Memberi pujian kepada pasangan memberi kesan yang luar biasa pada hubungan suami isteri.

Jadi tidak salah jika kita memuji pasangan agar dirinya terasa sentiasa rasa disayangi dan dihargai.

Begitulah yang dikongsi oleh lelaki ini, saudara Akhtar Syamir di facebook miliknya.

 

Seringlah Memuji Pasangan Supaya Hubungan Makin Mesra.

Antara perkara yang paling susah untuk pasangan lakukan dan paling mudah untuk disalahguna ialah memuji.

Ramai yang sukar melafazkan pujian terhadap pasangan. Ucapan terima kasih juga amat berat untuk diluahkan sedangkan kesan pujian itu amat baik jika diletakkan di tempat yang betul.

IKLAN

Ini semua terhasil apabila pujian diletakkan di tempat yang salah. Satu masalah yang melanda pasangan dan orang pada masa kini ialah terlalu memuji orang yang berjaya. Ini antara benda yang jika dilakukan secara berlebihan akan mendatangkan kemudharatan.

Kesannya akan menjadi seperti kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. Kita akan terlalu mendongak ke langit dan terlupa untuk pandang ke bawah. Kita menjadi buta akan kebaikan orang yang dekat dengan kita.

HARGAI PASANGAN SEADANYA

Apabila kita sentiasa memuji orang lain yang berjaya dan hebat, pasangan dan orang terdekat kita menjadi kurang bernilai. Ini ditambah dengan keinginan untuk sentiasa mencari kesalahan. Apa juga yang mereka lakukan akan menjadi tidak cukup dan tidak mencapai standard yang tidak munasabah.

IKLAN

Akhirnya, kita akan menjadi orang yang negatif dan sentiasa membuatkan pasangan dan orang di sekeliling terasa hati.

Berhentilah jadi seperti ini. Hargailah apa yang di hadapan mata. Ungapkan kata-kata pujian kepada pasangan dan orang terdekat di atas apa yang telah dan sedang mereka lakukan kerana mereka inilah yang sentiasa berada di samping kita, bukannya orang luar yang sering kita dambakan itu. Bukalah mata seluas-luasnya supaya kita mula nampak apa yang telah kita butakan selama ini.

Apabila kita mula nampak, barulah kita sedar banyak perkara yang telah mereka lakukan untuk kita tetapi telah kita tolak tepi dan menganggap itu adalah normal dan tidak istimewa.

IKLAN

Semoga dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca. Silakan kongsi penulisan ini demi kebaikan semua. Semoga perhubungan kita semakin erat sentiasa.

Biasa tak dengan orang yang nampak kebaikan yang jauh tetapi tidak sedar yang di hadapan mata?

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.

Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️

Kredit: BroOhsem

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI