Lumrahnya, setelah berpuluh tahun berhampas-pulas mencari rezeki bagi menjalani kehidupan, sudah tentu hari persaraan tatkala umur menjangkau 55 atau 60 tahun ke atas adalah sesuatu yang dinantikan semua.
Selepas bersara, kebanyakkan orang boleh menikmati hidup yang yang lebih tenang tanpa terikat dengan kesibukan kerja.
Namun, ketika warga emas lain menghabiskan usia senja mereka dengan berehat atau bermain bersama cucu, sebaliknya bagi pakcik tua ini yang terus membanting tṳlang empat keratnya mencari rezeki.
Di usia sudah mencecah 78 tahun Pakcik yang bernama Mbah Dalimin ini masih mengagahkan diri menjual sayur di tepi jalan demi kelangsungan hidup.
Pakcik Mbah Dalimin ini duduk setia menunggu pelanggan dengan menjual sayur kangkung tepi jalan di sebuah daerah terletak di Kota Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia.
Gelagat Pakcik Mbah Dalimin menjual sayur ini dirakamkan oleh seorang pengguna laman Instagram, Mas Ahmad Thoric yang memuat naik beberapa keping gambar sehingga meraih perhatian warganet IndOnesia beberapa hari yang lalu
Jelas Mas Ahmad Thoric, pakcik itu akan mula menjual sekitar jam 6 pagi malah gemar bersembang bersama pelanggan terutama mengenai topik zaman pemerintahan Jepun dahulu.
Rata-rata warganet tersentuh hati melihat gambar-gambar perkongsian tersebut, selain mendoakan Mbah Dalimin sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki dalam kehidupan.
Ya Allah Ya Tuhanku, murahkan rezekinya dan berikan kesihatan yang baik.
Sesiapa saja pasti sayu apabila melihat gambar pakcik tua uzur ini. Semoga Pakcik dilindungi oleh Allah S.W.T. dah dipermurahkan rezeki oleh-Nya. Amin..
sumber : Roti Kaya