
Membayangkan sedang menikmati mangga muda sahaja sudah boleh buat kita kecur liur jadinya. Apatah lagi bila ada di depan mata, boleh buat tidak sabar untuk menikmatinya.
Lagi sempurna jika mangga yang ingin dimakan turut tersedia bersama colek yang dibuat daripada air tangan sendiri. Oleh itu, di sini turut dikongsikan bersama resipi untuk menyediakan serbuk colek untuk anda nikmati.
Selamat mencuba.
Serbuk colek
Bahan-bahan:
Segenggam udang kering
10 tangkai cili kering
3 inci belacan
2 cawan gula pasir
Cara Buat:
1. Sangai cili kering, udang kering dan belacan.
2. Setelah sejuk, kisar halus bahan yang telah disangai bersama dengan gula.
3. Sedia untuk dimakan.
sumber :Siti Haidah Binti Berahim via MAHN
‘Krup Krup’ Di Luar, Lembut Di Dalam. Tu Istimewanya Roti Goreng Sayuran Ni, Satu Keluarga Sukakannya!

Bosan makan roti yang dibakar bersama sapuan mentega dan kaya semata-mata, apa kata ibu-ibu layan menu istimewa ini. Roti bersalut tepung yang digoreng ranggup, pasti akan menceriakan lagi suasana sarapan anda sekeluarga.
Ini sebagai mana apa yang dikongsikan oleh Danisha, dan untuk itu jom kita lihat resipinya.
“Sarapan untuk anak-anak tapi ayah ibu pun boleh join makan. Krup krup di luar, lembut di dalam. Inilah Roti Goreng Sayuran Krup Krup, Jom sarapan”- Danisha Dhia Darwish
Bahan-bahan:
5-6 keping roti gardenia
1 cawan tepung gandum*
1 cawan air*
1 biji telur*
Sedikit daun sup*
Sedikit karot yang disagat*
Sedikit garam*
Cara Penyediaan :
- Satukan bahan bertanda* sebatikan
2. Roti di potong ikut cita rasa masing-masing
3. Celup roti dalam adunan dan goreng hingga kekuningan.
4. Siap dihidangkan. Boleh dimakan begitu saja atau sos dan mayonis.
sumber : Danisha Dhia Darwish Via MAHN
Resipi Ayam Masak Kicap Pedas Superb Ni Mesti Cuba! Nak Buat Pun Mudah,2

Jika tiada idea menu untuk hidangan keluarga, boleh cuba menu masakan ayam masak kicap pedas.
Langkah demi langkah untuk membuatnya mudah. Jika dimakan bersama nasi panas tentu anak berselera.
Ikuti cara penyediaan serta resepinya.
Sumber: Dapur MK
Selamat mencuba!
Daging Korban Tak Sesuai Dimasak ‘Steak’ Ada Sebabnya

Daging korban tak sesuai dimasak ‘steak’ ada sebabnya. Daging korban yang biasanya diperoleh semasa perayaan Aidiladha, sering kali digunakan dalam pelbagai jenis masakan tradisional. Namun, ia jarang sekali dijadikan ‘steak’.
Terdapat beberapa sebab mengapa daging korban tidak sesuai untuk tujuan ini.

Kenapa Daging Korban Tak Sesuai Dibuat Steak
1. Kualiti Daging
Daging korban biasanya berasal dari haiwan yang tidak diternak khusus untuk tujuan menghasilkan daging berkualiti tinggi. Sebaliknya, haiwan korban sering kali dipilih berdasarkan kesesuaian untuk dikorbankan dari segi umur dan kesihatan. Faktor ini menyebabkan kualiti dagingnya mungkin tidak setanding dengan daging yang diternak khusus untuk menghasilkan steak. Daging yang kurang lemak dan urat biasanya lebih sukar untuk menghasilkan steak yang lembut dan berjus.
2. Kaedah Penyembelihan
Proses penyembelihan korban yang mematuhi syariat Islam juga memberi kesan kepada kualiti daging. Penyembelihan yang dilakukan dengan cepat untuk memenuhi keperluan ibadah sering kali tidak menitikberatkan aspek-aspek yang diperlukan untuk menghasilkan daging berkualiti steak. Proses ini juga mungkin tidak memberi masa yang cukup untuk haiwan tersebut mengalami proses pendarahan yang sempurna, yang boleh menjejaskan tekstur daging.
3. Penyimpanan Dan Pengendalian
Daging korban biasanya dibahagi-bahagikan dan diedarkan kepada mereka yang memerlukan segera selepas penyembelihan. Proses ini kadang-kadang tidak memberi masa yang cukup untuk daging tersebut disimpan dengan betul. Daging yang tidak disimpan pada suhu yang sesuai atau tidak melalui proses penuaan (aging) yang betul akan menjadi keras dan tidak sesuai untuk dibuat steak.

4. Jenis Potongan Daging
Untuk menghasilkan steak yang enak, jenis potongan daging adalah sangat penting. Daging korban biasanya dipotong untuk penggunaan umum dan bukan spesifik untuk steak. Potongan seperti ribeye, sirloin, dan tenderloin adalah yang paling sesuai untuk steak, tetapi potongan ini mungkin tidak selalu ada dalam daging korban yang dibahagikan secara umum.
5. Tujuan Dan Niat Korban
Korban dilakukan dengan tujuan ibadah dan kebajikan, iaitu untuk mendekatkan diri kepada Allah dan membantu mereka yang memerlukan. Oleh itu, pengagihan daging korban biasanya tertumpu kepada golongan fakir miskin dan tidak terhad kepada penggunaan peribadi sahaja. Ini menjadikan penggunaan daging tersebut untuk hidangan mewah seperti steak bukanlah satu keutamaan.
Seorang pengguna laman X menjelaskan daging korban sebenarnya tidak sesuai dijadikan sebagai hidangan stik seperti yang terdapat di restoran terkemuka.
Sebagai tukang masak profesional, individu ini menjelaskan lembu akan mengalami fasa Rigor Mortis selepas disembelih sekaligus menyebabkan daging akan menjadi keras sehingga tidak boleh dimakan sebagai stik.
Rigor Mortis bermaksud kekakuan otot yang berlaku pada haiwan ternakan seperti lembu selepas proses penyembelihan.
“Pertama skali kita kena paham apa itu Rigor Mortis(RM) secara am. Organisma bertulang belakang akan mengalami RM ketika mati. Otot-otot akan kejang dan mengeras.
“Kalau biasa pancing, ikan dalam icebox tu bukan mengeras senget sebab beku. Tu contoh RM dalam binatang selain haiwan disembelih,” katanya.
Individu ini turut menjelaskan untuk menjadikan daging itu sebagai hidangan stik, ia melibatkan beberapa proses yang perlu dilaksanakan seperti gantung di dalam peti sejuk beku selama berminggu-minggu.
Ia dilakukan supaya daging menjadi lembut dan sesuai dimasak stik.
“Di barat, praktis selepas sembelih dan siat adalah gantung rangka itu minimum 2 minggu hingga ke sebulan untuk membenarkan otot-otok rileks secara semula jadi dan enzyme akan melembutkan otot sebelum dilapah sebelum dijual. Suhu perlu dikawal rapi utk mencegah pencemaran bakteria.
“Proses gantung di dalam peti selama berminggu namanya Aging. Tanpa proses ni tak guna pun potong daging ikut bahagian mana mahal murah seperti praktis barat.
“Stik dimasak pada suhu yang tinggi dan masa yang singkat. Sebab itu proses aging penting untuk melembutkan daging,” jelasnya.
Sebaiknya, daging korban digunakan untuk masakan tradisional yang lebih sesuai dengan tekstur dan kualitinya, sambil mengekalkan semangat kebersamaan dan kebajikan yang diutamakan dalam ibadah korban.
Sumber: X Butteralways
Baca artikel lain juga: Menu Daging Korban, Macam-macam Resipi Boleh Masak
Daging Goreng Cili Padi Limau, Hidangan Ringkas Tapi Boleh Buat Makan Bertambah!
Menu Daging Korban, Macam-macam Resipi Boleh Masak
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my