Setiap yang manusia yang bernyawa pasti akan menemui ajal suatu hari nanti. Cuma kita tidak tahu pengakhiran yang bagaimana. Semua orang mahu mati dalam keaadaan yang baik namun segalanya di tangan Yang Maha Pencipta.
Namun wanita ini cukup ‘istimewa’. Arwah ibu kepada pendakwah terkenal Nusantara, Ustaz Abdul Somad meninggal dunia baru-baru ini dan berita tersebut dikongsikan oleh Ustaz Abdul Somad menerusi laman Instagramnya.
Menurut laporan portal berita seberang, Tribun News Ustaz Abdul Somad turut berkongsi detik-detik sebelum arwah ibunya menghembuskan nafas kali terakhir.
Ustaz Abdul Somad berkata, ibunya pergi mengadap Tuhan dalam keadaan yang dingininya iaitu selepas mandi, membersihkan diri, mengambil wudhuk dan menunaikan solat.
Ujar beliau lagi, seperti biasa ibunya sempat membaca Al-Quran, berzikir, mendirikan solat tahajud dan berwitir. Malah, arwah ibunya juga sempat bersahur untuk menunaikan puasa sunat hari Isnin. Sesudah itu, arwah membuka laman Youtube untuk menonton beberapa video ceramah milik Ustaz Abdul Somad.
Allahyarhamah Rohana kemudian mandi sebagai persediaan untuk menunaikan solat Subuh sebelum mengadu sakit kepala. Bagaimanapun, sesudah sahaja selesai menunaikan solat subuh, arwah ibunya jatuh pengsan dan segera dikejarkan ke hospital RS Sansani Pekanbaru.
Akhirnya, arwah yang berumur 71 tahun menghembuskan nafas terakhir di hospital. Jenazah kemudian dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Sumatera Utara untuk dikebumikan.
Menurut Ustaz Abdul Somad, arwah sebelum ini mengharapkan dirinya tidak menanggung kesakitan terlalu lama selain mahu ‘pergi’ dalam keadaan bersih dan selepas menunaikan solat.
Sumber: Tribun News