
Berbudi dengan tanah ni, banyak kebaikannya. Bukan sahaja boleh merasa hasilnya bila dah cukup waktu, malah boleh mengisi masa lapang dan menjimatkan kos tak perlu berbelanja dah, petik je bila nak gunakannya!
Misalnya tanaman cili, jika dilihat harga di pasaran agak mahal. Jadi, tak salah kalau nak mencuba untuk tanam sendiri di rumah, dapat hasil kita yang untung. Walaubagaimanapun, untuk menanam pokok cili bukanlah satu perkara mudah kerana pelbagai teknik dan petua perlu dipelajari supaya pokok cili hidup merimbun.
Kalau nak pokok cili menjadi lebat walaupun hanya dalam polibeg, ikuti 5 tips yang dikongsi oleh Harun Arun di laman Facebooknya.
5 TIPS PENJAGAAN POKOK CILI SUPAYA TUMBUH GEMUK & SIHAT
Ramai yang bertanya cara penjagaan cili, ini cara saya:
1. Pokok cili ditanam dalam polybeg size 16×16, ada yang tanam 1 pokok dan ada yang 2 pokok.
2. Medium yang digunakan ialah tanah sawit sisa boiler 80%, cocopeat 20%. Baja asas baja kopi 888, lebih murah. Seminggu letak 1 sudu besar, bergantung pada usia dan besar pokok.
3. Selain itu, buat juga foliar feeding dengan calcium boron dan hormone ikan seminggu 1 kali. Apabila pokok dah mula berbunga dan berbuah buat seminggu 2 kali.
4. Calcium ni penting untuk pembentukan sel buah dan pucuk baru. Selalunya dalam perebutan ni buah akan kalah, jadi timbul laa simpton buah jadi busuk pada bahagian hujung cili, mengerekot,pendek, pecah & tak berapa nak handsome.
5. Boron pula tugas dia facilitate/mudahkan pergerakan calcium kebuah. Untuk kawalan serangga saya guna cuka kayu sahaja seminggu 2 atau 3 kali, tengok pada keadaan cuaca.
Selamat bercucuk tanam, memang merimbun dan menjadi!
Sumber: Facebook Harun Arun
“Target Simpan Emas Sampai Boleh Beli Rumah Sendiri..”- Ni Pesan Dari Ayah Buat Anak Termotivasi!

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, peribahasa ini begitu dekat dihati kita semua sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak untuk melakukan amalan yang baik.
Berkongsi dalam hal membuat simpanan umpamanya, perkongsian dari seorang bapa di fb Syukor Hashim ini boleh dijadikan panduan. Apa yang menarik, kelima-lima anaknya menyimpan emas sebagai aset untuk digunakan di masa hadapan.
Difahamkan juga, bapa ini awalnya telah memberi setiap seorang anaknya satu gold card holder dan dari situlah bermulanya si anak mempunyai simpanan emas masing-masing di dalamnya.
Anak Kedua Lebih Hebat
Saya ada 5 orang anak. Semuanya saya simpankan emas sebagai harta mereka. Namun anak nombor 2 nie (Fadzil) lebih terrer simpan emas.
Kakak dan adik-adik dia cuma ada satu gold card folder setiap seorang, namun dia dah sampai 2 gold card folder.
Adik-adik dia ada masalah tak tahan nak shopping beli beyblade dan perabis duit namun Fadzil nie steady mekdi simpan duit.
Gais, cuba bayangkan.
Walaupun saya mendidik orang untuk simpan emas, namun saya tahu ianya sangat mencabar.
Ini kerana nafsu manusia secara semulajadi bukanlah menyimpan tapi cenderung perabis duit.
Anak-anak saya nie saya slow-slow ajar simpan duit jadi emas.
Lepas tu saya bagitau kat diorang satu perkara.
“Korang target simpan emas sampai boleh beli rumah sendiri”
Dengan kata lain, saya kena kaitkan simpanan emas nie dengan kemampuan membeli rumah di masa hadapan.
Logiknya seperti berikut:
Rumah = mahal.
Diorang simpan emas sikit-sikit dari sekarang. Nanti dah besar diorang boleh beli rumah yang mahal.
Saya dan CikJun siap bagi pesanan kat anak-anak.
Semua harta mak abah, itu kami punya.
Korang kena cari harta sendiri.
Tapi kalau bab belajar. Itu semua kami tanggung.
Korang belajarlah setinggi mana korang boleh pergi. Kami akan cari duit untuk korang.
Sumber : Syukor Hashim
ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Wanita Ni Kongsi Cara Dia Deko Dengan Bajet Rendah Tapi Nampak Wow!

Memiliki rumah yang dihias cantik tentu sesiapa pun mahukannya. Kalau boleh rumah yang dihuni bersama keluarga, biarlah bukan sahaja sedap mata memandang malah memberi keselesaan. Namun bagi merialisasikan impian memiliki rumah yang cantik, tentu sahaja tidak boleh terlepas daripada menyentuh tentang bajet dan kewangan. Lumrahnya, kalau cantik pasti kita membayangkan harganya pun ‘cantik’.
Namun, melalui perkongsian wanita ini yang dikenali sebagai Nur Diyana berbeza sekali. Malah postingnya terdahulu pernah viral gara-gara keupayaan memnggubah bilik rumah sewanya daripada biasa-biasa menjadi luar biasa dengan bajet yang cukup rendah. Terkini wanita ini kongsikan lagi beberapa hasil sentuhan dekorasinya. Nyata, terlihat begitu wow dan jika ingin diteliti, perkakasan atau perabot yang digunakan sangat ringkas, mudah diperolehi dan boleh dibeli dengan harga yang mampu milik.
Jom lihat satu persatu dan bolehlah dijadikan inspirasi pada yang ingin menghias kediaman.
Hye semua kawan kawan dalam group deko. Saya nak share kompilasi hasil kerja saya dalam tempoh dua tahun saya belajar mendeko,masa saya masih belajar….Semuanya hasil dari deko bajet je sbb biasanya saya akan DIY sendiri semua benda dari cat sampai lah beli dan pasang perabot / hiasan. Selalunya setiap projek deko saya akan beli sikit sikit sebelum mulakan, maklumlah student kan Setiap detail insyaAllah ada pada caption gambar. Hasil deko saya tak lah mewah mana tapi alhamdulillah selesa sangat dah bagi saya. Harap dapatlah kongsi idea pada semua kawan-kawan dalam ni.
Sebelum
**media[120751]**
Ini bilik tunang saya di rumah parentnya. Kayu kayu tu guna untuk repair siling sebelum projek deko, kot la ada yang tanya.
Selepas
**media[120750]**
Satu dinding cat warna biru Jotun kod Royal Blue kod 4224 dan kelabu cat jenama Acri Star kod Silver Gray. Saya pilih tema biru untuk lebih maskulin, bilik lelaki lah katakan langsir saya beli di Kaison dalam 70 rasanya satu pcs dan day curtain dalam tu rm 14+ je dari Ikea (namanya Lill)
**media[120748]**
Ruang untuk bersiap, simple saja. Dalam RM 30 je cermin termasuk para. Cermin beli di Kaison, Para tu Ikea.
Cermin sengaja diletakkan tepi tingkap supaya ada sumber pencahayaan asli, tak la nanti bila keluar kalau berbedak dah serupa Annabelle
**media[120741]**
Simple je ruang gantung pakaian. Tak ada almari juga sebab balik sekali sekali saja. Guna rak mulig Ikea RM 19.90 dan hanger warna senada dari Eco Shop. Frame tu tak ingat berapa RM tapi beli di Dekko. Rasa macam RM 10.00 cemtu.
Sebelum
**media[120765]**
Bilik kedua yang saya deko. Saya deko sebab mulanya ada kesan air asyik menitis dari siling, dan kulat dah merekah kat dinding. Tuan rumah pun ok je jadi saya pilih warna selamat je. Kelabu dan putih.
Selepas
**media[120764]**
Kecik aje bilik bujang yang saya pernah sewa ni, sekarang saya dah habis belajar dan tak duduk sini lagi dah … wallpper beli di Kaison, pokok tu beli di cowboy dan pasu tu sebenarnya tong sampah yang saya sengaja letakkan pokok .
Sebelum
**media[120746]**
Ini antara projek terbaru saya, bilik saya kat rumah ibu. Saya dah nak kahwin jadi segan pulak kalau bilik merah menyala dengan pink cemni. Asal boleh konsepnya
Selepas
**media[120749]**
Saya pilih warna lembut , cat pun guna dua tong . Jenama acristar code silver grey dan owen ..pastu saja la try buat Wainscoting guna masking tape dengan cat putih bajet tak de tapi teringin kan, jadi la gitu ha… Frame besar beli di Dekko, tak sampai Rm 50 pun
**media[120742]**
Tak ada almari juga sebab balik jarang jarang jadi saya gunakan rak penyangkut ini je. Senang.
**media[120802]**
Frame tropikal dari eco shop.
**media[120745]**
Ruang untuk menonton. Saya cat balik meja kopi tu sebenarnye bagi ikut tema.
Selepas
**media[120753]**
Saya cat putih pipeline tu bagi warnanya senada (boleh baca treatment cat untuk bilik air) dan pilih wallpaper PVC kalis air warna senada dengan dinding dan lantai sebab malas nak cat apa semua
**media[120743]**
Settle ini je lah hasil kompilasi dekorasi bajet sy .. baru juga nak berjinak jinak dalam dunia deko
**media[120744]**
Ni antara projek DIY terbaru saya untuk deko rumah selepas kahwin saya memang akan kumpul sikit sikit, contohnya ini untuk dapur. Saya sengaja jadikan balang tinggi beli kat Eco Shop ni jadi nampak macam effect rustic sikit. Tak susah pun lilit je lah tali jute kat penutup dia tu di bahagian luar, insyaAllah selamat dan takde direct contact dengan makanan . Dapat lah dalam 7 bekas. Memang jimat sangat .
sumber : Nur Diyana via Kelab Kaki Deko Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY
“Seawal 2 Tahun, Saya Panggil Ustaz Ajar Anak Mengaji Di Rumah.” Abby Abadi Kongsi Cerita Didik Anak Dengan Al-Quran

Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak mendapat yang terbaik dalam hidup mereka. Dalam bab pendidikan misalnya, biar berhabisan duit demi memastikan kejayaan mereka.
Pelakon, Abby Abadi dan keluarga dalam satu catatan, berkongsi pengalamannya dalam memastikan anak-anaknya mendapat didikan agama yang baik.
Abby dan Norman Hakim adalah contoh ibu bapa yang sangat mementingkan ilmu baik untuk dunia mahupun akhirat. Kerana itulah, anak-anak mereka dihantar ke sekolah tahfiz.
Perkongsian Abby turut mendapat reaksi dari pengikutnya. Rata-rata melahirkan rasa kagum dan memuji sikap mereka yang sanggup berkorban demi pelajaran anak-anak.
Anak2 bertuah Mama ♥️
@danishhakimofficial
@marissadaniaaaaa_
@m_danishaa .
Ramai sangat yg tanya mcmana Sy mula didik anak2 dgn ALQURAN. Bila mula? Umur berapa? Mcmana pujuk dorang duduk asrama hafal QURAN? Banyaklah lagi soalan
.
Sy dah kongsi banyak kali dah sampai tak ingat dah mcmana nk kongsi lagi hehe.. Tapi malam ni Sy terjumpa gmbr ni. Jadi Sy share la serba sedikit ye ☺️
.
Bila nak cerita pasal anak2 ni, terkaitlah sikit cerita tentang kahwin dan cerai dgn Paknya. Harap baca dan ambil yg baik2 saja ye. Jangan menambah bara hehe 🤣☺️🤪
.
Walaupun waktu berkahwin hinggalah bercerai dgn pak anak2 ni, Sy masih hanyut 🤪 tapi masa depan anak2 adalah antara perkara yg palinggggg Sy risaukan
.
Dan setelah bercerai… walaupun Sy masih dilautan dalam (🙊) Sy nampak hanya ISLAM yg dpt menyelamatkan masa depan mereka. Dan Inilah antara perjalanannya. Dari seawal usia 2/4/6tahun Sy dah panggil Ustaz ajar anak2 mengaji dirumah supaya anak2 ni celik ALQURAN. Dan Alhamdullillah. Anak2 mudah dilentur & dibentuk sbb masih kecilkan waktu ni
.
Selalu juga Sy sembang dgn anak2 bercerita tentang ALLAH SWT, sebut tentang Muhammad ya Rasullullah, siapa Nabi Muhammad.. tentang kenapa kita diciptakan.. bgtau kenapa mesti solat, kenapa kena hafal ALQURAN, apa ganjarannya. Dan hari ni sudah nampak hasilnya walaupun jauhhhh dari sempurna & jauh lagi perjalanan mereka. Sy nak mereka betul faham ISLAM & jadi hamba ALLAH yg benar2 beriman. Bukan sekadar di IC sahaja ISLAMnya 🙊
.
Sampai ke tahap hantar mereka duduk asrama, adalah sbb Sy ibu tunggul waktu tu hehe.. masih berjimba ria, jadi Sy taknak anak2 Sy terabai sbb Sy tahu Sy tak buleh mengajar sendiri mereka. Menangis2 pun Sy hantar juga. Sy tekad nak anak2 Sy hafal ALQURAN & jadi org yg berpedoman. Dan waktu tu Sy nampak “Tahfiz” adalah yg terbaik.
.
Bukan mudah.. tp Alhamdullillah Sy berjaya melalui fasa pertama utk didik anak celik ALQURAN & beramal dgnnya. Syukur ya ALLAH
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Sumber: IG abby_abadi112