Nak hidup tenang tanpa hutang adalah impian semua orang.
Mana taknya jika tiada masalah kewangan tentu dapat bersara awal.
Begitulah yang dilakukan oleh wanita ini, Marlia Ramli yang berjaya pencel awal sebelum usia 40 tahun.
Jawatan akhir Senior HR Manager, Marlia mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjayanya.
Nak tahu rahsianya jom ikuti perkongsiannya.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
1) Patut ke beli Vellfire?
2) Patut ke pakai iPhone latest edition?
3) Patut ke pencen muda?
4) Patut ke beli rumah rehat i.e di tepi pantai?
5) Patut ke bercuti setiap 3 bulan sekali?
Anda tanya orang yang betul. Sebab akak dah buat semua nombor 1 hingga nombor 5 sebelum genap usia 40 tahun.
Jawapan akak? Patut… Sekiranya anda faham tujuan kehidupan.
✅ Akak buat semua itu selepas checklist kewangan akak selesai semua. Hutang -hutang pun hanya berbaki rumah-rumah yang disewakan.
✅ Akak pencen setelah puas berkerjaya 18 tahun dengan jawatan Senior HR Manager. Di Multinational Company. Alhamdulillah gaji selesa, travel merata dunia.
✅ Rumah kediaman yang selesa keluarga telah kami diami berbelas tahun. Barulah beli rumah rehat di tepi pantai dan travel ke sana sini sinun.
✅ Saving yang unlimited dan Insya’allah boleh bertahan lama. Barulah akak dan suami beli Vellfire dan Veloz.
✅ Hutang rumah-rumah pelaburan diselesaikan secara berperingkat. Clean and clear. Nak selesaikan semua by cash pun Insya’allah mampu.
✅ Replacement income berbentuk pasif. Tak kerja pun Insya’allah pendapatan berpanjangan. Kalau nak minum Starbuck hari-hari pun Alhamdulillah okay je.
✅ Zakat sedekah dan amal baik konsisten dilakukan secara tetap setiap bulan.
Sampai satu tahap, tak perlulah masih nak berjimat. JANGAN KUFUR NIKMAT. Nikmati rezeki yang Allah bagi dengan rasa syukur.
Cuma jangan terlebih kemampuan. Berbelanja setakat paras maksimum 50% pendapatan Insya’allah okay je. Lebihan? Kekal sendatkan tabungan.
Akak percaya, ketika susah kita bersabar. Ketika senang, kita bersyukur. Nikmati hidup dan hargai orang yang disayangi.
Allah Pemurah yak’amat. Yang penting? Harta benda yang kita bina adalah hasil berbuat baik dan tidak sentuh hak sesiapa. Jika terlebih mampu, tak perlu jimat yang keterlaluan.
Tak dosa pun memiliki rumah besar, kereta selesa dan gadget yang baik jika kewangan berada dalam kawalan kita sepenuhnya.
Malah, dengan semua keselesan ini, boleh menjadi asbab kekayaan berganda.
Salam Sayang
Sumber: Marlia Ramli
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club