Lama tidak mendengar berita pelakon antagonis yang sangat popular menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku. Terbaru, Faye Kusairi dikatakan sedang hamil anak kedua.
Namun apa yang mengejutkan apabila empunya diri berkongsi berita diserang Bell Palsy sehingga dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Dalam satu perkongsian di instagrmnya Faye Kusairi meluahkan rasa syukur selepas ditahan di sebuah pusat perubatan di ibukota sejurus mendapat serangan Bell Palsy pada Jumaat lalu.
Bell’s Palsy, penyakit membabitkan kerosakan pada satu saraf muka iaitu ‘facial nerve. Situasi itu berlaku apabila otot yang mengawal ekspresi wajah tidak berfungsi dengan normal akibat kecederaan atau gangguan saraf muka.
Dia kini sedang berehat di kediamannya selepas dibenarkan pulang pada Ahad memberitahu dia diserang kejang otot pada muka sebelah kanannya ketika sedang menggosok gigi.
“Alhamdulillah saya sudah dibenarkan pulang. Saya dimasukkan ke hospital sepanjang hujung minggu apabila disahkan mengalami serangan Bell Palsy pada pagi Jumaat ketika sedang menggosok gigi.
Faye kini sedang menanti hari untuk bersalin memandangkan usia kandungannya sudah mencecah 38 minggu.
“Saya masih belum pulih sepenuhnya tetapi dalam progres. Separuh muka sebelah kanan saya paralysed (lumpuh) sejak Jumaat dan saya menjalani rawatan bersama neurologis, ia semakin pulih.
“Sekarang saya sudah boleh menggerakkan otot wajah saya sedikit sebanyak. Syukur Alhamdulillah. sekarang saya teruskan berehat di rumah dan usia kandungan saya sudah 38 minggu. Pada masa sama saya meneruskan rawatan Bell Palsy di rumah.
Dalam pada itu, dia turut memohon orang ramai menitipkan doa buatnya supaya kembali sembuh dan dipermudahkan segalanya.