Sejak kebelakangan ini, nama pempengaruh digital yang banyak menghasilkan video-video kreatif serta suntingan yang hebat, Sofyank semakin mendapat tempat di hati wargamaya.
Sejak mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dengan karya kreatifnya, Sofyank dilihat sebagai salah satu ikon yang layak diangkat sebagai contoh yang baik buat anak muda dan negara.
Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim telah meletakkan potret mural Sofyank sebaris bersama wajah pakar-pakar teknologi di dunia.
Seorang guru di sekolah tersebut mengatakan, mural tersebut merupakan hasil titik peluh beberapa guru praktikal dari UPSI dan kakitangan sekolah yang lain.
Menerusi hantaran di Facebook, Puan Marziah menyifatkan hasil kerja guru-guru praktikal tersebut dalam menyiapkan lakaran awal mural sangat terperinci.
Mereka berjaya menyiapkan mural ini dalam tempoh dua minggu sahaja dengan kerjasama bersama.
Menceritakan semula bagaimana idea ini tercetus, pada awalnya banyak idea yang dikeluarkan oleh guru-guru praktikal namun atas sebab tertentu, semua idea terpaksa ditolak.
Ads
Kebetulan mereka ternampak salah satu video yang dihasilkan oleh Sofyank. Menerusi video tersebut, mereka mendapat idea untuk menggarap hasil karya mereka di dinding makmal komputer itu.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa potret Sofyank diletakkan sebaris bersama pakar-pakar teknologi terkemuka di dunia.
Bagi beliau, pencipta kandungan asal Kelantan itu merupakan anak muda yang boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada anak-anak murid pada zaman sekarang.
Selepas melihat potretnya diabadikan pada mural tersebut, Sofyank atau nama sebenarnya Muhammad Sofian Abdullah merasa tersentuh apabila dirinya diangkat sebagai insipirasi kepada anak muda.
Ads
“Allahuakbar, cantiknya mural art ni, tak pernah terlintas dalam diri ni untuk jadi satu karakter yang dilukis di dinding mural.
‘Terima kasih banyak-banyak cikgu dan semua yang terlibat sekali kerana sudi menjadikan karya saya sebagai sumber inspirasi kepada murid-murid yang lain walaupun apa yang saya buat sekadar content hiburan di media sosial sahaja,” katanya.
Beliau juga mengakhiri kenyataan dengan mengatakan akan terus menghasilkan lebih banyak konten untuk semua jika dilihat memberi manfaat buat semua.
Ads
Di samping sedia menerima teguran dan memperbaiki konten sekiranya memberi pengaruh yang negatif.
Kontroversi yang membabitkan pendakwah terkenal dengan kerja-kerja kebajikan ini semakin serius bila mana empunya diri memuat naik perkongsian memberitahu akan menghentikan segala usaha amalnya sepanjang Perintah Kawalan pergerakan (PKP).
Menerusi Facebooknya Ustaz Ebit Lew, memberitahu tidak lagi dibenarkan untuk memberi bantuan atas sebab pihak polis telah menerima aduan berkenaan usaha murninya. Beliau sangat sedih atas tindakan yang dikenakan terhadap diri beliau kerana niat beliau hanya mahu membantu golongan yang susah.
Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman.
Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.
Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka.
Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.
Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.
Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.
Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Adat bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti melalui fasa pasang surut dalam hubungan.
Perbalahan yang terjadi adakalanya menjadi ‘pemanis’ untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri dalam menelusuri alam perkahwinan secara matang.
Dramatis jelita Lisdawati bersyukur perkahwinannya bersama suami iaitu pelakon Fauzi Nawawi yang meniti usia 15 tahun kekal harmoni, walaupun berdepan cabaran mempertahankan keutuhan mahligai yang dibina.
Ujar pemilik nama lengkap Nisdawati Nazaruddin itu, bohong jika tidak berdepan ujian demi mengekalkan perkahwinannya, lebih-lebih lagi untuk menangani sikap ‘panas’ suami tersayang.
Pertemuan ketika meraikan majlis ‘persandingan semula’ mereka baru-baru ini menyingkap rahsia keharmonian rumah tangganya bersama Fauzi.
“Alhamdulillah, usia perkahwinan kami kini mencecah 15 tahun. Setiap lima tahun ada cabarannya. Saya tahu suami jenis cepat ‘panas’ (pemarah), jadi saya kena tahu untuk hadapinya,” kata selebriti berusia 44 tahun itu.
Kongsi pelakon filem KL Menjerit itu lagi, lapan tahun pertama usia perkahwinannya, kesabarannya teruji apabila perlu bersabar menangani sikap panas baran Fauzi.
“Lapan tahun pertama perkahwinan, kesabaran saya teruji dengan sikap suami. Tapi selepas berdoa, alhamdulillah dia banyak berubah.
“Doa seorang isteri memang terbaik. Sekarang suami lebih ‘cool’. Sikit-sikit biasalah. Kalau tanya saya, 70 peratus sifat suami telah berubah daripada seorang yang panas baran, jadi lebih tenang.
“Saya tidak boleh ubah diri suami 100 peratus sebab saya sendiri pun ada kekurangan dan kelemahan. Apa yang penting kami saling menerima,” katanya.
Disoal tentang pendekatan yang diambil jika berlaku salah faham, Lisdawati memilih untuk berkomunikasi melalui mesej telefon berbanding bersemuka.
Menjadi ibu kepada sembilan orang anak termasuk empat hasil perkahwinan pertama Fauzi serta seorang anak angkat, Lisdawati seboleh-bolehnya mengelak daripada berbincang secara berdepan kerana bimbang akan berlaku pertikaman lidah.
“Sejak dahulu kami memang tidak berbincang depan-depan jika berlaku salah faham. Apa sahaja masalah, kami berbincang melalui SMS (dahulu) dan sekarang melalui WhatsApp.
“Kami elak pertelingkahan lidah sebab takut akan bertindak di luar jangkaan. Sampai sekarang kami amalkan cara begitu.
“Selepas hati kami sejuk, barulah saya dan suami bersemuka untuk berbincang dan saling bermaaf-maafan,” ujar nenek kepada dua orang cucu itu.
Pada musim panas ini, ramai yang terasa bahang kehangatannya sampaikan kipas dan aircond di pasang serentak.
Mungkin ianya boleh mengurangkan kehangatan yang anda rasai tapi sebenarnya tindakan ini tindakan ini akan merugikan anda sendiri.
Ikuti penjelasan daripada seorang juruteknik Muhammad Noramin Mat. Sebenarnya tindakan ini bukan hanya membazir tapi juga menyebabkan kos penyelenggaraan pendingin hawa bertambah.
Dah pasang air cond, kipas tetap on. Ini dah jadi amalan kita. Cepat sikit rasa sejuk. Tapi sebenarnya tindakan ini tak disarankan.
On aircond + on kipas
Semalam aku ada bagitau pasal ON AIR COND + ON KIPAS BIASA. Kalau korang nak tahu, bila korang on je dua dua benda ni dalam masa yang sama, nanti suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul, lepas tu nanti filter air cond korang pun cepat tersumbat.
Kalau macam tu rugi je pasang air cond kat rumah kalau rasa dingin tu tak BEST! kan?
Jadi benda macam ni, korang kene kerap cuci filter air cond korang. Kalau tak cuci macam mana laa nak rasa SENSASI dingin air cond tu kan? Korang banyak rasa angin dari korang rasa dingin.
Aku nak buat video grafik aku tak reti geng. Aku lukis je la senang. (walaupun lukisan aku tak semolek lukisan Leonardo da Vinci. Korang paham dah kira ok la aku rasa).
Nah ni haah aku lukis gambar kat bawah bagi korang tengok (buka gambar, dalam tu ada citer sikit) macam mana kitaran angin tu.
Gambar A. Situasi normal bila ON AIR COND & off kipas biasa. Kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik.
Situasi di bawah bila kipas dan aircond kedua-dua on. Menyebabkan air cond pening dengan suhu ruang bilik. Kitaran hawa panas dan dingin bercampur. (boleh jadi penyebab bil elektrik korang tinggi). P/S: Kalau korang tahu guna ‘MOD DRY’, Tu dah kira lain.
Sumber: Muhammad Noramin Mat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.