Seorang Ayah Ni Kongsikan Nota Parenting Dari Angkawasan. Awesome Untuk Difahami!

Share

Betapa beruntungnya  bila kita mampu menyampaikan ilmu kepada orang lain dan ilmu tersebut dapat pula dimanfaatkan ke jalan kebaikan. Atas alasan ini juga, Najmi Nawawi gemar berkongsi ilmu parenting di media sosial untuk dimanfaatkan bersama.

Ini pula adalah salah satu perkongsian menarik daripadanya apabila berkesempatan menghadiri seminar parenting pada bulan Oktober yang lalu. Jom kita baca untuk manfaat bersama.


NOTA PARENTING DARI ANGKASAWAN

Seminar yang aku hadiri ini hanya dibuka untuk kelompok kecil dalam 50 orang. Selain daripada Dr Sheikh Muszaphar, turut serta ialah Ibu Rose dan Ummi.

Artikel kali ini aku kongsikan nota bernilai dari Dr Sheikh Muszaphar sendiri untuk manfaat semua. Ianya adalah berdasarkan catatan yang sempat aku salin dan juga kuasa memori. Haha.

1. Anak suka jadual

Buat jadual untuk anak-anak. Dr bagi contoh macam anak dia, Bella dan Tasya dihantar ke kelas Tae Kwan Do, Kumon Classes, Swimming Classes dan banyak lagi. Aku tengok jadual anak dia pun penat. Tapi anak-anak doktor ok je buat semua itu tanpa penat.

2. Anak tak penat

Percayalah anak tak akan penat sedikitpun. Bila dah biasa dari kecil aktif, insyaAllah bila dah besar nanti pasti akan sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Tak lemau. Kata Dr, anak-anak sangat suka aktiviti, nanti mereka akan sentiasa excited untuk tahu “what is next and what is next”. Wow kan. Vitamins and supplements pun doktor cakap dia beri pada anak-anak.

3. Cium anak banyak kali

Setiap hari kita nak atau tak nak, kita tetap perlu beri ciuman sayang kepada anak-anak. Aku tak ingat berapa kali sehari Dr cakap tempoh hari. Tapi memang banyaklah. Yang penting pastikan setiap hari tidak terlepas dari ciuman dan sayang anak-anak kita.

4. Say no to gadget

Aku masih ingat, ada seorang peserta yang tanya soalan tentang masalah anak dia mudah tantrum. Pada ketika dia bertanya, anaknya ada di sebelah sedang bermain phone. Sheikh Muszaphar terus cakap, “Haa, inilah masalahnya. Bagi anak phone tu. Tak boleh!”. Bayangkan suara dan nada Dr ketika itu. Terdiam semua dalam tu. Gulp.

5. Flash card for baby

Jangan rasa janggal untuk bercakap sambil ajar baby guna flash cards. Baby akan ingat. Masa kecil dan masih bayi itulah kita gunakan untuk tunjuk sebanyak mungkin flash cards. Tunjuk dan cakap sekali, macam ajar budak-budak tapi buat pada baby. Jangan ingat ianya tiada kesan, kerana kata Dr, babies akan ingat.

6. Nature bagus untuk anak-anak

Bawa anak-anak main dengan nature sangat bagus. Pantai, pasir dan hujan ialah antara contoh yang anak-anaknya selalu dibawa bermain. Sangat-sangat bagus untuk sensory anak-anak kita.

7. Tunjuk nak jentik

Hebatnya apabila kita jarang sekali marah anak. Kesan apabila marah walaupun sikit akan jadi sangat berkuasa dan amat berkesan. Berbeza dengan orang yang selalu marah anak. Anak-anak dah tak akan peduli, mereka dah immune. Kata Sheikh Muszaphar dia hanya tunjuk gaya nak jentik je, anak-anak akan terus behave. Cuba tunjuk jentik dekat anak-anak kita. Rasa-rasa berkesan tak?

Sambil aku tulis di atas, terbayang suara Dr bercakap macam mana. Dengan penuh semangat dan sangat yakin apa yang dia buat ialah yang terbaik untuk anak-anaknya.

Dr juga banyak kali cakap, “Ini ialah parenting cara saya”. Kalau rasa ok boleh buat, silakan. Tak ada paksaan untuk semua orang buat dan tiru.

Balik tu, aku rasa bersemangat nak pergi pantai terus!

Sumber : Najmi Nawawi