Setiap yang manusia yang bernyawa pasti akan menemui ajal suatu hari nanti. Cuma kita tidak tahu pengakhiran yang bagaimana. Semua orang mahu mati dalam keaadaan yang baik namun segalanya di tangan Yang Maha Pencipta.
Namun wanita ini cukup ‘istimewa’. Arwah ibu kepada pendakwah terkenal Nusantara, Ustaz Abdul Somad meninggal dunia baru-baru ini dan berita tersebut dikongsikan oleh Ustaz Abdul Somad menerusi laman Instagramnya.
Menurut laporan portal berita seberang, Tribun News Ustaz Abdul Somad turut berkongsi detik-detik sebelum arwah ibunya menghembuskan nafas kali terakhir.
Ustaz Abdul Somad berkata, ibunya pergi mengadap Tuhan dalam keadaan yang dingininya iaitu selepas mandi, membersihkan diri, mengambil wudhuk dan menunaikan solat.
Ads
Ujar beliau lagi, seperti biasa ibunya sempat membaca Al-Quran, berzikir, mendirikan solat tahajud dan berwitir. Malah, arwah ibunya juga sempat bersahur untuk menunaikan puasa sunat hari Isnin. Sesudah itu, arwah membuka laman Youtube untuk menonton beberapa video ceramah milik Ustaz Abdul Somad.
Ads
Allahyarhamah Rohana kemudian mandi sebagai persediaan untuk menunaikan solat Subuh sebelum mengadu sakit kepala. Bagaimanapun, sesudah sahaja selesai menunaikan solat subuh, arwah ibunya jatuh pengsan dan segera dikejarkan ke hospital RS Sansani Pekanbaru.
Akhirnya, arwah yang berumur 71 tahun menghembuskan nafas terakhir di hospital. Jenazah kemudian dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Sumatera Utara untuk dikebumikan.
Ads
Menurut Ustaz Abdul Somad, arwah sebelum ini mengharapkan dirinya tidak menanggung kesakitan terlalu lama selain mahu ‘pergi’ dalam keadaan bersih dan selepas menunaikan solat.
Sebagai seorang ibu dan ayah tentunya kita tidak sanggup melihat anak yang kita kasihi terus menerus menanggung derita. Lantaran itu, seorang ayah ini sanggup berkorban mempertaruhkan nyawa demi melihat anak yang disayangi kembali sihat dan aktif seperti anak-anak kecil seusianya.
Memetik laporan daripada Sinar Harian, dua beranak ini akan menjalani pembedahan pada 6 Ogos ini. Romizan Alang Bahari, 38, bakal menjalani pembedahan tersebut bersama anaknya, Nur Syafiqa Damia Romizan, 11, selepas lulus ujian pemeriksaan yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada awal bulan ini.
Keputusan itu menyaksikan penantian 11 tahun Romizan dan isterinya Norazlina Ramli, 39, dari Felda Jengka 20 untuk anak sulungnya, Nur Syafiqa selepas sebelum ini mereka terpaksa menunggu hati daripada penderma lain yang meninggal dunia.
Mahukan anak sihat
“Saya sudah bersedia dan hanya menunggu detik ini demi anak. Walaupun berdebar saya hanya mahukan anak sihat seperti kanak-kanak lain.
“Memang selama ini saya tidak sangka bapa boleh berkongsi hati dengan anak jadi saya bersemangat dan ini sinar baharu buat kami sekeluarga. Saya nekad mendermakan sebahagian hati untuk Nur Syafiqa,” katanya kepada Sinar Harian.
Perlu capai berat 25 Kg
Romizab berkata, anaknya dikesan menghidap penyakit itu ketika berusia 86 hari dan menjalani pembedahan membuang hempedu serta terpaksa berulang-alik ke hospital dalam tempoh tersebut.
“Buat masa ini berat badan anak perlu mencapai 25 kilogram ke atas sebelum liver transplant dijalankan dan sekarang ini tinggal 23 kilogram.
“Jika Nur Syafiqa benar-benar fit dan sedia, pembedahan kami dijangka dijalankan pada 6 Ogos depan,” jelasnya.
Bantu Kumpul Dana
Namun kerisauan tetap menyelubungi keluarga itu selepas dimaklumkan kos pembedahan dijangka mencecah kira-kira RM120,000.
“Memang pihak PPUM ada beritahu untuk bantu dapatkan dana daripada pihak berkaitan selain sumbangan daripada keluarga dan rakan-rakan prihatin.
“Selama ini saya hanya berniaga kecil-kecilan di tepi jalan selain isteri bertugas sebagai jururawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh. Walaupun isteri penjawat awam tetapi tak semuanya percuma selain memerlukan kos rawatan selepas pembedahan nanti.
“Jika dana itu gagal diperoleh saya dan isteri pun buntu selain memang selama ini keluarga dan rakan-rakan prihatin yang banyak membantu,” katanya.
Kepada mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam: 0603 7023 00 3572 atas nama Romizan Bin Alang Dahari.
Perasan tak, anak-anak ni kalau dapat sekotak tisu suka betul main tarik-tarik keluarkan sehelai demi sehelai. Boleh kata, sekotak tu sekelip mata pun habis dikerjakan.
Rasa membazir pula jika sentiasa dilakukan berulang kali, malah boleh buat kita rasa geram dengan perbuatan anak apatah bila saat kita hendak gunakan tiada lagi tisu di dalam kotak.
Jadi apa kata anda gunakan trik yang dikongsikan oleh Yatie Eimra ini untuk ‘selamatkan’ tisu yang ada di rumah. Idea ini bukan sahaja praktikal malah cantik juga di letakkan di atas meja. Jom semak.
DIY Balang Tisu
Sekarang memang dah tak boleh beli tisu kotak sebab dak fydh ni memang suka sangat main tisu.. Sebelum ni pernah 1 set tisu kotak yang baru beli dia gi koyak & tabur² masa ummi masak. Letak atas meja pun tak selamat sebab dakni dah pandai panjat kerusi bagai..
Guna tisu toilet roll ni tak delah terasa sangat bila kena koyak. Ekeke.. Bila tak guna, sumbat je tisu kat lubang bahagian penutup tu. Dakni masih tak pandai lagi nak masukkan jari & tarik tisu dari dalam tu, so selamatlah buat sementara waktu ni.
Bahan-bahan diperlukan.
1. Balang berpenutup
2. Wallpaper
3. Pisau
4. Renda hiasan
Cara buat :
1. Lubangkan penutup balang seperti ini.
2. Tampal dengan wallpaper di bahagian atas penutup. Pada bahagian berlubang buatkan seperti di dalam gambar.
3. Hias dengan renda hiasan untukn nampak lebih menarik.
Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!
Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
*Cara dan syarat boleh lihat di poster
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi ibu bekerjaya, waktu mengemas rumah sememangnya cukup terhad. Jika tidak diselesaikan pada malam hari, iaitu selepas anak-anak tidur, waktu hujung minggu adalah waktu yang sesuai untuk mengemas rumah.
Pun begitu jika mengemas rumah secara besar-besaran ketika hujung minggu, mak-mak boleh jadi kepenatan kerana melakukan kerja-kerja sepanjang hari. Sebenarnya ada banyak cara bagi memudahkan kita untuk mengemas rumah dengan lebih pantas dan efisyen.
Tulisan ibu ini di blog peribadinya, fydanoh.com boleh kita jadikan tip untuk mengemas lebih pantas dan efisyen, sesuai dengan kesibukan ibu bekerja. Jom ikut caranya.
Tips kemas rumah
Ibu-ibu memang superwoman dan kuat, tapi apa kata kita jimatkan tenaga pada hujung minggu?
1. Basuh pakaian sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu
Elakkan kumpul baju seminggu dan tunggu hujung minggu baru nak basuh baju. Sebaliknya, agak-agak muat 1 mesin basuh boleh terus basuh. Saya sediakan
jadual untuk membasuh baju, iaitu setiap 3 hari dalam seminggu. Seboleh-bolehnya saya elakkan basuh baju pada hari minggu. Waktu saya membasuh baju ialah
hari Selasa dan Jumaat.
Keluarga kami kecil sahaja, jadi boleh lah masuh 2 kali seminggu. Mungkin jika keluarga yang lebih besar perlu basuh lebih kerap atau mungkin perlu basuh
pakaian setiap hari.
Ibu saya memang basuh baju setiap hari semasa beliau masih kerja dulu. Setiap kali balik kerja, beliau akan masak sambil tu mandi dan terus basuh baju.
Sampai sekarang masih tertanya-tanya macammana sambil basuh baju dia boleh agak lauk dah masak.
2. Cara mudah uruskan kain baju
Bila dah basuh baju, tentulah perlu jemur dan lipat kan? Aktiviti mana agaknya yang paling susah dan malas nak buat? Bagi saya lipat baju, dan saya percaya kebanyakan ibu pun macam tu. Biar saja berlonggok, nanti dah tinggi barulah gelabah nak melipat.
Tips paling mudah ialah gunakan penyangkit sewaktu menyidai pakaian. Contohnya pakaian yang perlu digosok seperti kemeja ataupun baju kurung. Jadi, angkat
terus sangkut dalam almari.
Tips kedua untuk melipat baju ialah dengan melipat sambil menonton TV. Ini memang saya paling suka buat, terutamanya rancangan TV yang saya suka
tengoklah. Sedar-sedar cerita habis, baju yang dilipat pun habis.
3. Pandai mengambil peluang
Contohnya, kalau kita nak membasuh baju dan menyapu lantai, kita boleh setkan dulu mesin basuh dan boleh menyapu lantai. Ataupun seperti ibu saya tadi, sambil mandi, basuh baju dan memasak sekaligus. Hebatkan wanita?
4. Membuat kerja ikut arah jam
Maksudnya di sini, kita tetapkan titik permulaan kita untuk kemas rumah. Contohnya bermula dengan dapur, kemudian pusinglah ikut arah jam. Cara ini lebih sistematik dan tiada ruang yang akan tertinggal.
5. Bermula dari atas ke bawah
Mulakan proses mengemas dengan membuang sawang-sawang di siling dan bersihkan habuk yang melekat dikipas terlebih dahulu. Kemudian barulah di sapu lantai.
Jika rumah 2 tingkat pula, eloklah kemas tingkat atas dulu kemudian barulah tingkat bawah. Ibu sibuk dan kerjaya, buat kerja mengikut jadual dan berdisiplin, tak perlu lagi jadi sotong.
6. Sambil mengemop lantai, sambil bersenam
Mengemop lantai tidak perlu dilakukan setiap hari, sebaliknya selang sehari atau seminggu sekali sudah memadai, kecuali memang lantai benar-benar kotor. Sebelum mengemop lantai, habuk dan sampah sarap perlu disingkirkan terlebih dahulu sebaiknya di vakum. Kalau tak sapu sahaja dah memadai.
Untuk mengemop pula, mulakan bahagian tengah kemudian bergerak ke bahagian tepi, dalam gerakan membulat. Teknik ini saya belajar semasa ‘cuci pesakit’ dalam dewan bedah. Kerana kita tahu bahagian tengah tentunya lebih bersih daripada kawasan dekat dinding. Kalau mulakan bahagian tepi dulu, tentulah habuk-habuk akan ditarik ke tempat yang sudah bersih.
Mengemop dan menyapu adalah aktiviti yang paling saya sukai, kerana saya akan pasang muzik kegemaran saya dan gerakkan badan mengikut alunan muzik. Memang
cepat sahaja buat kerja.
7. Gunakan bantuan mesin
Bagi yang berkemampuan, boleh lah gunakan alat-alat bantuan ni. Contohnya gunakan vakum dan robot untuk mengemop lantai. Jadinya, kerja kita akan menjadi lebih ringan dan mudah berbanding menggunakan cara tradisional.
Jadi, siapa kata ibu berkerjaya tidak boleh memiliki rumah yang tersusun dan kemas sentiasa? Asalkan ibu boleh mengamalkan disiplin dan konsisten dengan
kerja.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.