“Serius Raya Tahun 2022 Antara Paling Best.” Hari Raya ‘Mengejut’, Walaupun Kelam-Kabut, Ada Kemanisannya.

Share

Setelah dua tahun tidak meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, akhirnya tahun ini kita meraikan hari mulia ini dengan penuh rasa kesyukuran.

Hati mana yang tidak gembira dapat bersalam-salaman di pagi raya dan memakai baju raya bersama keluarga.

Namun siapa sangka pengumuman raya tahun ini mengejut apabila Hari Raya Aidilfitri di sambut pada hari Isnin 2 Mei 2022, sedangkan ramai yang menjangka pada 3 Mei 2022.

 

 

Sebagaimana perkongsian menarik ini oleh  

Yuhanis Azam, yang menceritakan walaupun hari raya dirai mengejut tetapi ia tetap meriah dan paling best!

Malah para warganet turut bersetuju dengan situasi ‘mengejut’ itu sehingga perkongsian ini mendapat share hinggga 21K!

Serious, raya tahun 2022 antara yang paling best. Nikmat dari Allah yang dah lama kita tak rasa.

Bila raya diisytiharkan, pakat terkejut semua. Satu Malaya huru hara. Banyak sungguh elemen surprise. Bermula dari malam pengumuman raya.

Orang kata raya awai tak kalut, tapi kali ni semua pakat kalut. 

Ada yang terlajak terawih 6 rakaat. Ada yang kait daun pisang tengah malam buta. Ada yang malam tu juga mesin rumput depan laman. Ada yang pagi raya jamah mee segera.

Kami pula, duk pakat habiskan stok mercun (Maaf ya jiran tetangga) 

Plan nak bakar lemang pagi Isnin, tapi lepas pengumuman terus hidup api, cari buluh, cari santan.

Duit kat ATM licin.

Kesesakan lalu lintas dari raya pertama sampai raya kelima. Stesen minyak di kawasan-kawasan pantai timur kehabisan minyak hingga banyak kereta tersadai.

Betul-betul meriah, betul-betul rasa macam raya. Kali ni jangan harap nak ikut kalendar 100%. Kena juga berkumpul tunggu pengumuman depan TV.

Raya tahun 2022 memang patut dibukukan. Memang betul-betul meninggalkan kesan. Satu hari nanti, kita boleh cerita kat anak cucu, bagaimana satu Malaya huru-hara di malam raya.

Apapun, antara sedar atau tidak, Allah himpunkan kita dengan nikmat dalam rahmat dan kasih sayangNya setelah dua tahun tidak dapat beraya.

Dalam suasana kelam kabut begini, Allah satukan kita semua. Memori indah tercipta tanpa diduga.

Terima kasih Ya Allah, atas nikmat yang Engkau berikan. Al-Fatihah pada yang telah pergi dahulu,

Yuhanis Azam,  8.5.2022, Raya Tahun 2022

Gambar : Gambar anak bulan yang buat kita semua huru-hara (sumber : Utusan Malaysia)

Sumber: Yuhanis Azam

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club