“Serba Sederhana Tapi Penuh Bermakna.” Izreen Azminda Kongsi Momen Majlis Tahnik & Akikah Anak Kedua, Selit Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Suami

Share

Pelakon Izreen Azminda baru-baru ini telah mengadakan majlis tahnik serta aqiqah untuk anak keduanya, Aaron Ibrahim.

Pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan ini tampil berpakaian serba ringkas dengan tema turqoise, sedondon dengan suami dan anak keduanya itu.

Majlis tersebut diadakan dalam keadaan sederhana namun penuh bermakna untuk dirinya dan suami, Ude Wahid. Momen tersebut dikongsikan Izreen dengan memuat naik foto mereka sekeluarga di instagram.

 

“Terima kasih bagi mereka yang menjayakan majlis tahnik dan aqiqah semalam. Serba sederhana tapi penuh bermakna,” kongsinya secara ringkas.

Begitu pun, penerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2013 sehingga kini mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anak ketiganya pada orang ramai.

Dalam kesempatan tersebut juga, Izreen turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua kepada suaminya, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Aaron selamat dilahirkan pada 29 Jun lalu dengan berat 2.85 kg di sebuah hospital swasta ibu kota.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada  2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adrian Umar.

Sumber: IG izreen.azminda