Bagi peminat media sosial dalam bidang masakan, pasti kenal dengan personaliti bernama Khairul Aming.

Gayanya yang cukup bersahaja dan lawaknya membuatkan ramai terhibur dan suka setiap kali dia memuat naik video mahupun gambar masakan.

“Seronok Tengok Makan Dengan Keluarga.” Resipi Ayam Kicap Pedas Viral, Khairul Aming Luah Rasa Terharu!

Terbaru, dia yang cukup terkenal dengan tagline’hey what’s up guys’ meluahkan rasa gembiranya apabila ramai wargamaya telah mencuba resipi terbaru ayam kicap pedas dan sambal tumbuk buatannya.

“Seronok Tengok Makan Dengan Keluarga.” Resipi Ayam Kicap Pedas Viral, Khairul Aming Luah Rasa Terharu!

IKLAN

Menerusi laman sosial Twitter, Khairul berkongsi foto-foto masakan wargamaya yang berjaya menyediakan dua resipinya itu sebagai tanda penghargaan.

“Rasa gembira bila tengok korang masak dan makan dengan keluarga,” tulisnya Khairul.

 

IKLAN

“Seronok Tengok Makan Dengan Keluarga.” Resipi Ayam Kicap Pedas Viral, Khairul Aming Luah Rasa Terharu!

“Seronok Tengok Makan Dengan Keluarga.” Resipi Ayam Kicap Pedas Viral, Khairul Aming Luah Rasa Terharu!

Menerusi perkongsian resipi itu, Khairul menunjukkan cara-cara memasak ayam dan sambal dengan cukup mudah. Tak hanya mudah, hasil masakannya nampak sangat menyelerakan.

IKLAN
View this post on Instagram

Ayam Masak Kicap Pedas + Sambal Tumbuk . . Dibawakan khas oleh Kicap Manis Pedas Mahsuri (@mahsurimy ) . . Bahan2/Ingredients: [Ayam Masak Kicap] 🌕1/2 ekor ayam (1/2 whole chicken) 🌕Garam (salt) 🌕Serbuk kunyit (tumeric powder) 🌕4 biji bawang merah merah (4 onion) 🌕7 ulas bawang putih (7 cloves of garlic) 🌕3 tangkai daun kari (3 stalks of curry leaves) 🌕2 batang serai (2 lemongrass) 🌕2 sudu sos tiram Mahsuri (2 tbsp Mahsuri oyster sauce) 🌕6-8 sudu kicap manis pedas Mahsuri (6-8 tbsp Mahsuri sweet and spicy soy sauce) [Sambal Tumbuk] 🌕Cili merah dan hijau (red and green chillis) 🌕Bawang putih (garlic) . . . Jangan lupa dapatkan kicap manis pedas @mahsurimy di pasar raya atau kedai berdekatan dengan anda. #AyammasakKicapPedas #KicapManisPedasMahsuri #lebihsenanglebihsayang

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming) on

Rata-rata yang menonton mengakui terliur melihat masakan ayam tersebut dah tidak sabar untuk mencuba resipi yang diberikan.

Malah, ramai juga yang mengambil Khairul sebagai inspirasi yang mendorong mereka untuk memasak.

Sumber: twitter & instagram  khairulaming

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI