Keibubapaan

Serik Anak Sakit Lepas Dicium Orang Luar, Puteri Aishah Titip Pesanan!

Share

Pelakon, Puteri Aishah mengakui kini lebih berwaspada sebelum membenarkan mana-mana individu menyentuh dan mencium anaknya.

Semuanya selepas melalui pengalaman apabila anaknya dimasukkan ke NICU sedikit masa dahulu.

Kata Puteri Aishah lagi menerusi Insta Storynya, dia memandang serius perkara ini kerana mahu memastikan kesihatan anaknya terpelihara, lebih-lebih lagi bagi seorang bayi yang lebih mudah terkena jangkitan.

“Tolonglah faham. Saya bukannya tidak izinkan kawan-kawan atau ahli keluarga pegang anak saya, tetapi tolong pastikan awak semua tidak merokok dan tangan dalam keadaan yang bersih.

“Anak saya pernah masuk NICU (Unit Rawatan Rapi Neonatal) disebabkan orang luar menciumnya berulang kali,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia meminta orang ramai kini lebih peka dan prihatin mengenai soal kesihatan bayi yang sememangnya lebih mudah terkena jangkitan berbanding orang dewasa.

“Tolong faham perkara ini dan minta izin terlebih terlebih dahulu sebelum nak dukung anak saya. Kalau saya tak izinkan tolong jangan terasa.

“Kadang-kadang mood dia pun tidak menentu. Kalau dia menangis bukannya awak yang pujuk, saya juga yang perlu pujuk dia,” katanya lagi.

Terdahulu Puteri Aisyah dan suaminya, Muhammad Firdaus mendirikan rumah tangga pada November 2021. Pasangan ini kini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Muhammad Faliq yang kini berusia 10 bulan.