurusan kewangan.
Doakan saya dan keluarga agar terus dilimpahkan rahmat yang berterusan. Dan pesan saya, biarpun ada ahli keluarga yang menghasut kita untuk membeli kereta yang padan dengan gaji kita, senyum dan berkata insyaallah je kerana bukan mereka yang akan bayarkan installment bulanan tu jika kita jatuh terduduk nanti.
ELAK ORANG NAK PINJAM DUIT
Dan rahsiakan pendapatan kita agar kita tidak diganggu dengan panggilan atau wasap dari orang terdekat yang nak pinjam duit beribu2 yang kita sendiri tahu mereka takkan bayar semula.
Alhamdulillah keempat2 ibu bapa saya dan ibu bapa mertua mendapat wang saku bulanan yang daripada kami sekeluarga. Terima kasih atas masa doc membaca luahan hati saya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’ adalah peribahasa yang tepat bagi menggambarkan pengorbanan ibu bapa ini membesarkan anaknya yang merupakan anak autisme dan epilepsi.
Jauh disudut hati, seluruh jiwa raganya untuk anak tersayang, namun apakan daya, kudrat tidak sekuat dulu, kala badan sudah dimamah usia.
Seperti perkongsian oleh Natipah Abu, sukarelawan yang aktif membantu masyarakat ini diharap dapat membantu keluarga ini.
“Ketika hajat Pak Cik Abdul Rahman Bin Ahmad dan Mak Cik Rahmiah Binti Wahab disampaikan oleh pihak ketiga .. timbul sedikit pertanyaan .. apa relevannya permintaan pasangan itu, iaitu bilik tidur dan bilik air dengan anak istimewanya.
Lawatan ke rumah akhirnya memberikan jawapan. Ismail Bin Abdul Rahman atau nama timangannya Mail, anak ke 6 dari 8 adik beradik ini hidup dalam dunianya tersendiri sejak kecil . Mail tidak pernah keluar rumah .. dunianya hanya di dalam rumah.
Masalah autisme dan epilepsi
Mail anak syurga .. ada masalah autisme dan juga epilepsi. Dia hanya boleh bercakap beberapa patah perkataan saja tetapi dia mampu memahami apa yang kita perkatakan. Tidak boleh berjalan , Mail bergerak hanya dengan mengesot perlahan . Mail juga adakalanya hilang daya imbang tubuh.
Selain suka melihat ayam-ayam yang berkeliaran di luar rumah … Mail suka bermain dengan dua plastik lusuh bekas lampin pakai buangnya dan juga sebatang kayu sebagai hiburan hatinya.
Di dalam plastik bekas plastik yang sudah lusuh itulah Mail menyimpan beberapa keping wang sedekah orang kepada nya selain sedikit gumpalan tali. Mail juga akan mengetuk-ngetuk lantai dengan kayu itu sekali-sekala …
Mail cukup suka duit. Tetapi dia hanya suka dan kenal not seringgit saja. Pantang sungguh Mail kalau ada sesiapa mengusik beberapa keping not biru yang ada di dalam plastiknya . Mengamuk dia … walaupun dengan ibunya yang sudah berusia 66 tahun itu.
Mail juga suka makan mee segera. Mail boleh makan sendiri. Selera makannya sama seperti insan normal yang lain.
Dalam usia 79 tahun …. dalam keadaan kesihatan yang tidak menentu dan kudrat yang tidak lagi seperti dulu, Pak Cik Rahman masih perlu menoreh getah bagi meneruskan kesinambungan hidup kerana hendak mengharapkan bantuan anak-anak , mereka juga berjuang untuk hidup dengan tanggungan masing-masing.
Mengharapkan bilik tidur lengkap dengan bilik air
Kini .. pasangan ini sangat mengharapkan sebuah bilik tidur yang lengkap bilik air seadanya .. kerana kudrat mereka yang sudah di usia senja ini, sudah tidak segagah dulu untuk mengheret Mail ke bilik air. Pak Cik Rahman akan memeluk Mail yang duduk di lantai dari belakang dan mengheretnya setiap kali hendak ke bilik air. Alhamdulillah … Mail ada menerima wang bantuan bulanan dari JKM. Dengan wang itulah , mereka membeli lampin pakai buang Mail.
Rasanya … Hanya mereka yang senasib dengan pasangan ini saja mengerti betapa runsingnya hati memikirkan keadaan anak yang bakal ditinggalkan andai dijemput pulang Yang Maha Esa kelak. Menitis air mata si ibu bila bercakap tentang masa depan Mail. Walaupun ada adik beradik lain, tetapi kasih sayang, perhatian dan jagaan itu tidak akan pernah sama dengan ibu atau ayah … yang tiada galang gantinya .
Dengan lafaz .. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم acc ini dibuka untuk sedekah yang kita niatkan kepada Ismail Bin Abdul Rahman. Semoga sumbangan kita kelak, akan merealisasikan hajat sepasang ibu ayah yang sudah dipenghujung usia ini. Jazakukumullah khairan katsira …
ISMAIL BIN ABD RAHMAN (31 THN ) AUTISME & EPILEPSI KEPERLUAN KHAS. SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Terkini media sosial melaporkan seorang pelajar tingkatan dua patah bahagian pinggang akibat terjatuh dari jejantas setinggi kira-kira 10 meter di sekolahnya di sini hari ini.
Insiden itu telah mengejutkan ramai pihak apabila pelajar sekolah menengah itu jatuh dalam jarak yang tinggi di jalan raya.
Memetik laporan utusan Malaysia, kejadian itu berlaku pada 7.30 pagi itu dipercayai setelah pelajar selesai mengikuti bacaan Yasin.
Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan, kemudahan jejantas itu merupakan laluan warga sekolah untuk ke blok akademik yang terletak di seberang jalan.
“Mangsa yang terjatuh ke jalan raya segera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan.
“Siasatan terperinci masih dilakukan dan kita meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.”
NETIZEN TITIP DOA
Akibat kejadian itu, rata-rata wargamaya mendoakan agar pelajar itu selamat dan tidak berlaku kecederaan serius. Melihat mangsa dalam keadaan terbaring di atas jalan, ramai yang meluahkan rasa sebak melihat kejadian itu.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...