PELAKON popular, Wawa Zainal selamat bersalin anak perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan, jam 5 petang semalam. Pasangan ini memilih nama
Ayya Soffya anak ketiga mereka ini bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk rezeki ini. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya. Saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan. Suami juga ada menemani sepanjang proses bersalin tadi.
“Keadaan bayi sihat. Insya-Allah, jika semuanya okey saya akan dibenarkan keluar dalam waktu terdekat,” kata Wawa kepada Harian Metro.
Wawa juga melahirkan rasa syukur apabila dapat bersalin secara normal dan dipermudahkan sepertimana anak pertama dan kedua dulu.
“Saya juga akan berpantang macam biasa dan dibantu mak. Kebetulan mak memang ada di sini, jadi sedikit sebanyak membantu dan memudahkan,” katanya.
Lebih istimewa lagi, kelahiran bayi ketiga pasangan ini awal sehari dari tarikh hari lahir Aeril Zafril. Itu yang dikongsikan oleh Wawa Zainal menerusi laman instagramnya pagi tadi.
Happy birthday day soulmate @aeril_zafrel .. sepatut nya due @ayyasoffya harini. Sama date ngn awk. Hehe .. selamat berjuang kembali tuka pampers baby,susu kan. Pujuk babyTq teman saya bertarung nyawa dari pagi smpi ptg tadi..I love u 3000 @aeril_zafrel
Sebelum itu, Aeril turut memuat naik berita kelahiran anak perempuannya di laman instagramnya.
Alhamdulillah….. terima kasih semua atas doanya.. muka dia sebijik macam @w4w4_zainal . @ayyasoffya #wawabundleofjoy