Serangan Jantung Pada Wanita Tapi Anggap Ia Simptom Biasa Aje. Alert Info Doktor Ini.

Share

 

 

Menjaga kesihatan amat penting bagi memastikan dapat menjalani kehidupan dengan sempurna dan bebas segala penyakit. Selain bersenam dan menjaga pemakanan, pesakit juga perlu mendapatkan pemeriksaan agar badan sihat.

Bagi kaum wanita, selain penyakit payudara, kanser rahim, serangan jantung juga tidak terkecuali. Walaupun dikatakan ia kerap menyerang kaum lelaki, wanita juga tidak terkecuali.

Sebenarnya, sakit jantung pada wanita lebih kerap terjadi namun ia lambat dikesan! Ini kerana ramai yang tidak sedar tentang risiko sakit jantung pada wanita.

Sebagaimana perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad yang terkenal dengan perkongsian kesihatan di face book miliknya.

Kali ini, beliau menyentuh mengenai serangan jantung dikalangan wanita. Ikuti info ini.

Setiap seorang daripada tiga orang wanita di dunia dijangka akan mengalami masalah jantung dalam hidup mereka.

Ini bermakna bahawa pembunuh nombor satu wanita di dunia bukan lagi kanser payudara atau kanser pangkal rahim, tetapi penyakit jantung.

Fakta ini mungkin mengejutkan ramai orang kerana selalunya penyakit jantung hanya dialami oleh orang lelaki sahaja.

Namun tiada yang menyangka bahawa tanda-tanda yang dihadapi oleh orang wanita juga sebenarnya menandakan mereka sering mengalami serangan sakit jantung.

SIMPTOM YANG TIDAK SEDAR

Simptom sakit jantung di kalangan wanita mungkin berbeza sedikit dengan lelaki. Antaranya ialah sakit atau rasa tidak selesa pada bahagian dada, dan sakit pada lengan kiri atau belakang.

Ramai wanita yang mengadu sakit di bawah dada atau rasa tidak selesa di hulu hati atau ketat pada bahagian dada, didiagnosa sebagai penyakit gastrik, padahal ia mungkin tanda-tanda serangan penyakit penyakit jantung.

Simptom lain seperti debaran jantung yang pantas dan tidak sekata, pening dan berpeluh yang teruk, rasa sukar bernafas, rasa loya dan keletihan.

Wanita juga agak lewat mengalami serang jantung, dan selalunya berlaku pada wanita yang telah mengalami menopause.

WANITA LAMBAT DAPAT SERANGAN JANTUNG BERBANDING LELAKI 

Golongan wanita yang diserang penyakit jantung 10 hingga 15 tahun lebih lewat daripada lelaki.

Ini bermakna jika lelaki mendapat sakit jantung ketika berusia 50 hingga 55 tahun, wanita pula sering diserang penyakit jantung pada umur 65 hingga 70 tahun.

Wallahu a’lam.

Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad