“Serius, Dulu Saya Nampak 2 Ekor Ikan Ni Je”, Cerita Mencuit Hati Doktor Ni Jaga Isteri Dalam Pantang!

Share

Berpantang sendiri tanpa ibu amat menakutkan wanita yang baru melahirkan anak. Sebenarnya memilih untuk berpantang sendiri tidaklah sesukar mana bila mana suami memberi sokongan penuh. Jaga makan minum dan keperluan lain tanpa culas. Pokok katanya suami ambil alih semua kerja-kerja secara total!

Inilah yang sepatutnya seorang suami lakukan. Menjaga keperluan isteri dan bayi ketika di dalam pantang. Isteri pun lebih rasa selesa bila mana suami bagi sokongan penuh. Jujurnya bukan semua lelaki sanggup lakukan perkara ini.

Cerita Doktor Taufiq Razif yang menjaga isterinya ketika pantang ni memang menarik. Malah mendapat perkongsian lebih 14 ribu di facebook. Menarik untuk kita baca. Buat suami, sila ambil contoh ini. Baru tahu betapa susahnya pengorbanan isteri setiap hari.


Sejak isteri saya tak boleh buat kerja berat sebab dalam pantang ni, saya ambil alih tugas dapur dan rumah.

Untuk siapkan 2 ekor ikan ni saya perlu bangun di waktu semua orang masih tidur. Yela, bila bangun je semua orang banyak pula mahunya kan. Sorang pampers dah penuh. Sorang nak mintak mandi, sorang pula mintak dukung. Haru jadinya kalau tak buat kerja ikut jadual yang betul.

Sebelum tu, mula-mula nak kena pergi pasar dulu.. Nak pergi pasar pula kena tengok dulu duit dalam dompet cukup ke tak. Eh tak cukup! Kena pergi ATM lagi untuk cucuk duit. Dah sampai rumah nak kena kemas dapur lagi. Yela, mana ada mood nak masak kalau dapur tak setel. Nak masak kena ada mood, salah mood kang jadi terlebih masin pula lauknya.

Baru je nak goreng, bunyi anak menangis pula. Kena pujuk anak tidur dulu. Eh, dah habis pujuk sorang, yang lain pula meragam. Otak dah macam pecah empat belas sebab ada empat belas benda nak kena fokus pada satu satu masa!

Dah setel semua, baru lah ikan ni selamat masuk di kuali. Eh dah selamat ke? Tak lagi, sepanjang goreng ikan tu ada berbelas belas kejadian lagi yang berlaku tapi saya taknak tulis.

Kenapa?

Saya nak korang tanya sendiri mak dan isteri korang selama ni. Serius, bagi kita orang laki ni nampak 2 ekor ikan je tapi bagi yang alami dan buat semua ni, ni bukan cuma 2 ekor ikan!

Dalam gambar ni ada air mata, kepenatan, kesakitan, gembira, tawa, duka, cinta, setia dan pengorbanan yang tak dapat dilihat oleh mata saya selama ni.

Sungguh, korang rasa lah sendiri buat semua kerja rumah. Seminggu pun jadi lah. Masa tu la korang takkan nampak dah gambar ni cuma gambar 2 ekor ikan je. Korang akan nampak benda lain. Serius tak tipu.

Taufiq Razif
Bukan suami terbaik dunia tapi suami yang nak jadi yang terbaik buat anak dan isterinya

p/s : Tu lah kenapa saya tak komen sangat masakan orang. Kita tak tahu berapa titis air mata, keringat dan pengorbanan fizikal dan jiwa yang ditempuh untuk menghasilkan masakan tu.

Kredit: Taufiq Raziq