
Pelakon popular, Nabila Huda berkongsikan sebuah video Outfit Of The Day (OOTD) bersama anaknya Keisha Laila di akaun media sosial miliknya.
Menerusi video itu, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil yang sudah pun berusia 38 tahun itu dilihat seperti adik – beradik apabila bergambar dengan anaknya, Keisha.
Dalam pada masa yang sama, netizen juga terkejut akan tumbesaran Keisha yang semakin cantik yang seiring dengan usianya yang sedang meningkat remaja. Keisha membesar menjadi seorang remaja yang cantik seperti ibunya.
Rata – rata netizen meninggalkan komen memuji akan kecantikan mereka berdua dan ada juga yang terkejut dengan pembesaran Keisha.
Untuk rekod, Keisha merupakan anak tunggal hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nabila dengan Zaidi Zailani. Nabila kini hidup bahagia dengam suami barunya iaitu Mohd Izwan.
Watch on TikTok
Sumber: TikTok Nabila Huda
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kejar Bahagia Dan Rumah Tangga Sakinah, Pahala Menanti!

Kehidupan berumah tangga adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Peluang meletakkan diri dalam kehidupan ini adalah perkongsian paling bermakna untuk kedua-duanya apa lagi bagi seorang wanita. Di sayangi dan dicintai seorang yang bergelar suami pastinya memberikan seribu makna dalam kehidupan hakiki. Apa lagi jika memperolehi kehidupan rumah tangga yang sakinah?
Bagaimana memperoleh kehidupan sakinah yang dimaksudkan ini? Kaut ilmu sebanyak mungkin dan lengkapkan ilmu di dada agar mengukuhkan lagi kehidupan berumah tangga anda.
Kehidupan rumah tangga yang bahagia, sejahtera, tenteram, aman dan tenang inilah yang dinamakan rumah tangga sakinah. Kebahagiaan yang dikecap ini dibangunkan atas rasa cinta dan kasih sayang daripada keduanya yang saling memberi dan menerima. Tanpa ‘rasa’ ini, hakikatnya hubungan suami isteri pasti terasa hambar. Tips di bawah perlu anda ketahui bagi mencari erti sakinah yang sebenar.
Sentiasa Dalam Redha Allah
Perkara paling asas adalah mencari redha Allah S.W.T. Mencari keredhaan Allah ini haruslah berlandaskan ke jalan Allah. Set kan minda anda agar hubungan suami isteri anda diulit dengan penerapan nilai-nilai agama dan meninggalkan apa jua larangan yang sudah termaktub. Mengingatkan sesama pasangan akan sesuatu yang dilakukan kepada jalan Allah atau misalnya mengingatkan solat lima waktu menjadi keutamaan dalam perhubungan walaupun hanya sekadar pesanan mesej ringkas daripada anda untuk suami. Ingatkan bahawa apa yang anda lakukan, pastinya kerana Allah. Sentiasa jadikan Allah sebagai permulaan hari anda berdua.
Pupuk Rasa Cinta
Kehidupan yang sakinah adalah suatu kehidupan yang dilandasi ‘mawaddah warohmah’ iaitu rasa cinta dan kasih sayang daripada Allah. Sentiasalah memupuk rasa kasih dan cinta ini pada pasangan anda. Bagaimana? Ungkapan bermakna seperti ‘saya cinta awak’, ‘saya sayang awak’ dan ‘rindu’ adalah perkataan keramat yang sentiasa anda perlu zahirkan. Jangan malu untuk mengungkapnya. Mesej-mesej cinta perlu anda lakukan saban hari supaya hati sentiasa berbunga. Panggilan manja seperti ‘sayang’ juga membantu buat anda rasa lebih disayangi.
Tenang Dengan Zikir
Tidak hanya berusaha memupuk rasa cinta dan sayang, anda sendiri harus mencari ketenangan kendiri dahulu. Berzikir dan menimba ilmu agama adalah kunci ketenangan diri. Ajak suami untuk berzikir bersama anda kala sedang memandu atau dalam apa jua yang anda lakukan. Sesekali ajakan ke masjid mendengar tazkirah bersama suami nyata buat hubungan lebih akrab daripada biasa. Anda juga punya lebih masa bersama.
Usaha Mencari Kegembiraan
Kegembiraan tidak datang sendiri jika bukan anda yang mencoraknya. Berusaha untuk bercuti bersama sahaja tanpa ditemani si kecil. Lokasi bulan madu anda selepas berkahwin adalah tempat paling disyorkan untuk mengimbau detik bersama. Cari ketenangan anda di sini dan ulit kisah cinta anda berdua. Tenang dan gembira, itulah kunci kebahagiaan.
Elakkan Pergaduhan
Rumah tangga yang aman damai adalah kehidupan sakinah yang anda cari. Bukan rumah tangga namanya jika bukan dilanda badai. Pun begitu usah biarkan ombak dan badai berpanjangan. Beri masa beberapa detik untuk anda mencari jalan kemudian berbaiklah semula dengan pasangan. Cuba fikirkan masa gembira anda bersamanya. Manis bukan? Redakan kemarahan dengan membeli belah atau menjamah beberapa biji kuih-muih untuk hormon anda berjalan dengan baik. Kemudian hantarlah mesej pesanan ringkas tanda kemaafan anda. Biar ringkas ia sudah memadai.
Saling Bantu Membantu
Ikatan yang dibina tidak hanya kukuh jika daripada sebelah pihak sahaja. Elakkan timbulnya perkara berbangkit dan sikap lepas tangan dalam hubungan. Saling bantu membantu dalam apa jua perkara antara elemen paling penting membentuk kesejahteraan rumah tangga. Ambil masa untuk membantu isteri menguruskan anak-anak atau mempersiapkan urusan rumah tangga. Begitu juga dengan isteri yang membantu jika suami dilanda masalah tempat kerja. Manis bukan.
“Nampak Kuat Tapi Kememeh, Kuat Nangis.” Reda Pemergian Ardell Ke Syria & Lubnan, Nadzmi Mohon Titip Doa Isteri Selamat

Umum mengetahui pelakon Ardell sememangnya sangat aktif dengan kerja-kerja sukarelawan.
Terbaru, dia berangkat ke Ke Syiria & Lubnan. Perkongsian tersebut dimuatnaik suaminya, Nadzmi Adhwa bersama sekeping video Di mana isterinya mengikuti misi kemanusiaan bersama badan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction.
Menerusi perkongsian tersebut, Nadzmi mendoakan kesejahteraan isterinya dalam menjalankan misi kemanusiaan di negara itu.
“Moga Allah redha. Semoga dipermudahkan segala urusan awak, kami tunggu awak balik ya @ardellaryana apabila di tanah syam doakan saya dan urwa disini ya sayang.
“Doakan perjalanan isteri saya ke Syria dan Lubnan ya sahabat semua. Semoga selamat pergi dan pulang,” tulis Nadzmi.
Terang Nadzmi lagi, walaupun nampak isterinya seorang Yang kuat namun hatinya cukup sensitif.
“Bini saya ni nampak je kuat tapi kememeh, kuat nangis.
“Saya redha atas awak. Pergi lah bantu mereka ya. Dari kita kawan dulu awak dah buat benda ni satu pesan saya doakan kami disini ketika berada di bumi Barokah As Syam.
“Moga dengan asbab ini awak ke syurga firdaus tanpa hisab dan azab. Dan tariklah saya juga masuk kesana. Amin,” kongsi Nadzmi lagi.
Sumber: nadzmiadhwa
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jangan Biar Orang Lain Rapat Dengan Anak Kita, Undang Bahaya.

Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa. Pelbagai ilmu keibubapaan kena tahu.
Ia termasuk hal keselamatan anak-anak. Pernah dengar orang pesan, jangan biar orang lain rapat dengan anak?
Sebenarnya banyak pengajaranya kena tahu. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian puan Wawa Shauqi ini.
“Jangan biarkan orang lain lagi rapat dengan anak kita.”
Saya pernah ke satu seminar parenting ni. Dan waktu tu, Dr Syeikh Muszaphar dengan Ummi Profazz jadi speaker.
Dalam sharing mereka yang panjang lebar tu, ada satu poin mereka yang match. Iaitu;
“Jangan biar orang lain lebih rapat dengan anak kita, selain dari kita sebagai mak ayah.”
Saya rasa, satu Malaysia tau betapa sibuknya jadi seorang Syeikh Muszaphar. Tapi, kesibukan tu tak jadi alasan untuk beliau usaha bonding dengan anak.
Ummi Profazz pun macam tu. Walaupun besar tekanan menjadi surirumah, menjaga anak lelaki aktif yang berderet 5 orang, tapi asbab dari percaya pada kuasa bonding, kelima-lima anaknya menjadi. Sudahlah huffaz. Bekerjaya hebat pulak tu semuanya.
Mereka berdua adalah figura mak ayah yang tak sempurna. Tapi sentiasa berusaha berikan yang terbaik buat anak-anak.
Dan mereka sangat percaya pada kuasa BONDING. Ikatan yang rapat dengan anak-anak inilah resepi paling utama untuk membentuk anak-anak yang sihat mental dan emosi.
Ini antara pesan yang bermakna :
1) Walau kita ada pembantu rumah, atau sibuk bina kerjaya sekalipun, jangan biar orang gaji atau penjaga lain lebih rapat dengan anak berbanding kita.
Usahakan tangan kita yang menyentuh, yang memeluk, yang menyuap dan yang menepuk saat anak tidur.
Usahakan mata kita untuk lebih banyak memandang mata anak.
Usahakan mulut kita yang banyak memberi kata-kata yang menyembuh mereka.
Sibuk mana pun kita, ciptakan masa. Kaya mana pun kita, kita takkan mampu bayar orang lain untuk replace peranan kita sebagai parents.
.
2) Cuba as possible, beri anak makan air tangan kita.
Part ni pun saya dah kalah. Tapi ingatan ini juga beri motivasi untuk saya usahakan juga diri masuk dapur dan usahakan air tangan sendiri kat anak.
Dalam ‘air tangan’ kita ada berkat. Dan tangan kita boleh memilih nutrisi yang baik masuk ke dalam badan anak. Dan membentuk otak anak.
.
3) T.I.M.E.S is how your kids spell LOVE.
Kita bagilah banyak mana pun kemewahan pada anak. Belilah anak smartfon atau mainan paling mahal sekalipun.
Ia takkan sama mahalnya dengan tenaga dan masa yang kita dedikasikan untuk mereka.
Sebab apa?
Sebab setiap manusia, Allah beri fitrah untuk rasa disayangi, selamat dan dimiliki.
Material takkan mampu beri rasa tu. Melainkan perhatian dan kasih sayang dari seseorang individu. Especially mak ayah sendiri.
.
❤ Spend time with your child
❤ Talk about their interest
❤ Turn off technology when you are together
❤ Get involve in their life
❤ Create at least one simple routine
Contohnya berbasikal, bersenam, bacakan buku cerita, main board games dan sebagainya)
.
Jadikanlah kita punca untuk anak tagih perhatian dan kasih.
Takut-takutlah, anak buat perangai di luar untuk tagih perhatian yang mereka tak dapat di rumah.
Takut-takutlah anak jadi mangsa buaya yang sedia tawarkan keperluan kasih sayang yang anak tak dapat dari kita.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club