Seorang bapa yang juga anggota komando di Sungai Udang, terkenal dengan ketegasan dan wajah garangnya, sanggup mengenakan pakaian sekolah pada pagi Isnin demi memberi semangat kepada anak-anaknya untuk memulakan sesi persekolahan baharu 2025/2026.
Memetik laporan Sinar Harian, bapa kepada enam cahaya mata, Mohd Hazley Ramdan, 39, berkata, idea itu tercetus pada awal pagi ini sebelum menghantar lima anaknya ke sekolah termasuk tiga yang bersekolah rendah berusia lapan, tujuh dan enam tahun.
Lebih manis, momen itu sebenarnya pihak sekolah anaknya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Ulu menganjurkan pertandingan mengabadikan kenangan bertemakan ‘Seronoknya Kembali Ke Sekolah’ menggunakan kreativiti masing-masing.
Tambahnya, mempunyai bilangan cahaya mata yang ramai bukan penghalang untuk dia dan isterinya menyiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.
“Seawal jam 5.30 pagi anak-anak dah bangun dan bersemangat, malah sebenarnya pertama kali saya sertai program seperti ini memandangkan sekarang saya sedang bercuti tamat perkhidmatan.”
“Saya pakai apa yang ada, baju putih kerja, seluar No.3 tentera dan kasut kerja,” katanya
Tambahnya, mempunyai bilangan cahaya mata yang ramai bukan penghalang untuk dia dan isterinya menyiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.
“Kami menyambut baik usaha pihak sekolah yang menganjurkan aktiviti seperti ini, sekali gus mengeratkan hubungan ukhuwah di antara ibu bapa dan pengurusan sekolah,” ujarnya.
Dengan ini, program ini dengan kehadiran ibu ayah bersama anak-anak tetap membawa kegembiraan dan semangat baharu dalam menyambut sesi persekolahan. Semoga usaha sebegini dapat diteruskan, menjadikan alam persekolahan lebih menyeronokkan dan penuh dengan memori berharga untuk anak-anak.
Terdahulu, Mohd Hazley memuat naik gambar dan videonya memakai pakaian seakan seragam sekolah bersama anak-anaknya di aplikasi TikTok
Sumber: Sinar Harian