Kekeluargaan

Seronok Jaga Emak, Datin Becca & Adik Beradik ‘Berebut’ Nak Ambil ‘Turn’!

Share

Usahawan serta pelakon cantik dan berbakat besar, Datin Rebecca Nur Al Islam telah dijemput sebagai tetamu untuk rancangan podcast Ruang Usanita bersama Awal Ashaari di mana mereka membincangkan topik ‘Tak Semua Layak Bergelar Ibu’.

Menurut Datin Rebecca, dia dan adik beradiknya sangat menghargai ibu mereka dan masing-masing berebut mahu menjaganya. Jika ada yang mahu bercuti, pasti mahu bawa ibu mereka sekali. Bila seorang dah bawa, yang lain-lain akan mencari peluang untuk melakukan perkara yang sama.

Mempunyai lapan orang adik beradik, bukan sekadar bercuti tetapi mereka juga sentiasa mahu menghargai ibu dengan memberinya hadiah. Kadang-kadang ibu mereka juga berseloroh jika semua anak berebut, belah sajalah tubuhnya kepada lapan bahagian.

“Ibu saya syurga yang sangat beruntung kerana kami lapan beradik, enam dah kahwin dan dua orang tak kahwin lagi. Semua berebut-rebut nak menjaga syurga kami sebab ayah dah meninggal pada tahun 2017.

Contoh, abang sana nak pergi luar negara nak heret mak kita, kita pun nak mengheret mak. Mak tu dah macam, ‘belah lah lapan aku’ sampai macam tu sebab anak-anak mahukan dia.”

Tambah pelakon berdarah kacukan Melayu, Jawa, Arab dan Cina ini menambah, kesemua adik beradiknya percaya kejayaan mereka adalah disebabkan doa seorang ibu.

“Kami percaya kejayaan kami disebabkan mak. Itu memang betul. Orang kata syurga tu untuk anak lelaki tapi tak anak perempuan tu pun syurga kita juga. My mother sejak tahun 2017 ayah saya meninggal dunia dia tak pernah sunyi, dia cakap. Alhamdulillah.”

Tonton video ini;

@usanita.hq ‘berebut rebut nak menjaga syurga kami…’ #podcast #ruangusanita @Awal Ashaari @rebeccanuralislam ♬ original sound – usanita.hq

Beliau turut memberitahu yang dirinya tak dapat bayangkan pada hari tua kalau anak seorang.

“Alamak anak seorang, kenapa saya tak rasa macam mak saya direbut-rebut..”

Memiliki sembilan orang cahaya mata, Datin Rebecca tidak pernah rasa berbahagi kasih dengan mereka. Beliau turut merasakan kesemua anak-anaknya juga akan berebut dirinya di hari tua kelak. Seronoknya Datin Rebecca, kalau semua anak berebut nak pastikan kebajikan kita terjaga kan!

Mempunyai anak yang ramai adalah rezeki dari Allah SWT. Pasti suasana dalam rumah lebih meriah dengan kehadiran anak yang ramai. Buat pasangan yang mempunyai anak tidak ramai, itu bukan masalah besar.

Didiklah dan jaga amanah yang diberikan supaya mereka menjadi manusia terbaik dan dapat berbakti kepada masyarakat apabila dewasa kelak. Buat yang masih belum memiliki cahaya mata teruskan berusaha dan berdoa, mudah-mudahan ada rezeki buat anda nanti.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my