Masalah perut buncit menjadi antara masalah yang ramai wanita hadapi. Lebih-lebih lagi jika telah melalui proses melahirkan anak beberapa kali.
Lazimnya, wanita tidak mahu terlihat tidak cantik dihadapan suami, lalu pelbagai cara harus dilakukan untuk kembali langsing.
Jadi apa langkah yang harus anda buat sekarang?
Di sini ada disenaraikan beberapa petua yang sesuai untuk diamalkan bagi mengatasi masalah perut buncit dan seterusnya terlihat langsing.
Jom semak.
LIMAU NIPIS
1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.
Ads
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. Atau cara lain, anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis
TEH CINA
Ada dua cara yang boleh diamalkan.
1. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
2 Selepas makan, amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu, Ia boleh menurunkan berat badan.
ASAM JAWA
Ads
Air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan. Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas.
Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari.
HALIA BARA
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Kemudian perahkan air limau nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
Ads
KAPUR MAKAN
Anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
LEMON
Caranya : Ambil sebiji lemon diperah jusnya dan tambah satu sudu madu lebah/kelulut asli dicampur dgn secawan air suam dan minum. Amalkan 2 kali sehari Insyallah mujarab.
SENAMAN
Semua petua ini sangat2 bagus n baik, yang penting sekali kena buat apa jua senaman baru hasilnya sangat2 bagus.
Selamat mencuba.
Sumber : Petua Kempiskan Perut
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap hari, sebaik matahari terbit, tugas seorang isteri sudah bermula. Sama ada bekerja atau pun tidak kesibukannya sama sahaja. Terkejar ke sana, terkejar ke sini demi memastikan keluarga tersayang tidak berkurang satu apa pun.
Namun pada saat-saat begini banyak hati wanita yang mendongkol marah dan geram. Apa tidaknya. Sedang si isteri bertungkus lumus mengerjakan apa yang patut, ada suami bersantai-santai di sofa sambil menonton televisyen dan membaca surat khabar.
Bukan mahu mendabik dada, tetapi memang kenyataannya. Rutin seorang wanita bermula sebaik celik mata sebelum subuh hinggalah saat melabuhkan tubuh di katil. Letih yang dirasakan memang tidak terucap dengan kata-kata.
Namun berlainan sekali dengan rutin seorang lelaki@suami (maaf, mungkin tidak semua). Bangun pagi sarapan sudah tersedia. Pulang dari pejabat, selepas makan malam sudah boleh berehat sambil menonton rancangan kegemaran di ruang tamu. Aduhai…seronoknya menjadi seorang lelaki@suami!
Rasanya ini bukanlah satu isu yang baru. Malah sejak bertahun-tahun perkara ini sering menjadi topik perbincangan hangat. Namun ia masih menjadi satu tabu dalam rumah tangga. Walaupun kini semakin banyak suami yang ringan tangan membantu dalam menguruskan kerja-kerja di rumah, namun bebanan tugas masih 90 peratus terletak di `batu jemala’ isteri.
Saling membantu
Kita sudah sedia maklum yang Islam amat menuntut agar setiap pasangan suami isteri mengamalkan sikap saling bantu membantu. Nabi Muhamad SAW sendiri sentiasa membantu isteri-isteri Baginda dalam hal ehwal rumah tangga dan urusan anak.
Sikap Baginda ini sepatutnya menjadi ikutan para lelaki bergelar suami. Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud): “Aku adalah sebaik-baik suami yang berbuat baik kepada ahli keluargaku. Contohilah aku.”
Sudah sewajarnya para suami mengambil iktibar daripada hadis tersebut dalam melayari bahtera rumah tangga. Walaupun Baginda (s.a.w) sibuk menjalankan tugas sebagai Rasul, pemimpin ummah dan Negara dan sebagai panglima perang, namun Rasulullah (s.a.w) tetap dapat meluangkan masa membantu isterinya membuat kerja rumah seperti menjahit pakaian yang dan membaiki kasut.
Suami sebagai ketua keluarga seharusnya menjadi pemimpin dan pelindung. Bukan hanya tahu memberi arahan semata-mata. Apatah lagi sekarang ini kebanyakan pasangan suami isteri berkerjaya. Jadi rasanya tidaklah salah jika mereka saling membantu dalam menguruskan rumah tangga.
Memang banyak lelaki yang mempunyai ego tinggi. Tetapi ini bukanlah masa untuk menunjukkan ego. Dalam urusan rumah tangga ini para suami perlu belajar untuk mengurangkan rasa ego dan membantu isteri membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, mengurus anak, membersihkan rumah dan sebagainya. Lagipun banyak kebaikan dalam kita bekerjasama menguruskan rumah tangga. Antara manfaat paling besar ialah dapat merapatkan lagi hubungan dan menambahkan rasa kasih sayang.
Pregnancy/Birth :Young married couple embraces standing near table in kitchen. Husband hugs his pregnant wife, putting his hands on her big belly, woman is preparing breakfast. Lifestyle, couple in love, happy people.
Andai suami enggan membantu, isteri jangan cepat berputus asa. Sebaliknya cubalah bersikap bijak dan menegur secara baik dan lemah lembut. Tindakan ini sangat bersesuaian dengan peranan isteri sebagai penasihat dalam rumah tangga selain dapat menjaga keharmonian rumah tangga.
Mengajak suami
Dalam menguruskan rumah tangga, kerjasama suami dan isteri amatlah diperlukan. Lantaran itu hal ini elok dibincangkan bersama. Perbincangan akan memberi ruang untuk kita lebih saling mengenali dan `menguraikan’ apa yang tersimpul dan terpendam.
Banyak isteri yang mahu menjadi `isteri mithali’ sehingga takut untuk meminta suami membantu kerja rumah. Ini bukan soalnya kerana `membiarkan’ suami begitu sahaja boleh menyebabkan dia menjadi “pemalas’! Lagipun bukan suami tidak pernah melakukannya sebab kerja-kerja rumah bukanlah suatu yang asing sewaktu dia hidup bujang dahulu.
Mungkin cara terbaik untuk meminta bantuan suami adalah dengan mengajak dia menemani anda sewaktu anda sedang melakukan kerja-kerja tersebut. Misalnya ketika anda hendak memasak, ajak dia bersembang dengan anda di dapur.
Suami mungkin mulanya akan berasa janggal dan menolak permintaan anda. Tetapi cubalah pujuk dia dengan lembut dengan alas an mahu berkongsi banyak cerita menarik dengannya sambil anda membuat kerja rumah. Bila dia selalu bersama, anda boleh meminta dia membantu membuat kerja yang mudah seperti memotong sayur atau bawang. Nanti setelah terbiasa, dia tidak akan kekok lagi membantu anda.
Selain itu dengan selalu melihat anda sibuk membuat kerja rumah, mungkin suami akan perasan betapa sibuknya anda di rumah. Baik juga secara bergurau anda luahkan betapa penatnya anda dan betapa seronoknya jika suami dapat membantu.
Juga manfaatkan cuti hujung minggu untuk membuat kerja rumah bersama-sama lebih-lebih lagi menjelang hari raya nanti. Ia tidak semestinya diisi dengan berjalan-jalan sahaja. Mengisi hujung minggu dengan membuat kerja membersihkan rumah bersama-sama, termasuk anak-anak sekali, pasti lebih menyeronokkan dan menyenangkan daripada melakukannya sendiri.
Hargai suami
Apabila suami ringan tulang membantu kerja rumah, jangan pula anda berat mulut untuk memujinya. Ini penting kerana itu tandanya anda menghargai bantuannya. Ini pasti membuat dia berasa lebih gembira dengan apa yang dilakukan. Penghargaan dapat diberikan dalam bentuk ucapan terima kasih mahupun pelukan hangat.
Namun andai suami masih berat tangan untuk membantu, jangan berputus asa. Sentiasa panjatkan doa kepada Allah agar melembutkan hati suami. Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebagai doa pelembut hati. Baca ayat ini ketika memasak atau menyediakan minuman sambil berdoa agar suami dilembutkan hati dan ringan tulang untuk membantu anda menyelesaikan kerja rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siti Sarah semalam selamat melahirkan bayi lelaki pramatang secara pembedahan petang. Dalam perkongsian terbaru, Shuib Sepahtu berkata mereka sepakat memilih nama Ayash Affan untuk cahaya mata keempat itu.
Shuib turut meminta orang ramai mendoakan agar bayi mereka itu terus sihat dan dapat bertahan dalam masa dua bulan ini. Katanya, isterinya yang mahukan anak mereka itu diberi nama tersebut.
“Alhamdulillah sedikit perkembangan terkini untuk Ayash Affan. Dr Faiz dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagitahu, pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil.
“Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan. Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh. Doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini,” katanya.
Dalam masa sama, Shuib juga memanjatkan rasa syukur atas perkembangan tersebut dan mengucapkan terima kasih untuk doa-doa yang dikirimkan orang ramai kepada isteri dan anaknya.
“Ya ALLAH syukur. Ini juga berkat doa anda semua yang tak henti-henti mendoakan kesihatan Ayash.
“Saya balikkan doa-doa kalian. Semoga anda juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik dan terhindar dari segala kemudaratan. Insya-ALLAH,” katanya.
Mengakui dia hampir hilang pertimbangan di atas apa yang berlaku, bagaimanapun, Shuib berkata dia reda di atas segala kemungkinan dan ujian.
“Tipu la kalau cakap saya ni okay… 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya.
Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost lost dan tercari-cari. Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti.
“Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” ujarnya.
SUMBER: MSTAR ONLINE
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berbudi pada tanah, banyak manfaatnya. Bila sudah dapat hasilnya, hilang segala penat lelah Kan.
Seronoknya apabila kebun sayur yang diusahakan ini dibuat bersama-sama. Bak kata pepatah yang berat sam dipikul, ringan sama dijinjing.
Komuniti kejiranan kawasan Persint 17, Putrajaya ini mengusahakan kebun sayur bersama-sama. Selain menjadi aktiviti kecergasan, ini juga salah satu cara mengeratkan hubungan sesama jiran.
Berbudi pada tanah. Hasilnya sumber makanan dan pelbagai lagi. Komuniti PPAM Pudina di Presint 17 berasa gembira dengan hasil cucuk tanam. Petang ini mereka beramai-ramai menuai hasil tanaman.Kebun komuniti Putrajaya kini menjadi program sumber rantaian makanan komuniti setempat dan juga tempat interaksi sosial komuniti dengan jiran sambil berkebun yang merupakan aktiviti kecergasan fizikal.
(urban food chain, from garden to table).
#Putrajayabandarpentadbiranmampan
#SDG11SustainableCities
#SustainableCommunities
#KeluargaMalaysia
#OurCityOurHome
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.