PELAKON popular, Wawa Zainal selamat bersalin anak perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan, jam 5 petang semalam. Pasangan ini memilih nama Ayya Soffya anak ketiga mereka ini bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk rezeki ini. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya. Saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan. Suami juga ada menemani sepanjang proses bersalin tadi. “Keadaan bayi sihat. Insya-Allah, jika semuanya okey saya akan dibenarkan keluar dalam waktu terdekat,” kata Wawa kepada Harian Metro. Wawa juga melahirkan rasa syukur apabila dapat bersalin secara normal dan dipermudahkan sepertimana anak pertama dan kedua dulu. “Saya juga akan berpantang macam biasa dan dibantu mak. Kebetulan mak memang ada di sini, jadi sedikit sebanyak membantu dan memudahkan,” katanya.
Lebih istimewa lagi, kelahiran bayi ketiga pasangan ini awal sehari dari tarikh hari lahir Aeril Zafril. Itu yang dikongsikan oleh Wawa Zainal menerusi laman instagramnya pagi tadi. Happy birthday day soulmate @aeril_zafrel .. sepatut nya due @ayyasoffya harini. Sama date ngn awk. Hehe .. selamat berjuang kembali tuka pampers baby,susu kan. Pujuk babyTq teman saya bertarung nyawa dari pagi smpi ptg tadi..I love u 3000 @aeril_zafrel
Ads
Sebelum itu, Aeril turut memuat naik berita kelahiran anak perempuannya di laman instagramnya. Alhamdulillah….. terima kasih semua atas doanya.. muka dia sebijik macam @w4w4_zainal . @ayyasoffya#wawabundleofjoy
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasanya apabila ibu-ibu memotong sayur, pasti hujungnya akan dipotong dan dibuang kan. Lepas ini, jangan terus buang, tanam keratan tersebut dan lihat hasilnya nanti.
Seperti yang ditunjukkan oleh wanita ini yang berkongsi cara tanam sendiri dengan menggunakan keratan sayur Sawi. Perkongsian dibuat menerusi laman facebook puan Puan Oggy Bungsu.
Cukup mudah caranya dan menggunakan keratan sayur tersebut beserta tanah, tetapi menjadi. Tiga hari sahaja sudah nampak hasilnya.
Hehehe.. Saja try test tanam guna keratan untuk sawi. Eh, jadilah pulak. Harap membesar dengan baik ye.. Jauh² ya ulat…
Cara tanam:
Sediakan tanah di dalam bekas yang siap dilubangkan untuk memastikan saliran baik dan tanah sentiasa lembap. Tapi bukan banyak air.
2. Selepas dipotong keratan sawi, rendam seketika di dalam air paip biasa lebih kurang 30 minit.
3. Kemudian, terus tanam pada medium yang disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung oleh tanah.
Pada bulan mulia ini sudah tentu ada yang berniat untuk bersedekah kepada golongan yang kurang bernasib baik dan anak yatim.
Untuk bersedekah ada caranya. Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Doa ketika bagi duit raya atau sedekah
1. Tiba 10 malam terakhir, ada sampai bergaduh, berebut untuk beri makan orang berbuka puasa..Kanak-kanak pula tersenyum lebar kerana ramai yang mula beri duit raya ..Mana yang ada dalam dompet dihulur. Mahalnya ikhlas itu, buat kita betul-betul berada pada tahap redha, tak kisah makan dan pakai yang biasa-biasa asal dapat memberi.
2. Setiap kali memberi jangan lupa membaca doa ini ..
Rabbana taqabbal minna innaka antas sami’ul alim.
Artinya,
” Wahai Tuhan kami, terimalah (amalan) kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
3. Memberi bukan untuk menerima balik apa yang kita beri, nak Allah balas dengan rezeki yang lebih hebat, nak tambah kaya…bukan.. Ia seolah kita memberi hanya untuk sukses didunia, sedangkan apa yang kita perlukan ialah tabungan untuk akhirat.
4. Terima sahaja apa yang Allah gantikan pada kita tanpa meletakkan syarat, kerana tidak ada yang miskin bila banyak bersedekah, malah Allah limpahkan padanya rezeki yang berkat.
5. Bila masuk tabung masjid, hulur duit raya, sedekah anak yatim, jamu asnaf buka puasa kemudian baca doa ini, ia menyedarkan kita bahawa tidak ada yang diharapkan selain Allah terima amalan ini.
Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya. Semasa seseorang bayi itu lahir, mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius.
Jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, ibu bapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak. Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi,”ujar Ibu Rose lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.