Serbuk Colek Pun Boleh Buat Sendiri? Ha, Ni Resipinya!

Share

Siapa suka makan mangga muda?  Emmm…  membayangkannya sahaja sudah boleh kecur liur dibuatnya.

Apatah lagi bila ada di depan mata, tak perlu dijemput makan sudah disua ke mulut untuk segera dijamah! Krup krap krup krap bunyinya,  memang cukup menyelerakan.

Tambah syok bila mangga muda dapat dimakan beserta dengan coleknya.  Barulah sempurna dan menepati citarasa sesiapa jua.

Oleh itu,  dikongsikam bersama resipi serbuk colek untuk anda nikmati.  Semoga perkongsian ini memberi satu lagi ilmu masakan buat anda semua. Selamat mencuba.


Serbuk colek

Bahan-bahan:

Segenggam udang kering

10 tangkai cili kering

3 inci belacan

2 cawan gula pasir

Cara Buat:

1. Sangai cili kering, udang kering dan belacan.

2. Setelah sejuk, kisar halus bahan yang telah disangai bersama dengan gula.

3. Sedia untuk dimakan.

 

sumber :Siti Haidah Binti Berahim via MAHN