Mengatur kehidupan selepas bergelar ibu tunggal untuk memastikan keperluan anak-anak agar tetap sempurna sepertimana keluarga orang lain bukanlah suatu perkara yang mudah untuk digalas. Selain perlu semangat yang kuat untuk terus bangkit demi anak-anak, usaha dan tenaga juga harus digandakan untuk mencari rezeki.
Sedar dengan kepayahan dan kesukaran ini, SuperMum Bakery iaitu sebuah perusahaan pastri di bawah projek Rotary Club Petaling Jaya (PCPJ) menyediakan latihan praktikal untuk ibu tunggal mengasah bakat dan kemahiran dalam bidang kulinari dan seterusnya dapat melahirkan pelatih yang memiliki ciri keusahawanan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Semua ini dilakukan bagi merialisasikan misi program dalam memperkasakan ibu tunggal.
Mewar-warkan lagi usaha yang dijalankan oleh SuperMum Bakery ini, m/SIX merupakan agensi komunikasi media tidak melepaskan peluang untuk turut menyumbang tenaga dengan menghabiskan waktu hujung minggu di SuperMum Bakery untuk memberikan bantuan kepada ibu tunggal ini menyiapkan tempahan yang diterima dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti yang ditaja oleh Bagus Marketing Sdn. Bhd.
Kerjasama ini juga pastinya menguntungkan semua pihak dan khususnya buat ibu tunggal tersebut. Apa yang pasti usaha ini cukup murni dan wajar diteruskan untuk masa-masa akan datang.
Ads
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kasih ibu sepanjang hayat, andai boleh ditukar tempat, pasti si ibu sanggup menanggung kesakitan yang di alami anak. Namun, ketentuan Ilahi tak siapa yang mampu menduga. Anak yang dikandung lebih 9 bulan diharap membesar sempurna seperti insan lain, tetapi menderita sakit. Lebih memilukan bila anak kecil ini hanya mampu terlantar dan bergantung pada bantuan mesin.
Kisah adik Harith dikongsi oleh ibunya Qaseh Aisy menerusi laman facebook semalam cukup menyentuh hati.
Rezeki Allah
Andai aku diberi peluang akan mama belikan semua keperluan harith dengan usha mama sendiri…tapi maafkan mama xkesemua mesin harith hargnya ratus2 Suction mesin 8bijik dah meletup😭😭 Mesin infusion pump dah yg kedua….😫😫 Semuanya harga ribu2..sapa cakap semuanya mudah untuk mama telan sorang…tapi mama masih xmampu nak belikan kerusi roda dengan tilam khas untuk harith…xpe jangan esau tau syg...insyallah makin yakin rezeki Allah tu pasti ada tau.
Mama akan usaha…
Jangan tanya kenapa xmintak bantuan kerusi roda…mintak dah berpuluh kali bila sampai surat tak layak….jangan ditanya jkm kami mmg xlayak..hanya zakat shaja kami dapat rm300 sebulan…
mama jenis bukan suka meminta2 untuk keperluan harith selagi mama mampu usha untuk anak2 mama insyallah mama yakin Allah pasti akan bantu…
Skrg harith duduk atas sofa dulu ea syg nanti mama ada duit yg cukup untuk harith mama akan belikan untuk harith….mama syg harith dunia akhirat mama….syg mama xkan pernah abis untuk harith…
#harith anak syurga mama…
#harith segalanya untuk mama…
#harith yg terindah untuk mama…
Dalam perkongsian terbaru, Qaseh Aisy menafikan apa yang dikongsikan itu sekadar ingin meraih sumbangan orang ramai.
Bukan nak raih simpati
Berkaitan post berkaitan abg semalam Allah mama betul2 terkejut…post tu bukn bertujuan untuk meraih simpati sesiapa atau untuk membuka dana untuk membeli keperluan harith…mama boleh usaha dengan kudrat mama sendiri…mama yakin kerana Allah…tapi Allah lebih mengetahui segalanya….
Jual barang demi anak
Allah telah menghantar semua rakyat malaysia yg prihatin yg xputus2 msg mama untuk beli segala barang2 jualan mama….mama sangt2 terharu Allah luasnya rezeki abg….saya mintak maaf ada no mintak no akaun tapi sya xsiarkan sebab sya bukan meminta sumbangan apa3 mama hanya menjual barangan segalanya untuk harith…ya Allah yg baik semuanya datang dari Allah….yg negetive sila nyah jauh2 mama hanya ada masa untuk menjaga harith shaja….
Terima kasih yang prihatin
Terima kasih Allah semua yg xputus2 sehingga skrg masih wtssp mssger untuk beli barang jualan mama…syukur ya Allah…terima kasih semua yg prihatin….terima kasih semua yg ada bagi sumbangan xkira dari membeli atau dari keperluan harith….mama lia terima kasih atas semua….terima kasih yg prihatin….terima kasih semua yg baik hati budiman…semoga Allah sahaja membalas jsa kalian….
Tidak dinafikan ada antara punca kita agak susah nak menabung adalah bebanan kos hidup yang meningkat.
Nak menabung ini memang agak sukar tapi kena displin. Selain simpan di bank, boleh je lebihan duit belanja harian tu kita simpan di tempat tertentu atau ‘tempat rahsia.
Tak kisah lah seringgit atau lebih, asalkan setiap hari atau minggu ada untuk disimpan dalam tabung.
Orang dulu-dulu memang terkenal dengan lokasi rahsia untuk menyimpan duit di rumah. Antara lokasi, dalam beras, tin kosong atau bawah tilam. Namun kini lokasi rahsia ni tetap digunapakai oleh kita. Ada juga ‘upgrade’ dengan menyimpan dalam kotak kasut atau dalam buku. Semua ni supaya untuk mengelak daripada ‘terpakai’ duit.
Bak kata perpatah, jika siki-sikit, lama-lama jadi bukit, apa salahnya kita cuba menyimpan tempat rahsia itu. Sekurangnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini duit simpanan ini boleh membantu dengan kadar segera. Namun cara rahsia ini hanya sesuai untuk jangka masa pendek supaya kita tak terlupa atau pun nak elakkan daripada duit rosak.
1) Celah buku
Rasanya ni paling ramai orang buat sebab tempat paling senang nak akses. Kalau ada buku yang dah habis atau jarang baca tu, bolehlah selitkan duit yang nak simpan dalam tu.
Cuma, kena ingatlah tajuk buku mana yang dah diletak duitnya. Takut lama-lama tinggal dalam buku kena makan pula dengan gegat yang suka duduk dalam buku macam ni!
2) Dalam dinding
Jangan tak tahu, ada orang memang simpan duit dalam dinding. Dulu-dulu sebab dinding kayu, jadi senang nak selit duit kat situ. Tapi kalau rumah batu pun boleh juga nak buat jadi tabung, agak-agak ada dinding yang kosong tengah-tengah tu, tebuk lah buat lubang masuk duit.
Satu saja persoalan dekat sini, agaknya bila boleh pecah dinding nak ambil duit tu balik? Mungkin masa nak ubahsuai rumah, untung-untung ada duit tambahan nak beli perabot baru.
3) Bawah lantai kayu
Sekarang ni bukan rumah kampung saja yang guna lantai kayu, rumah moden pun ramai yang pakai lantai kayu sebab nampak eksklusif tau.
Jadi, pada yang rasa nak guna cara ni, cari satu bahagian di lantai kayu tu yang boleh dicabut untuk letak duit simpanan. Kalau boleh biarlah tempat yang tersorok macam bawah sofa atau bawah katil.
4) Bawah atau dalam tilam
Anda boleh memilih sama ada nak simpan di bawah atau dalam tilam. Kalau guna tilam baru elok letak di bawah, sayang pula tilam tu nak digunting-guntingkan.
Jadi, anda hanya perlu alihkan saja bila-bila masa nak menyimpan. Tapi, kalau ada tilam lama, boleh buat ruang dan masukkan duit simpanan di belah dalam. Lagi besar tilam, lagi banyak lah duit boleh disimpan. Seronok pula rasa, macam harta karun!
5) Bekas simpan beras/ barang dapur
Yang ni kalau nak ikut memang kena bekas yang dah tak guna sebab takkan nak campur pula duit dengan barang dapur tu.
Bila dah ada bekas terus letak dekat tempat orang susah nak ambil atau nampak, nanti ada pula yang ingat nak ambil beras, sekali buka bekas ingat jumpa harta karun! Melepas orang yang menyimpan tu.
6) Laci pakaian dalam
Pelik tapi benar! Laci pakaian dalam memang ada orang guna untuk simpan duit sebabnya laci tu mana ada orang lain buka. Kita saja yang tahu ada apa dalam laci peribadi tu.
Kalau nenek kita dulu-dulu bukan setakat dalam laci, dalam pakaian dalam tu pun disimpannya duit. Kita tak cukup duit nak beli jajan, tiba-tiba nenek dah keluarkan duit dari dalam situ! Fuh, sekarang ada lagi ke?
7) Dalam pasu bunga
Pasu bunga ni boleh guna yang kosong atau pun yang jenis letak bunga palsu tu. Cumanya, pasu ni selalu jenis terbuka, jadi elok buatkan penutup supaya tak nampak duit yang disimpan tu. Bukan apa, takut ada yang tergoda bila nampak duit yang dah mula nak menimbun tu, tak sempat penuh satu pasu nanti!
8) Dalam kotak kasut
Lepas ni kalau beli kasut, jangan dibuang kotaknya tau. Anda boleh buka penutup kotak setiap kali nak simpan duit atau buat lubang masuk duit belah atas tu.
Kalau ada beberapa kotak lagi menarik sebab boleh labelkan tujuan duit simpanan dalam setiap kotak tu. Sama ada untuk kumpul wang pendahuluan, duit melancong, beli barang yang dah diidamkan, dan sebagainya.
9) Dalam tin makanan
Cara yang biasa dibuat adalah guna tin makanan sama ada tin biskut atau tin serbuk coklat. Cuma kena pastikan tin itu tidak berkarat dan lembap. Ada juga petua tidak boleh campurkan sekali duit syiling dan duit kertas dalam tin yang sama. Ia untuk elak duit menjadi rosak atau reput atau serangan anai-anai.
Apa yang pasti tempat rahsia untuk menyimpan duit di rumah ada kelebihannya apabila terdesak memerlukan wang, boleh segara ambil. Kelemahannya, tempat sebegini sesuai hanya untuk simpanan jangka masa pendek supaya kita tak terlupa atau pun nak elakkan daripada duit rosak.
Sumber:www.propertyguru.com.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di