“Seorang Perempuan, Seperti Kemahuan Dr Halina.” Sibuk Dengan Pesanan Buku, Dr Sheikh Muszaphar Hampir Terlepas Temu Janji!

Share

Kesibukan dengan pelancaran buku terbarunya membuatkan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor hampir-hampir terlepas temu janji bersama doktor untuk perkembangan bayi dalam kandungan isterinya.

Suami kesayangan Datin Dr Halina yang baru mengeluarkan buku  bertajuk ‘My Way Of Parenting’ membuat pengakuan tersebut menerusi satu video yang dimuat naik ke Instagramnya.

Dalam perkongsian tersebut, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi  imbasan jantina cahaya mata kembar yang bakal lahir tidak lama lagi.

“Saya begitu sibuk dengan pesanan buku-buku sehingga hampir terlepas temu janji imbasan jantina semalam.

“Tapi yang penting, saya berjaya sampai. Kandungan Dr Halina dah masuk 17 minggu lebih. Alhamdulillah, progres kembar di dalam kandungan adalah baik,” tulis Dr Sheikh Muszaphar.

Menurutnya lagi, menerusi pemeriksaan tersebut , pasangan ini bakal menimang cahaya mata perempuan. Manakala seorang lagi belum menampakkan jantina kerana kedudukannya.

“Salah seorang daripada kembar sedang tidur dan seorang lagi bangun dan cuba ‘menendang’ untuk membangunkan seorang lagi.

“Seorang perempuan, seperti kemahuan Dr Halina, seorang lagi tidak dapat dipastikan jantina kerana kedudukannya,” terang Dr Sheikh Muzaphar.

Walau bagaimana pun, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu tidak kisah jantina bayi dan hanya berharap agar kedua-duanya berada di dalam keadaan sihat.

Rata-rata mendoakan semoga dipermudahkan segalanya buat Datin Dr Halina sehingga selamat melahirkan.

deardayanti Have a smooth and happy pregnancy Dr Halina. Love seeing the babies. I wish i’ll have the chance to get twin babies too. Is it possible to get twin when we don’t have any family history of twins? Haha! But i always pray to get twin babies.
yynaaaaaaa It must be hard for dr halina to handle morning sickness and work as frontliner .. Btw congratulation dr 😍
asiahkhadir Alhamdulillah, limpahkan lagi rezeki untuk dr sekeluarga.. kita geng doc.. my first twins boys and 2nd twins girl and boy
kamaliahkamalludin My mom ckp dr akan dpt sepasang😍..semoga dipermudahkan
loisixviii Masha Allah, Alhamdulillah..semoga lebih ramai insan2 hebat dilahirkan berjaya didikan org2 hebat seperti doctor berdua.. May Allah bless you & families, showered with love and mercy . Amin
queenie71enyAlhamdulillah… Dr Halina nampak sihat dan cergas… Moga terus dikurniakan kesihatan yang baik, twin sihat dan dipermudahkan urusan… Aaamiinn