Kesihatan

Serangan Jantung Boleh Berlaku Walau Sihat, Pakar Beri Amaran

Share

Tular video yang dikongsikan oleh seorang pakar jantung yang menjelaskan serangan jantung disebabkan tekanan.

Menerusi video memaparkan soalan yang ditanya netizen mengenai rakannya yang mendapat serangan jantung walaupun tidak merokok, tiada kencing manis, tahap kolestrol normal.

Video berdurasi 16 saat itu telah meraih tontotan sehingga mendapat share 14K setelah pakar jantung membuat pendedahan mengenai punca serangan jantung bagi individu yang sihat tanpa penyakit.

Menurut Pakar Jantung, Dr Rahim, pesakit yang mengalami serangan jantung adalah golongan muda yang mengalami tekanan, tidak cukup rehat dan tidur.

“Saya telah menemui ramai pesakit yang mempunyai rekod kesihatan yang baik. Tapi beliau terkena serangan jantung pada usia yang muda.

“Ia berpunca daripada stress, tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur. “

 

@pakarjantungdrrahim
Adakah stress menyebabkan serangan jantung. #seranganjantung #fyp #fypシ #fypage #fypguru #doktor #heartattack #raya #puasa #lemang ♬ original sound – Pakar Jantung Dr Rahim

Dalam pada itu, Dr Rahim tidak menafikan bahawa sakit jantung juga boleh diwarisi.

Dalam video berbeza beliau juga memberi tip bagaimana untuk mengenal pasti jika berlaku serangan jantung.

 

@pakarjantungdrrahim 💓 Doktor jelaskan tanda awal sakit jantung! Kadang-kadang kita tak sedar, tapi jantung dah beri ‘hint’ awal. Jom dengar penjelasan dari doktor pakar! Sesak nafas? Dada rasa berat? Jangan abaikan tanda-tanda ini! #TandaAwalSakitJantung #KesihatanJantung #JagaKesihatan #CegahSebelumTerlambat#fyp ♬ Epic Music(863502) – Draganov89

 

NETIZEN KONGSI PENGALAMAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa bimbang dengan gaya hidup. Ada juga berkongsi tip dan pengalaman ahli keluarga yang mengalami serangan jantung.

“Jaga makan jangan stress lakukan perkara yang kita suka dan adakan satu hobi.”

“Betul saya setuju. suami kena heart attack 2020. stress, tdo xckup, plis semua, sama2 jaga kesihatan mental dan fizikal.”

“Bahaya stress nie, sbb tue klu stress sy lebih happy kn diri sendiri .”

“Kawan anak  saya meninggal dunia akibat serangan jantung berusia 13 tahun.”

Sumber: Tiktok