Setiap kali memuat naik gambar si kecil ini, pasti mendapat perhatian ramai. Wajahnya yang comel dengan senyuman manis memikat mata yang memandang. Rizqaa Rizman, buah hati pengarang jantung kepada pasangan Rizman Nordin dan isterinya, Nurida Suraya.
Terbaru, wajah si kecil ini tampak cukup manis mengenakan baju kurung yang pastinya direka khas oleh si ayah yang merupakan pereka fesyen terkenal.
Tampil sedondon bersama si ibu, wajah Rizqaa menjadi tumpuan dalam majlis tahlil yang berlangsung serentak dengan majlis aqiqah yang diadakan oleh ayahnya baru-baru ini.
Selain wajah comel Rizqaa yang tampil dengan busana rona merah jambu cair, dihiasi skaf dan reben kecil dikepala membuatkan dia cukup manis.
Seolah-olah tahu diri menjadi ‘perhatian’ lensa kamera, Rizqaa memberikan senyuman manis ketika bergambar membautkan ramai yang cair.
Kecil-kecil dah pandai pose di hadapan kamera, memang bakal jadi model cilik untuk fesyen sentuhan si ayah ni kan.
Sumber: rizman.n
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club