“Seorang Ibu Memang Susah Nak Tinggalkan Anak….” Saharul Ridzwan Bawa Isteri Tunai Umrah, Latih Diri Berjauhan Dengan Anak

Share

Pelakon terkenal, Saharul Ridzwan apabila membawa isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir untuk sama-sama beribadah di sana.

Namun begitu, menerusi Mstar, Saharul memaklumkan yang mereka cuma pergi berdua sahaja dan tidak membawa anak-anak.

Menurutnya, ia merupakan salah satu cara melatih diri berjauhan dengan anak-anak buat sementara waktu sebagai satu bentuk persediaan andai dia keluar berdakwah membawa isteri pada masa akan datang.

“Cabaran kali ini ialah kami terpaksa berjauhan dengan anak. Saya sentiasa ingatkan isteri inilah masanya untuk kita belajar tinggalkan anak sekejap supaya boleh mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini.”

“Pada awalnya isteri saya agak keberatan untuk pergi, maklumlah sebagai seorang ibu memang susah hendak tinggalkan anak untuk tempoh masa lama.”

“Apabila dia bersetuju, saya terus tempah slot tarikh untuk mengerjakan ibadah umrah,” katanya.

Saharul turut meluahkan rasa teruja dan tidak sabarnya untuk menziarahi makam Rasulullah S.A.W apabila ke Madinah nanti.

“Selama ini jika pergi menunaikan ibadah umrah, kita sering berharap dapat doakan sesuatu ketika di sana.”

“Kali ini saya bawa rasa cinta terhadap Rasulullah. “Selepas belajar dan mendalami tentang sirah perjuangan nabi, saya amat teruja untuk menziarahi makam baginda ketika di Madinah nanti,” ujarnya.

Pelakon Hati Perempuan ini dan isteri akan ke sana selama 10 hari dan mahu menumpukan sepenuhnya kepada ibadah yang sedang dilakukan.

Ditanya perihal kesibukannya sekarang, Saharul menjelaskan yang dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaan restoran yang baru dibuka pada Mac lalu. Disamping itu, dia juga mahu melipatgandakan amal ibadah lebih-lebih lagi ketika bulan mulia ini.

“Rasanya untuk Ramadan tahun ini lebih tertumpu kepada aktiviti perniagaan selain meningkatkan lagi amal ibadah kita,” jelasnya.

Untuk rekod, Saharul telah melangsungkan pernikahan dengan isteri tersayang pada September 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 5, dan Fateema Azzahara, 2.

Sumber: mStar


ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara