Senario semasa dengan melihat berlakunya kenaikan mendadak pelbagai harga barangan, nyata terkesan kepada semua.
Peniaga menahan rasa dibelenggu delima dalam menaikkan harga dan pengguna pula terpaksa menanggung beban dan mengeluh tanpa sudahnya.
Namun berbeza pula kisahnya dengan seorang peniaga di Kedai Lama Rantau Panjang ini, meskipun sana sini harga barang naik namun dia masih nekad mengekalkan harga jualan mi celup di gerainya hanya RM2 semangkuk. Manakala segelas air hanya 50 sen!
Sikapnya ini harus diberi pujian, di saat harga bahan mentah naik mencanak, dia masih mampu meraih ‘untung’ dengan harga yang sebegitu.
Niatkan Sedekah
Ini sebagaimana memetik laporan di Sinar Harian, difahamkan Zuraini Abdul Samad, 52, berkata, walaupun berdepan risiko pertambahan kos, dia mahu menukarkannya kepada bentuk sedekah bagi membolehkan golongan kurang berkemampuan merasai hidangan itu.
Ads
“Awalnya ramai yang tidak percaya saya mampu menjual makanan serta minuman tersebut dengan harga sedemikian dalam keadaan sekarang.
“Bukan tidak mahu untung, tetapi niat saya mahu membantu meringankan beban orang ramai yang sudah terbeban dengan kenaikan harga ayam, sayur, minyak dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Menurutnya, mi celup yang dijual dengan harga RM2 semangkuk itu dilengkapi dengan isi ayam, bebola daging, sayur kangkung, tauge dan hirisan limau nipis.
Ads
Katanya, manakala air sirap dan teh o ais pula dijual dengan harga 50 sen segelas.
Tawaran Istimewa
Ibu kepada empat anak itu berkata, harga murah tersebut hanya ditawarkan pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.
Zuraini berkata, bagi hari-hari lain, mi celup dijual dengan harga biasa iaitu RM3 hingga RM6 semangkuk mengikut lauk yang diminta oleh pelanggan seperti tambahan telur, perut lembu dan lain-lain.
Ads
“Alhamdulillah, seronok bila tengok pelanggan datang bersama ahli keluarga menjamu selera.
“Kebanyakan penduduk di sini bekerja sendiri, jadi dengan harga yang ditawarkan mereka dapat berjimat untuk keperluan lain,” katanya.
Menurutnya, kedai yang beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 7 malam itu dibantu oleh tiga anaknya serta dua pembantu.
Boleh dikatakan penyaman udara atau aircond menjadi pilihan untuk digunakan terutama sekali waktu cuaca panas. Namun, jangan hanya pandai guna sahaja. Nak ia dalam keadaan baik dan sentiasa sejuk, penyaman udara mestilah diselenggara selalu.
Pada remote, terbaik pelbagai butang yang memiliki fungsi berbeza. Bagi butang Mode, kamu boleh memilih tiga jenis iaitu Fan Mode, Cool Mode dan Dry Mode.
Fan Mode
Sekiranya kamu tidak mahu menggunakan power cooling atau cool air, kamu boleh menggunakan mod fan ini. Fungsi butang ini adalah ia hanya menyalakan fan indoor tanpa menggunakan outdoor unit.
Dalam pada masa yang sama, mod ini akan menghasilkan udara yang tidak sesejuk seperti mod Cool. Dan ia juga dapat membantu menjimatkan penggunaan tenaga dan elektrik.
Cool Mode
Jika kamu melihat simbol salji, sebenarnya ia membawa maksud kepada Cool Mode. Paling popular dan ramai yang menggunakannya, fungsi mod ini membuatkan AC kamu menghasilkan udara yang sejuk dengan kadar yang segera setelah dibuka.
Dry Mode
Untuk tidak berasa keliru, Dry Mode ini sering menggunakan simbol seperti titisan air. Ketika kamu menggunakan mod ini, ia berfungsi untuk mengurangkan kelembapan di dalam bilik sambil masih menerima udara sejuk daripada AC.
Untuk anda yang ingin membersihkan sendiri penyaman udara, lakukan teknik ini.
• Selepas mengggunakannya di malam hari, JANGAN matikan terus, sebaliknya lakukan langkah berikut jika mahu bersihkan penyaman udara anda sendiri.
• Tetapkan mode daripada “Cool” ke mode “Fan”, tetapkan kelajuan kipas ke tahap paling tinggi.
• Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
• Kemudian barulah matikan aircond.
Mengapa tetapkan ke mode “Fan”?
• Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat. Dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.
• Ia akan mengeringkan kelembapan dalaman unit penghawa dingin anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran dan kelembapan)
Pesanan : Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
Pengambilan makanan yang terlampau di bulan Syawal ini buat kulit muka makin tak terjaga, berminyak dan makin ketara jerawatnya.
Kalau muka makin teruk ada baiknya anda kembali menjaga kulit wajah. Harus berikan lebih perhatian.
Namun tiada salahnya jika anda mencuba cara alami dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sahaja. Lebih senang, cepat dan tidak perlukan sebarang kos.
Malah cara ini juga lebih selamat dan diyakini. Jom cuba semua langkah ini.
Skrub Beras
Ya anda harus melakukan urutan skrub pada wajah. Paling tidak sebulan sekali. Skrub beras antara yang sangat disyorkan buat semua wanita. Skrub ini bukan hanya menanggalkan sel kulit mati bahkan melembut dan membersihkan kulit wajah. Rajinkanlah diri untuk mengisar beras yang dicampur dengan sedikit yogut asli. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Kemudian sentallah kulit hingga bersih. Kena buat!
Minum Minyak Kelapa Dara
Mengamalkan minum minyak kelapa dara antara yang patut anda lakukan. Amalan ini sebenarnya bukan hanya sihat untuk dalaman tetapi cukup baik untuk kulit luaran. Ia merawat sel kulit serta merawat masalah kulit kering. Tambahkan minyak sebagai diet harian dan lihat hasilnya.
Ratakan Ais Batu
Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Percuma! Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat. Hebat!
Mist Air Semulajadi
Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.
Jangan Lupa Detoks
Jangan pula lupa detoks dengan air lemon. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih. Malah kulit juga lebih bersih dan sihat. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.
Bagi yang ingin menanam sendiri Cili, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
Bahan:
Belacan – 100g
Gula molases / gula merah – 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Cara buat:
Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
Peram selama sebulan.
Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara guna:
10 mL pati + 2 L air biasa
Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...