
Bidang pendidikan semakin berkembang untuk para pelajar meneroka ilmu pengetahuan.
Jadi tidak mustahil, banyak universiti ditubuhkan bagi merealisasikan matlamat tersebut.
Universiti Teknologi Sarawak merupakan Universiti terbaru di Malaysia.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian saudara Sir Kamarul.
Senibina bangunan yang moden dan futuristik, seolah-olah kita berada di Australia!
Universiti Teknologi Sarawak di Sibu secara rasmi dilancarkan mulai hari ini 10 November 2021.
Cantik gila!!!
Hak milik penuh kerajaan negeri Sarawak, Universiti Teknologi Sarawak kini menawarkan 100% biasiswa dalam pengajian Asasi.
Kos pengajian ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak.
Pelajar pengajian asasi kini berpeluang melanjutkan pelajaran di sini!
Bagi pelajar ijazah sarjana muda (degree) dan ijazah sarjana (master), diskaun 50% yuran pengajian kini ditawarkan untuk semua kursus.
Ini bermaksud separuh kos pengajian kini ditanggung kerajaan negeri Sarawak!!
Ayuh!!! Jangan lepaskan peluang!!!
UTS adalah universiti pertama di Malaysia yang mencapai Green Building Index (GBI) Platinum.
Reka bentuk bangunan ini mempunyai tempat takungan air hujan yang berperanan melancarkan pengaliran air hujan.
Bagaikan air terjun di Airport Changi di Singapura!
Kemudahan dan fasiliti belajar terbaik dan berkelas dunia disediakan.
Memang selesa untuk semua pelajar.
Cuba layari laman web mereka untuk ketahui lebih lanjut.
Memang padu beb!
Sumber: Sir Kamarul
6 Tahun Pertama Adalah Waktu Rumah Bersepah. Jangan Marah, Guna Peluang Ini Ajar Anak & Bonding Time Bersama!

Apabila melihat rumah bersepah, pasti ibu-ibu ‘naik hantu’. Apatah lagi jika baru sahaja mengemas. Lebih-lebih lagi kalau anda yang mempunyai anak ramai, bukan hanya seorang yang perlu diberi perhatian.
Bagi yang mempunyai anak kecil usia di bawah 6 tahun, perkara ini sudah menjadi kebiasaan. Tidak perlu rasa lelah atau penat untuk menguruskan anak-anak begini.

6 tahun pertama adalah waktu rumah bersepah. Jika anda ada ruang lebih, boleh sediakan ruang khas hanya untuk bermain.
6 tahun sahaja. Selepas itu lebih susah nak minta anak peluk apatah lagi ucapkan perkataan sayang. Anak dah malu.. Kerana pada masa itu anak sudah mempunyai akal..
Bila nak didik anak berkasih sayang? 6 tahun ke bawah.
Kesan daripada didikan 6 tahun ke bawah akan memberi kesan terhadap sosio emosi anak pada 7 tahun ke atas. ?
Don’t trust me, but trust the process.

Dari segi kajian, didikan 6 tahun kebawah dengan Banyak bermain dan bonding time bersama Ibubapa banyak memberi kesan terhadap sosio emosi anak.
Selari dengan pesanan Rasullullah S.A.W, 6 tahun ke bawah Baginda berpesan berkasih sayang dan menyayangi anak tanpa batas. Tidak boleh dipukul walaupun mereka melakukan kesalahan walaupun ATAS DASAR MENDIDIK.
Akhirnya, kesan terhadap sosio emosi anak, mereka akan rasa dekat dengan kita dan merasakan kita adalah orang yang menjadi pelindungnya serta dianggap teman tempat rujukannya.
Ini akan memberi kesan untuk jangka masa panjang ya. Ia akan Bermula 7 tahun sehingga DEWASA! USIA EMAS anak adalah 6 tahun kebawah!
Ada Ibu bapa datang berjumpa saya, mereka merasa kecewa dan kesal apabila anak lebih menuruti perintah atuk nenek berbanding kita Ibubapa mereka.
Cuba tanya diri kita semula. Kenapa anak memilih atuk nenek dia berbanding anda sebagai ibu bapa mereka?
Jadi mulai hari ini dan saat ini, tanam satu azam. Peluk anak, cium anak, ucapkan perkataan SAYANG, pandang anak dengan kasih sayang, Tahan marah dan genggam tangan daripada naik ke kulit anak.
Ucapkan yang baik-baik, kata kan yang baik-baik, nasihat yang baik sahaja sehingga anak berusia 7 tahun walaupun TERPAKSA ulang perkara yang sama 1001 kali. Anak baru hidup, jadi dengan siapa dia akan belajar kalau bukan dari orang tuanya?
6 tahun sahaja. 6 tahun sahaja wahai ibu bapa sekalian.
Objektif bukan untuk mendidik, tetapi berkasih sayang sambil mendidik dengan kasih sayang dan kasih sayang.
Hanya Kasih dan Sayang.
Idzmir Shahril
Paediatric Occupational Therapist
Fb : Idzmir Kids Hub
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster
Pantau Sendiri Tekanan Darah Di Rumah, Nak Pastikan Bacaan Tepat Ada Pantang Larangnya!

Pantau Sendiri Tekanan Darah Di Rumah, Nak Pastikan Bacaan Tepat Ada Pantang Larangnya!
Jika diajukan soalan tentang bila kali terakhir anda buat pemeriksaan tekanan darah, mungkin ada antara kita menjawab baru beberapa hari lalu lakukannya. Tidak kurang juga mungkin ada yang sudah bertahun-tahun lamanya tidak pernah buat, bahkan tidak tahu bacaan tekanan darah terkini dek kerana jarang sakit. Mungkin ramai beranggapan, jika sihat tentu semuanya normal. Oleh itu membuat kesimpulan, tidak perlu untuk membuat pemeriksaan tekanan darah.
Pun begitu kita juga sedar bahawa tekanan darah tinggi yang juga dikenali sebagai hipertensi adalah merupakan pembunuh senyap. Tidak menampakkan gejala atau tanda-tanda tertentu dan jika tidak dibuat pemeriksaan dari awal, anda akan hanya tahu apabila diserang penyakit yang serius seperti strok atau serangan jantung. Bila hal ini berlaku, pasti menyedihkan!
Menyedari hal ini, jika ada yang ‘malas’ pergi ke klinik sebenarnya anda boleh sahaja lakukan langkah pemantauan bacaan tekanan darah sendiri di rumah. Ini sangat penting untuk kita dapat pastikan bukan sahaja tekanan darah kita normal malah tiada halangan untuk seisi keluarga membuat pemeriksaan sendiri dengan lebih selesa di rumah pada bila-bila masa.
Cara Guna Kena Tahu
Oleh itu, panduan penggunaan alat pemantau tekanan darah dengan teknik yang tepat perlu diketahui terlebih dahulu. Sedikit kesilapan biasa boleh menjejaskan bacaan tekanan darah yang diperoleh dan akhirnya bacaan yang diambil tidak menggambarkan tahap kesihatan seseorang itu.
Hakikatnya pemantauan tekanan darah perlu dilakukan dengan betul untuk memberikan hasil yang tepat. Untuk membantu, gunakan senarai semak Do & Don’t yang mudah ini :-
Do
- Periksa tekanan darah anda selepas satu jam bangun daripada tidur.
- Sebaiknya periksa tekanan darah sebelum mengambil sarapan
- Pastikan duduk di dalam keadaan selesa dengan posisi bersandar
- Pastikan tangan diletakkan sama paras dengan jantung.
- Tetapkan 5 minit pertama sebagai tempoh bertenang sebelum anda memulakan pemeriksaan.
Don’t
- Pundi kencing yang penuh (tahan kencing)
- Duduk tidak dalam posisi yang betul
- Bercakap-cakap ketika bacaan tekanan darah diambil
- Bersenam, minum kopi atau merokok 30 minit sebelum bacaan diambil
- Memakai pakaian yang ketat
Kesemua aktiviti ini boleh meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan bacaan yang tidak tepat.
Adalah penting bagi semua antara kita memahami bahawa bacaan tekanan darah kita berbeza-beza dan berubah-ubah dalam tempoh tertentu pada waktu yang berlainan meskipun pada hari yang sama.
Oleh itu, adalah penting untuk sentiasa memantau tekanan darah di rumah menggunakan alat pemantau tekanan darah yang terbaik seperti OMRON Connect yang dilengkapi dengan sistem digital yang canggih sebagai menyediakan penyelesaian untuk pencegahan dan pengurusan kesihatan buat anda sekeluarga.
Apatah lagi baru-baru ini OMRON Connect melancarkan aplikasi program Health Gift rewards. Melalui aplikasi ini pengguna akan diberi ganjaran tiket dan healthcoins untuk setiap kali kita periksa tekanan darah (BPM) ataupun komposisi badan (BCM) kita.
Menarik bukan, dan bukan itu sahaja malah dengan jumlah healthcoins yang terkumpul, pengguna boleh tebus pelbagai baucer menarik sama ada di FamilyMart, Pasaraya Lotus’s, Touch n Go dan pelbagai lagi.
Jika anda ingin ketahui lebih detail tentang produk kesihatan OMRON connect ini boleh klik di sini (www.omronhealthcare-ap.com/my/)
Wanita Paling Bertuah Dan Bahagia Adalah Wanita Yang Memiliki Suami Baik, Beriman- Prof Dr Muhaya

Pernikahan adalah tentang cinta, tentang persahabatan, tentang kesabaran dan tentang kehidupan. Pasangan lelaki dan wanita diciptakan antara satu sama lain untuk saling melengkapi. Kecintaan dan kasih sayang antara suami isteri bukan sekadar di bibir sebaliknya kena dari hati yang ikhlas dan jujur selain mendapat keredaan Yang Maha Esa.
Menjejaki titian kasih pasangan Prof Dr Muhaya Mohamad dan suami kesayangan, Dato Dr Azmi Jamion yang membina mahligai cinta tatkala masing-masing masih bergelar pelajar nyata cukup istimewa.
“Pertama kali bertemu suami adalah pada tahun1976. Ketika itu ada Piala Perdana Menteri dan saya salah seorang ahli jawatankuasa bagi program berkenaan. Daripada situ kami mula berkenalan dan sempat bermain ping pong bersama. Waktu itu, kami sudah mula suka antara satu sama lain. Sebelum pulang, suami minta alamat saya untuk berhubungan. Waktu itu tiada kemudahan telefon seperti sekarang. Jadi kami berhubung melalui surat.
“Setiap minggu kami saling mengutus surat sehinggalah pada tahun 1979 saya tinggal di asrama di Pantai Baru manakala suami pula di Jalan Raja Muda. Kebetulan teman serumah saya, Dr Wan Sapiah seorang yang agak alim orangnya. Dia yang bagi cadangan supaya saya dan suami bernikah awal. Daripada berjumpa selalu baik kami nikah. Katanya berjumpa tanpa ada ikatan nanti berdosa, saya pun terfikir betul juga apa yang kawan saya cakap .
“Walaupun tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang tetapi kami selalu berjumpa, makan bersama dan belajar bersama. Itu juga dikira berdosa. Akhirnya kami memilih untuk berkahwin kerana mahu mendapat keredhaan Allah dan mengelak maksiat. Waktu itu saya dalam tahun kedua dalam bidang perubatan.
“Tetapi saya bimbang penerimaan keluarga dengan keputusan tersebut. Waktu nak telefon ayah, saya jadi was-was. Tetapi tak sangka lepas cakap, ayah setuju dan tak tahu kenapa ayah saya boleh bersetuju. Mungkin juga ayah saya orang yang beragama dan dia tahu itu juga satu benda baik. Cuma ayah minta kami nikah gantung dan tidak duduk bersama supaya saya tidak mengandung kerana takut susah nak belajar.
Jimat kongsi makan dan minum berdua
“Istimewanya ikatan pernikahan ini bukan sekadar mengelakkan maksiat, sebaliknya selepas berkahwin saya masih mampu mengekalkan momentum dan muncul pelajar terbaik. Itulah berkatnya apabila berkahwin tanpa ada maksiat. Selepas berkahwin, kami bebas ke sana ke mari dan boleh membonceng motosikal suami untuk ke kelas, belajar di perpustakaan sampai tengah malam kerana ada suami sebagai peneman.
“Bukan itu sahaja, apabila bergelar suami isteri kami boleh berjimat. Kalau pergi makan, mesti kami kongsi lauk dan order satu teh ais sahaja. Disebabkan duit pun tak ada sangat masa itu.
“Jika saya penat dan sebagainya, suami akan bawa tengok wayang dengan menaiki motosikal. Memang hidup saya sangat gembira dan selalu saya cakap pada kawan takutnya jika Allah tarik balik nikmat yang saya peroleh ketika itu. Tetapi kawan saya cakap jika kita bersyukur insyaAllah, Allah akan kekalkan nikmat tersebut. Jujurnya, banyak kegembiraan yang saya peroleh berbanding cabaran ketika itu.
Tunjuk perangai sebenar
“Dulu saya kenal suami umur 17 tahun dan dia cinta pertama saya. Saya rasa cinta kami sangat asli dan jujurnya sebelum berkahwin perangai saya tidak elok. Saya garang, suka marah, suka merajuk tetapi selepas kahwin suami puji perangai saya lebih baik dari sebelum ini (sebelum berkahwin). Ini semua sebab hukum Islam yang mana lepas kahwin kena taat pada suami. Pendek kata, sebelum kahwin saya tunjukkan perangai tidak elok, tetapi selepas kahwin saya berubah untuk menjadi lebih baik. Pada saya lebih baik kita tunjukkan perangai sebenar sebelum kahwin. Tidak ada kepura-puraan sebelum itu.
“Pada saya keikhlasan sangat penting dan yang keduanya, agama dan tujuan perkahwinan itu sendiri. Bukan sama ada terdesak atau sebab sayang. Kita mesti kahwin kerana Allah dan mahu mendapat redhaNya. Macam saya sendiri, saya kahwin kerana mahu mengelakkan maksiat kerana mahu menjaga Agama dan bukan sebab nafsu atau suka. Tetapi lebih kepada menjaga Agama. Itulah keberkatannya.
“Jadi untuk pasangan di luar sana yang sedang belajar, apa-apa yang kita lakukan mesti niat kerana Allah dan berkahwin kerana cinta Allah dan bukannya cinta manusia sebab manusia boleh hilang tetapi Allah sentiasa ada. Apabila kita mendapat cinta Allah maka kita akan mendapat cinta manusia. Ketaatan dan ketakwaan itu sangat penting. Justeru, kita kena tahu tujuan berkahwin.
“Jika kita kahwin untuk bahagia memang takkan bahagia kerana hanya orang yang bahagia sahaja boleh bahagiakan orang lain. Kerana itu, kita kena betulkan dalaman terlebih dahulu iaitu fikiran dan emosi mesti positif dan kena tanam dalam diri bahawa agama adalah segala-galanya,” ulas Prof Muhaya yang turut menerima dan menggalakkan anak-anaknya berkahwin awal ketika masih belajar.
Solat berjemaah
Akui Prof Muhaya, ada anaknya yang berkahwin ketika berada pada tahun akhir pengajian dan baginya, wanita yang baik itu cepat berkahwin, murah mas kahwinnya dan banyak anaknya.
“ Itu saya selalu tekankan dan wanita yang paling bertuah dan bahagia adalah wanita yang memiliki suami yang sangat baik, beriman. Apabila lelaki sedemikian yang datang meminang anak saya maka saya akan terima tanpa memberi alasan belajar sebagai halangan kerana belajar bukan segala-galanya. Yang penting jodoh yang baik, waktu yang baik dan jauh daripada maksiat.
“Benda penting adalah belajar dan selalu solat berjemaah dengan suami, minta suami doakan kita. Suami sangat tekankan solat dan agama kena jaga kerana itu yang memberi kebahagiaan ialah Allah dan jika kita menjaga agama maka Allah akan menjaga .Asas dalam sesebuah perkahwinan bukan melihat pada apa yang kita ada tetapi kepada sikap kita kepada apa yang kita ada.
Rumah besar, kereta besar, duit yang banyak bukanlah gambaran kebahagiaan. Biar rumah yang kecil, namun syukur dengan apa yang ada. Itulah asas dalam kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Sumber: Majalah Keluarga