“Senyum selalu, bersangka baik, Insya Allah hati tenang”. Luahan Adam Corrie Kini Bergelar Ayah Selepas 10 Tahun menanti!

Share

10 tahun menanti bukanlah satu tempoh yang singkat. Nyata sabar itu indah bila apa yang dinantikan sudah ada di depan mata.

Bagi pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 50, tiada yang lebih bermakna bila cahaya mata yang dinantikan selama ini sudah ada di depan mata. Semalam, isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40 selamat melahirkan bayi lelaki.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya kira-kira jam empat petang semalam, Adam Corrie memaklumkan isterinya bersalin di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang.

“Alhamdulillah, bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi. Jutaan terima kasih yang mendoakan kesejahteraan kami.

“Senyum selalu, selalu bersangka baik, Insya Allah hati tenang,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat respon dari pengikut instagramnya termasuklah rakan artis yang lain. Rata-rata menghulurkan ucapan tahniah dan turut meluahkan rasa terharu dengan kehadiran insan baru dalam hidup mereka.

Adam Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema pada 2008. Mac lalu, pelakon yang terkenal menerusi filem KL Gangster ini mengumumkan berita kehamilan isterinya juga menerusi akaun Instagram.

Baru-baru ini, isterinya dimasukkan ke hospital dek kerana kesihatan yang kurang memuaskan. Walaupun pada awalnya dikatakan dia bakal melahirkan anak secara pembedahan, namun tidak jadi dan hanya ditahan diwad untuk pemeriksaan lanjut. Namun, semalam Fazema selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Tahniah dari kami team Majalah Keluarga.