Andai ibu-ibu ada yang bercucuk tanam dijadikan hobi untuk mengisi masa lapang, alangkah beruntungnya.
Bukan sahaja dapat mengutip hasil bila tiba waktunya, malah dengan bercucuk tanam juga boleh dijadikan aktiviti bermanfaat untuk dilakukan bersama ahli keluarga.
Menyedari hal itu, dengan hobi nan satu ini juga belanja dapur dapat juga dijimatkan bila mana hasilnya boleh dituai.
Pun begitu, sebelum hasilnya boleh dinikmati sering juga terjadi beberapa serangan penyakit pada pokok yang kita tanam.
Atasi masalah itu, kita boleh hasilkan sendiri racun organik yang lebih selamat digunakan dan dalam masa yang sama berkesan.
Nak tahu apa bahan-bahan yang diperlukan untuk hasilkannya, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Kawalan Serangga Organik
Bahan:
(A)
Daun serai wangi – drp. 4 batang serai
Bawang putih – 5 ulas
Minyak masak – 2 sudu makan
Air – 1L
(B)
Cuka – 10ml
Garam – 1 sudu teh
(C)
Sabun pencuci pinggan cecair – 1 sudu teh/500ml air
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan (A) kemudian tapis guna kain (tapisan halus)
2. Masak sehingga mendidih dan masukkan bahan (B). Renihkan sehingga agak berminyak (keluar minyak drp. daun serai wangi)
3. Sejukkan sebelum guna.
4. Sebelum guna, masukkan bahan (C) dgn sukatan 1 sudu teh/500ml air.
ps:
Sukatan ini boleh digunakan 2 kali (boleh dibahagi 2). Tambah air utk penggunaan sukatan 500ml.
Testimoni:
Berkesan utk menghapuskan ulat di pelbagai spesis pokok limau dan kari (terus kiok dlm masa singkat)
2. Mengurangkan serangan kumbang oren di pokok melon/timun & yg sejenisnya..
3. Berjaya mengurangkan serangan kulat di putik mangga (tak mudah luruh)
(saya uji sendiri pada tanaman saya..sejauh mana berkesan kpd tanaman lain dan jenis2 serangga lain masih belum teruji…Wallahu ‘alam..
Kelemahan:
Mudah hilang kesannya lepas hujan.
sumber : Aseef Alwee via Kebin bandar : Jom Tanam Sendiri.