“Sentiasa Bahagiakan Isteri, Patut Rezeki Murah.” Buat Kejutan Sempena Anniversary, Hafiz Mahamad Dipuji Suami Sweet!

Share

Mungkin sesetengah warganet mengenali lelaki bernama Hafiz Mahamad ini. Usahawan muda ini sering mencuri perhatian apabila selalu membuat kejutan untuk isteri kesayangannya.

Terbaru, pasangan ini yang baru menyambut ulang tahun perkahwinan ketiga, Hafiz bersama isterinya, Syafiqah Aina  berkongsi momen menaiki belon udara panas.

 

Menerusi laman sosial Instagram, Hafiz berkongsi sebuah video memaparkan kejutan yang diberikan buat isteri tercinta bersama ucapan romantis untuk tatapan umum.

“Ainaa, dulu awal kita kenal awal pernah cakap, “sayang tak tahu jodoh kita sampai mana, kita follow the flow. Ada jodoh, insyAllah kita bersama”. Waktu tu abang hanya cakap satu perkara, “kita memang tak tahu siapa jodoh kita, tapi abang akan usaha yang abang adalah jodoh sayang”.

“Sekarang Aina, impian abang adalah nak angkat awak tinggi sebagai wanita. Isteri abang tak boleh kecewa, selagi abang masih bernafas dan ada kudrat, abang akan protect dan jaga awak.
“Hari ni abang tak beli hadiah. Abang tahu awak mampu beli jika ia melibatkan wang ringgit. Tapi hari ni abang nak bagi awak satu kenangan yang tak boleh dibeli dengan nilai apa pun,” tulis Hafiz di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi satu minit setengah itu, Hafiz dan Aina bangun seawal pagi untuk menikmati sarapan sebelum didukung untuk masuk ke dalam bakul belon udara panas.

Dia ingat saya lupa “Tarikh Anniversary”

Semalam saya saje buat dia kecewa, buat buat tak ingat tarikh Anniversary. Semalam saya buat kerja di office sampai malam, Aina mula badmood dengan saya

Bila sampai rumah pun, saya tidur tempat lain. Tak tidur dengan dia & anak

“Takkan lah saya lupa, dia isteri saya yg saya sayang”

Pagi tadi jam 4:30am saya bangun, terus kejut dia cakap nk pi breakfast. Reaction dia, breakfast apa 4:30am kena bangun

Dia tak expect saya buat surprise pagi, sebab sebelum ni saya surprise malam je. Suka tengok “nervous” & “happy”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah selain memuji Hafiz yang sering membahagiakan isterinya dengan membuat pelbagai kejutan.

fatinifarghaly The level he appreciated his wife everytime
nrainnatashaaa So sweet 😍 semoga terus bahagia and sweet sampai bila bila😍❤️
nayliintan You’re so lucky kak aina. Abg hafiz go on dengan apa yg dilakukan sekarang ni. Happy Anniversarry 😍
ainaabeauty.wanii Happy Anniversary!!! Tak pernah tak happy, tengok both of you. 🥺🥺🥺 semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. 😍❤️
umminadiaaa Setiap tahun cipta kelainan dlm setiap memori. Happy annivesary Hafiz dan Aina❤️
putriantsha Untungnya seorang wanita dapat lelaki yg menghargainya dari zaman kenal sampai la zaman kawin still tak berubah❤❤❤
ryzalibrhm ❤️❤️❤️ you’re the reason why romantic husband shouldn’t extinct @hafizmahamad
nxzaaa_ satu dalam seribu lelaki mcm dia nj. sentiasa bahagiakan isteri dka. sebab tu rezeki dia murah. alhamdulillah. rezeki kak @syafiqahaina jugak 😍