Usai 8 hari melahirkan, selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa hari ini berkongsi pengalaman bersalin anak sulungnya, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi lnsta storynya. Akui isteri kesayangan PU Riz ini, dia seolah-olah tidak percaya sakit yang dialami sebagai kontraksi proses melahirkan permata hatinya itu ketika itu.
“Masa ni macam tak percaya and tak boleh digest, betul ke sakit nak beranak ni sebab macam leblih kurang period pain je… (segugutku sangat ekstrem ya setiap bulan).
“Haris balik kerja malam tu, terus dia cakap jom kita pergi hospital and i was like… yeke sayang? Kot-kot false alarm. So i started to record setiap kali sakit,” jelasnya.
Jelas Neelofa lagi, dia mengalami tempoh kontraksi selama beberapa jam sebelum proses bersalin dipermudahkan.
“Teman suami makan breakfast, masa ni dah lebih lapan jam layan contraction dan enam jam kemudian, jam 3.44 petang Allah mudahkan segalanya. Bilal dilahirkan dengan selamat,” tulisnya.
Dia dalam pada itu turut menitipkan ucapan syukur Dan berterima kasih kepada suaminya yang setia berada di sampingnya sepanjang proses tersebut.
Ads
“Sentiasa ada di sisi, terima kasih suamiku. Walaupun mencabar the first five days di hospital, tapi tu antara hari/momen terindah bersama suami sepanjang berkahwin,” tulisnya lagi.
Menurut Neelofa, sekitar jam 1 pagi 29 Januari dia ditolak masuk ke dalam bilik bersalin.
“So by 1 am i dah terbaring di labour room… masih clueless ‘betulke dah nak beranak ni’. Pak Ustad (Haris) buat solat sikit sambil tunggu doktor. Masa ni sampai-sampai dah 2cm,” kongsi Neelofa lagi.
Ads
Untuk rekod, Neelofa dan Haris selamat bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.
Elok je kita letak gula dalam bekas, ehhh sempat pula semut mai datang hurung. Dah tu, boleh pula dia masuk dalam bekas tu tah celah mana tah masuk, padahal bekas dah cukup rapat dah!
Tapi, boleh ke guna lagi gula yang dah dimasuki semut tu?
Menurut buku 501 Persoalan Fikah Wanita oleh Zawiah Hassan, gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebih dahulu.
Dari sudut kesihatan pula, ia bergantung kepada kuantiti dan jenis semut yang menghurung gula tersebut. Kebanyakan jenis semut tidak memudaratkan kerana ia adalah haiwan yang tidak berdarah. Malah sesetengah budaya mengamalkan tabiat memakan semut sebagai snek. (*Tapi, dalam Islam kita tak boleh makan semut kecuali tak sengaja.)
Maka, sekiranya semut tidak terlalu banyak, bolehlah diusahakan untuk memisahkannya agar gula tersebut masih boleh digunakan. Mari cuba tips dan petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini.
PETUA MUDAH HALAU SEMUT DALAM GULA
Cara-caranya:
1. Letak beberapa batang kulit kayu manis. (Semut tak suka bau kulit kayu manis ni, laju dia lari ajak geng)
2.Selepas 1 jam semut semut tadi hilang dari radar. Selamat mencuba!
Susu ibu salah satu makanan berkhasiat dan seimbang yang Allah berikan kepada wanita untuk disusukan kepada bayinya.
Melalui susuan ibu ada banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh ibu dan bayi. Antaranya ia dapat mengeratkan pertalian di antara ibu dan anak yang menyusu.
Walaupun ibu yang menyusukan anak namun peranan membesarkan anak tetap dipertanggungjawabkan pada dua orang iaitu ibu dan ayah.
Jika ibu bertanggungjawab memberikan makanan awal terbaik (susu ibu) kepada anak, ayah pula kena menjaga kebajikan ibu yang menyusu dengan menyediakan makanan yang cukup dan pakaian yang selesa.
Dos’ & Don’ts Bergelar Ibu Menyusu
Menurut Ts Siti Fatahiyah Mahamood, Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Shah Alam mengingatkan beberapa perkara yang boleh ataupun tidak boleh dilakukan oleh ibu menyusu mengikut pandangan Islam ketika dijemput sebagai salah seorang speaker webinar penyusuan Ya, Aku Mampu Susukan Anak.
Amalan Ketika Menyusukan Anak
Katanya ketika menyusukan anak, peluklah anak dalam pelukan yang selesa sebab anak akan rasa selesa dan selamat.
“Ibu menyusu kena peluk dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Bila menyusu, pandang anak dalam pelukan penuh keikhlasan dan kasih sayang.
Jadi bila susu dengan ikhlas dan kasih sayang maka akan membentuk hubungan yang erat, makanan yang berkhasiat dan anak akan melalui pembesaran yang baik.
Tidak dinafikan bila menyusukan anak kadangkala ibu tak sihat atau ada masalah-masalah lain macam mengalami bengkak susu dan sebagainya tapi bila ada dua faktor iaitu ikhlas dan kasih sayang, macam mana pun dia sakit dan tak sihat dia akan menyusu anak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas.”
Kata Ts Siti Fatahiyah lagi, ia sebagai salah satu tanda kekuasan Allah SWT. Ibu menyusu ini antara yang terpilih untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT melalui proses menyusukan anak.
Sebaiknya semasa menyusukan anak, ibu amalkan berzikir dan berdoa. Semoga dengan doa dan zikir ia menjadi asbab anak-anak membesar menjadi anak soleh dan solehah.
Ini kerana fasa menyusu adalah proses awal pendidikan anak. Jika boleh ibu tak perlu pasang muzik yang tiada manfaatnya.
Elak Buat Perkara Ini
Beliau turut berpesan agar ibu menyusu tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memberi kesan kepada pembentukan akhlak anak semasa menyusukan mereka.
1. Jangan menyusu anak ketika dalam keadaan tertekan atau dalam keadaan sangat marah. Sebab menyusu anak berlaku bila selamat melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang, emosi ibu ada pelbagai perubahan disebabkan pertukaran hormon dan sebagainya. Bila dalam pantang ibu kena kawal iman dan emosi supaya tak terbawa-bawa dalam emosi tak menentu. Jadi pastikan tak berada dalam keadaan tertekan atau emosi tak terkawal.
2. Menyusu juga satu proses pendidikan awal anak melalui penyusuan. Jadi ibu kena jaga akhlak dan aurat. Maksudnya tengah menyusu anak janganlah buat perkara yang menjatuhkan akhlak seperti bergaduh dengan suami, bergaduh dengan anak yang lain dan orang-orang sekeliling.
3. Ibu menyusu juga kena jaga aurat. Ibu perlu prihatin kepada keadaan menyusu. Ibu kena lihat persekitaran untuk memastikan auratnya terjaga. Sekarang sudah ada bilik khas untuk ibu menyusu di kebanyakan pusat membeli-belah. Ini bermaksud dunia juga mengiktiraf penyusuan susu ibu.
Ibu menyusu biasanya tahu bila masa anak dia kena menyusu, jadi bila nak keluar rumah atas urusan dan bila tiba masa menyusu anak, pastikan dah cari siap-siap tempat sesuai untuk menyusukan anak.
Susukan anak dengan penuh beradab dan penuh sifat malu dan keadaan menutup aurat dalam erti kata sebenar. Walaupun ibu sudah menutup aurat dengan memakai tudung ia bukan alasan untuk ibu menyusukan anak di mana-mana.
Sebaiknya cari tempat yang khusus untuk ibu menyusu bagi mengelakkan fitnah. Menyusukan anak di dalam kereta boleh tapi pastikan aurat ibu sentiasa terjaga.
4. Jangan asyik nak berselfie semasa menyusu anak. Ya, betul perbuatan menyusukan anak itu sangat bagus tapi janganlah tunjuk perkara yang boleh membawa kepada fitnah.
5. Trend sekarang juga ibu suka berkongsi gambar stok susu yang telah diperah. Walaupun alasannya berkongsi sebagai inspirasi di platform media sosial peribadi tetapi ia tetap mendedahkan aurat dan maruah sebagai wanita muslim.
Ts Siti Fatahiyah turut berkongsi sabda Nabi saw tentang kepentingan wanita muslim menjaga sifat malu kerana malu itu menjadi perhiasan kepada wanita solehah.
“Malu itu tidak datang kecuali dengan kebaikan dan kalau tidak merasa malu maka lakukan sahajalah apa yang kamu inginkan”
Maksudnya malu itu datang dengan kebaikan. Sebagai wanita solehah malu itu perlu dijaga. Kalau semua kita tak jaga takut-takut jadi fitnah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahniah diucapkan buat Fad Bocey dan isterinya, Syaheera Abdul Rahman yang selamat menimang anak kelimanya Jumaat lalu di sebuah hospital di Shah Alam.
Menerusi Instagramnya, Fad berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua serta memuat naik gambarnya memangku bayi kelimanya itu.
Malah bapa kepada lima cahaya mata itu turut meluahkan rasa syukur kerana isteri dan anaknya kini berada dalam keadaan baik-baik saja.
“Alhamdulillah pada jam 9:20 pagi tadi isteri saya @syaheeraarahman selamat melahirkan baby ke 5 kami. Terima kasih untuk doa semua ye,” tulisnya ringkas.
Malah Fad menerusi entri yang sama turut berterima kasih kepada semua kakitangan dan doktor yang menyambut kelahiran anaknya dan mempermudahkan urusan isterinya.
“Terima kasih @drnorleen dan @avisenawcsh jaga wife dan baby saya, nanti saya vote doc untuk doc terbaik.
“Nanti kami share gambar baby okay,” tulisnya lagi.
Menerusi entri sebelumnya, terdahulu Fad memohon doa semua agar kelahiran anak kelimanya itu dipermudahkan.
“Bismillahirohmannirrohim, semoga dipermudah urusan my@syaheeraarahman melahirkan zuriat kami yang ke 5, mohon doa sahabat-sahabat semua ye..terima kasih.
“Dari first baby kami sampai yang ke 5, @avisenawcsh dan doctor Norleen tetap pilihan kami.Alhamdulillah,” kongsinya.
Terdahulu, Fad dan isterinya Syaheera Abdul Rahman mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Pasangan ini kini dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.