Seronok Tanam Terung Bila Berbuah Tak Putus-putus. Begini Caranya!

Share

Terung adalah merupakan salah satu jenis sayuran berwarna unggu yang memiliki bentuk panjang mahu pun bulat. Terung juga kaya khasiat dan nutrisi seperti serat, mineral, kalsium, vitamin K serta bioflavonoid.

Tidak dinafikan juga terung ini mempunyai rasa yang enak dan manis bila dimasak dengan pelbagai resipi. Antara menu yang biasa dimasak adalah seperti sambal berlada, pajeri dan tidak kurang juga enak dijadikan kudap-kudapan bila digoreng nipis  bersama salutan tepung rangup. Rasanya memang ramai yabg menggemarinya.

Jadi alangkah bagusnya jika kita dapat menanam sepokok dua pokok terung di tepi rumah. Bila ada hasilnya boleh dimasak mengikut kegemaran kita anak beranak.

Umpamanya lihat sahaja perkongsian daripada Nur Zaliana ini, pokok terung yang ditanam berbuah lebat malah tak putus-putus berbuah. Nak tahu apa rahsianya, jom kita baca perkongsian daripadanya.

Benih terung kedai ECO sudah 7bulan usia pohonnya masih keluarkan hasil Alhamdulillah

 

*Cara saya jaga kawasan kena lah sentiasa bersih,baja buangan sisa dapur seperti kulit bawang, air cucian beras, air cucian ikan, mol kompos kulit pisang, baja tinja ayam proses.

Saya amik masa sekurang2 nya 2minggu sekali gembur dan merumput membaja untuk elak kan serangga lalat buah DLL tanam serai wangi serai masak tanam kunyit.

Siraman air 1hari sekali tidak siram bila hujan turun, pruning daun time buah rancak berbuah.

*Untuk kawalan serangga itu sendiri saya guna cili padi-bawang putih-minyak masak blend tapis dan sembur pada bawah daun2, time berbunga lebat saya goncang2 kan pokok tips ini saya ikut Tuan (Nur Amirul Nur Azmi) supaya buah lekat.

*Ada yang tanya tak pakai baja bijik (NPK/UREA) ke jawaban saya setakat ini Tiada.

*Seronok tanam terung produktif berperingkat dengan kata lain tak pernah putus,pokok tahan lama,dan yang paling penting boleh berkongsi dengan jiran-jiran.

Sumber : Nur Zaliana via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club