Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Mona Allen dan suaminya, Pekin Ibrahim yang bakal menimang cahaya mata kedua mereka tahun hadapan.
Jika dahulu pasangan ini menanti lama untuk menimang cahaya mata pertama, kini rezeki anak kedua dipermudahkan Allah.
Menerusi Instagramnya, Mona Allen berkongsi berita gembira itu kepada pengikut setianya yang sering bertanya perubahan dirinya nak kelihatan agak berisi.
“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah saya & suami @pekin7words bakal menerima seorang lagi cahayamata iaitu adik kepada Abg Petra,” katanya berkongsi.
Bahkan kata Mona lagi, dia kini sudah pun berada di trimester kedua kehamilan dan terbuka untuk berkongsi dengan semua.
Ads
Malah Mona juga turut memohon agar kehamilannya ini dipermudahkan sehingga detik melahirkan kelak.
“Insyallah pertengahan tahun hadapan, alhamdulillah sekarang saya dah masuk trimester kedua. Sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini di ruangan Instagram❤️ Masyallah tabarakallah.
“Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segalanya. Ameen❤️ & terima kasih juga atas doa semua sahabat-sahabat, keluarga & rakan-rakan Instagram yang tidak putus & sentiasa mendoakan saya & keluarga.
“Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua, ameen❤️. P/s:- Jangan tanya dah tau nape sis gemok,” tulisnya lagi.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Selama penerbangan 10 jam, dari Korea Selatan ke Amerika Syarikat. Seorang ibu memberikan kepada lebih dari 200 penumpang dalam pesawat sebuah pelastik untuk setiap penumpang.
plastik itu berisi gula-gula, gula getah, dan penyumbat telinga sebagaipermintaan maaf awal, jika bayinya yang berusia 4 bulan menangis sepanjang penerbangan.
Dan turut menulis mesej yang berbunyi, “Hello, saya Jun Woo. Saya berusia 4 bulan dan saya ingin ke Amerika hari ini bersama ibu dan nenek saya. Saya sedikit gugup dan takut. penerbangan pertama dalam hidupku. Itu normal.”
“Saya takut tagisan saya akan menyebabkan gangguan kepada orang lain. Sayaakancuba untuk tetap tenang, tapi saya tidak boleh berjanji pada semua. Sila gunakan jika suara saya terlalu kuat. Nikmati perjalanan anda. Terima kasih.” tulisnya.
Adab, budaya mereka begitu santun dan berhemah walaupun bukan beragama Islam. Antaranya, mereka selalu tolong tekan hutang lift HOLD semasa naik dan turun lift, bukakan pintu untk keluar, tekankan lonceng bas untuk turun sebab lonceng yang dia tekan tidak berfungsi.
Ikuti kami di Youtube :
Ibu tersebut mendapat pujian dari warganet dengan sikapnya yang bergitu tinggi commansense nya terhadap orang lain. Beliau cuba untuk meletakkan dirinya ditermpat orang lain.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak termasuklah bab pendidikan. DEk kerana itu, ramai ibu bapa yang agak tegas dan menekankan hal ini dalam memastikan anak-anak tidak leka.
Setiap apa yang anak-anak gemari akan diikuti asalkan ia terbaik buat mereka. Demikian juga yang dikongsikan oleh pelakon Yana Samsudin mengenai anak sulungnya, Aisy Mateen.
Menurut yana, anak sulungnya menggemari subjek matematik di dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu.
Bahkan, anaknya lebih cepat ‘tangkap’ dan cepat belajar jika menggunakan bahasa inggeris.
Paling suka subjek matematik.. Tapi mateen lebih suka kira dalam inggeris, dia cepat tangkap. Kalau bahasa melayu dia agak lambat sikit.
Bukan itu sahaja, Aisy juga telah didedahkan untuk menguasai tiga bahasa iaitu bahasa melayu, inggeris dan juga mandarin sejak masih bayi lagi.
Sebab masa baby lagi dah dedahkan 3 language.. bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa mandarin. Sekarang dia akan guna mana yang dia paling ingat. Alhamdulillah sekarang juga dah minat bahasa arab dan jawi..
Tak pernah paksa, tak pernah rotan semasa proses pembelajaran. Alhamdulillh mudah segala proses nya.
Ingat mateen , mommy bukan nak berlumba dengan kepandaian mateen dengan anak anak yang lain . Mommy nak mateen pandai ikut potensi mateen sahaja. semoga berguna untuk masa hadapan bila mommy takda nanti…
Selain baju raya, gaya potongan rambut anak-anak juga selalu diberi perhatian oleh ibu ayah untuk pastikan di Hari Lebaran nanti anak-anak terlihat kemas dan bergaya. Begitulah juga yang dilakukan oleh seorang ibu ini apabila membawa anak lelakinya ke selon rambut.
Nak dijadikan cerita, tukang gunting tersebut telah memotong rambut anaknya mirip gaya perempuan. Dia agak terkejut bila dimaklumkan oleh ibu kanak-kanak tersebut yang anaknya itu adalah lelaki. Comel sungguh kanak-kanak tersebut!
Video yang dikongsikan oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Jieha Adon di aplikasi Tik Tok menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen memuji betapa anak lelakinya itu sangat comel.
Tanpa mengetahui jantina kanak-kanak itu, tukang gunting rambut telah memotong rambutnya dengan gaya kanak-kanak perempuan. Ini memandangkan rambut sebelumnya agak panjang dan secara tidak langsung tukang gunting beranggapan anaknya itu adalah perempuan.
Dan setelah dimaklumkan bahawa anaknya lelaki menjadikan situasi kelakar di dalam salon. Suasana terasa lucu dirasakan oleh pekerja salon dan pelanggan lain yang ada di situ.
Setelah dimaklumkan, barulah tukang gunting rambut itu memotong semula rambut kanak-kanak tersebut dengan gaya ala-ala Kpop. Barulah anaknya nampak handsome!
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...