Stroke tidak berlaku dengan sekelip mata. Proses mendapat serangan stroke bermula antara 10-15 tahun sebelum terjadinya stroke.
Sebagai contoh jika seorang itu mengalami stroke pada usia 55 tahun, proses untuk mendapat serangan stroke bermula ketika berumur 40-45 tahun, apabila pesakit tidak mengawal penyakit metabolik kronik mereka dengan baik.
Contoh penyakit metabolik yang kronik adalah diabetes, hipertensi dan tahap kolestrol. Penyakit ini harus dikawal dengan baik. Jika tidak dalam masa 10-15 tahun, pesakit tersebut boleh mendapat serangan stroke.
Selain itu tabiat merokok dan minum arak haruslah dihentikan. Pastikan cukup rehat dan tidur, dan kawal stress dengan baik.
Satu perangkaan yang dikeluarkan oleh The Global Burden of Disease Stroke Statistics Worldwide pada tahun 2016 menjangkakan setiap empat orang, terdapat seorang rakyat Malaysia akan diserang stroke menjelang tahun 2040 jika tiada langkah pencegahan yang diambil.
Ads
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Monitoring Stroke Burden di Malaysia iaitu satu kajian yang dilakukan pada 2017 menjangkakan seramai 150 dari 100,000 rayat Malaysia akan mengalami serangan stroke dengan purata 92 kes sehari. Dalam jumlah itu 40 peratus berusia bawah 60 tahun.
Pada masa ini, kira-kira 32 kematian sehari akibat serangan stroke. Tujuh dari sepuluh pesakit yang diserang stroke memerlukan bantuan orang lain untuk menguruskan aktiviti seharian mereka.
Apa yang menarik serangan stroke ini boleh dielakkan. Dalam kajian pada tahun 2014 yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition mencadangkan pengamalan Diet Mediterranean.
Terdapat banyak bukti Diet Mediterranean dapat merendahkan risiko serangan stroke dan serangan jantung.
Ads
Minyak Zaitun adalah tunggak kepada diet ini selain dari pengambilan banyak sayur-sayuran dan protein dari laut.
Dalam kajian itu pengambilan 25 gm (dua atau tiga sudu besar) minyak zaitun sangat membantu merendahkan tekanan darah, mengurangkan tahap kolesterol dan mengawal gula dengan lebih baik.
Sama ada kesan secara langsung atau tidak langsung pengamalan minyak zaitun sangat bermanfaat bagi mengelakkan serangan stroke.
Sedihnya bila membaca laporan berita mengenai kes kematian bayi akibat Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS). Ianya sering berlaku pada bayi di mana bayi boleh meninggal dunia ketika tidur. Kematian mengejut pada bayi berumur bawah 1 tahun secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda tertentu seperti penyakit atau sebab yang jelas. Inilah yang disebut Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini terus berlaku, berikut merupakan beberapa perkara yang harus dielakkan oleh ibu bapa untuk mencegah perkara ini terjadi.
1. Elakkan tidur dalam posisi meniarap. Dalam posisi meniarap, kemungkinan untuk tertutup hidung dan mulut sangat tinggi. Bayi masih tidak kuat untuk menukar posisi andaikata lemas.
2. Elakkan tidur di atas tilam dan cadar lembut. Tilam dan cadar yang lembut akan membuatkan bayi tenggelam dari paras selamat dan berkemungkinan akan terbenam mukanya.
3. Elakkan letak mainan lembut (soft toys) berdekatan bayi tidur. Ini akan menyebabkan kemungkinan mainan lembut boleh menutup muka bayi ketika tidur.
4. Elakkan bayi dari perokok. Kajian menunjukkan bayi yang terdedah dengan asap rokok dan sisa rokok berisiko tinggi untuk mati mengejut.
5. Elakkan memakai pakaian berlapis-lapis ketika tidur. Ini menyebabkan suhu badan bayi menjadi tinggi. Keadaan bayi yang terlalu panas boleh menambah risiko SIDS.
6. Elakkan bayi tidur dengan kanak-kanak lain. Kemungkinan kanak-kanak lain menghempap bayi tanpa sedar ketika tidur.
7. Menyusu badan anak dapat mengurangkan risiko SIDS 50%.
8. Jika bayi mengalami masalah jangkitan salur pernafasan, segera dapatkan rawatan doktor.
9. Ibu bapa perlu beri lebih perhatian pada bayi yang pramatang kerana risiko SIDS sangat tinggi.
10. Kerap pantau bayi ketika tidur untuk memastikan bayi tak lemas dan masih bernafas.
Jika ada anak usia bawah setahun, mak ayah wajib tahu perkara ini. Jangan biarkan.
Memasak memang mudah jika segala bahan-bahan masakan sudah ada di dalam peti ais dan masih segar. Bahan masakan seperti daun pandan adalah antara bahan utama dalam masakan. Boleh dikatakan dalam seminggu tu mesti ada menggunakan daun pandan sebagai masakan.
Jika beli pun, belum tentu daun pandan akan habis digunakan. Sayang pula asyik buang aje sebab kering.
Apa kata cuba petua ni, untuk daun pandan tahan lama dan kekal segar. Boleh tahan sebulan jika ikut cara ni. Tak perlu dah beli daun pandan.
Ikuti tiga perkongsian ini cara menyimpan daun pandan agar tahan lama.
Bekas
Hai salam semua harini Kak Ida nak share@ berkongsi cara penyimpanan daun-daun seperti daun kari, daun salam, daun limau purut, daun kunyit dan daun pandan serta daun kesum. Kalau kita simpan dalam botol macam ni simpan dalam petiais biasa jangan petibeku. Boleh tahan sampai satu bulan. Janji dah ambil tutup balik ya. kadang2 kita malas asyik nak beli jer kan simpan 3 @ 4 hari dah kering kecut..tapi klau buat macam ni insyaallah tahan lama dan daun2 pun sentiasa segar..tak payah basuh dan tak payah letak air …boleh lah cuba ya.. Love from Kak Ida- Mida’s Touch SG
Plastik wrap
Potong daun pandan bahagi dua(senang nak simpan). Kemudian cuci bersih. Keringkan dan bungkus dalam plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku, Gambar dibawah ni aku simpan hampir sebulan. Ahamdulillah masih segar & bau wangi. Sesuai la untuk mereka yang tak dan nak tanam pokok pandan.biasa beli kat kedai 1 ikat tu banyak kan.bila letak kat luar @ simpan dalam peti ais bahagian biasa tu lama2 dia jadi kering pastu buang gitu je.dah jadi membazir kan. -Siti Madiha Marjuki
Plastik aiskrim
Kisar daun pandan dan ambik jusnya, simpan dalam plastik aiskrim, letakkan dalam tempat beku. Bila nak masak atau buat kuih, keluarkan awal awal. Boleh terus guna. Nanti jgn pula ada yang ingat ni aiskrim malaysia pulak. – Nor Hayati Bakar
Semoga bermanfaat!
Kredit: Nor Hayati Bakar, Siti Madiha Marjuki dan Mida’s Touch SG
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sangka dalam tawa dan senyuman, rupanya arwah Adibah Noor menderita sakit. yang baru menghembuskan nafas terakhir semalam (18/6/2022).
Menurut sumber Allahyarham sekian lama menderita penyakit kanser ovari tahap empat namun tidak berkongsi perkara itu kepada umum. Derita beliau didiamkan dan jadi rahsia daripada pengetahuan umum.
Baru-baru ni beliau muncul dengan wajah yang baru yang tampak lebih kurus. Gemparlah Malaysia.
Memetik laporan harian metro, rupanya penyanyi Ani Maiyuni mengetahui penderitaan yang dialami oleh penyanyi dan pelakon Adibah Noor.
“Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza.”
Menurutnya, dia perlu memegang amanah Allahyarham agar tidak menghebohkan perkara ini kepada orang lain.
“Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah. Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.
“Selepas itu lama dia warded dan kenapa dia tak keluar-keluar kita ingatkan Covid.
“Bila saya tanya dia secara peribadi baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kanser dan baru lepas pembedahan masa itu.”
Maiyuni berkata, Adibah juga kena berpantang dan kena rehat serta tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi.
“Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat,” katanya.
Finalis Gegar Vaganza musim kelapan itu meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang petang tadi akibat kanser ovari tahap empat.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...