Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
1) Patut ke beli Vellfire? 2) Patut ke pakai iPhone latest edition? 3) Patut ke pencen muda? 4) Patut ke beli rumah rehat i.e di tepi pantai? 5) Patut ke bercuti setiap 3 bulan sekali?
Ads
Anda tanya orang yang betul. Sebab akak dah buat semua nombor 1 hingga nombor 5 sebelum genap usia 40 tahun.
Jawapan akak? Patut… Sekiranya anda faham tujuan kehidupan.
✅ Akak buat semua itu selepas checklist kewangan akak selesai semua. Hutang -hutang pun hanya berbaki rumah-rumah yang disewakan.
✅ Akak pencen setelah puas berkerjaya 18 tahun dengan jawatan Senior HR Manager. Di Multinational Company. Alhamdulillah gaji selesa, travel merata dunia.
✅ Rumah kediaman yang selesa keluarga telah kami diami berbelas tahun. Barulah beli rumah rehat di tepi pantai dan travel ke sana sini sinun.
✅ Saving yang unlimited dan Insya’allah boleh bertahan lama. Barulah akak dan suami beli Vellfire dan Veloz.
✅ Hutang rumah-rumah pelaburan diselesaikan secara berperingkat. Clean and clear. Nak selesaikan semua by cash pun Insya’allah mampu.
✅ Replacement income berbentuk pasif. Tak kerja pun Insya’allah pendapatan berpanjangan. Kalau nak minum Starbuck hari-hari pun Alhamdulillah okay je.
Ads
✅ Zakat sedekah dan amal baik konsisten dilakukan secara tetap setiap bulan.
Sampai satu tahap, tak perlulah masih nak berjimat. JANGAN KUFUR NIKMAT. Nikmati rezeki yang Allah bagi dengan rasa syukur.
Cuma jangan terlebih kemampuan. Berbelanja setakat paras maksimum 50% pendapatan Insya’allah okay je. Lebihan? Kekal sendatkan tabungan.
Akak percaya, ketika susah kita bersabar. Ketika senang, kita bersyukur. Nikmati hidup dan hargai orang yang disayangi.
Allah Pemurah yak’amat. Yang penting? Harta benda yang kita bina adalah hasil berbuat baik dan tidak sentuh hak sesiapa. Jika terlebih mampu, tak perlu jimat yang keterlaluan.
Tak dosa pun memiliki rumah besar, kereta selesa dan gadget yang baik jika kewangan berada dalam kawalan kita sepenuhnya.
Malah, dengan semua keselesan ini, boleh menjadi asbab kekayaan berganda.
Di saat keluarga lain selesa mengulit mimpi, keluarga ini masih berjaga mencari sesuap nasi. lebih menyentuh hati, si atuk yang sudah uzur mengerah kudratnya mencari rezeki demi cucu-cucu yang masih kecil.
Itu yang dikongsikan oleh lelaki yang dikenali sebagai Dr Afiq Rahim dalam memuat naik perkongsian di laman Facebook mengenai seorang pakcik yang membonceng motosikal di tengah malam bersama cucu-cucunya.
Lebih menyentuh hati adalah apabila melihat warga emas itu ditemani cucunya yang masih kecil di celah longgokan barang lusuh sedang tidur keletihan. Mungkin penat membantu atuknya mencari barang-barang lusuh.
“Apa yang sedang bergerak di belakang tu?”
Doktor Terkejut Semasa Memandu Pada Waktu Malam 😲😰
===== Saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan hampir larut malam. Cuaca agak dingin selepas disimbah hujan lewat petang tadi.
Dalam perjalanan yang agak sepi, trafik saya tiba-tiba menjadi perlahan.
Selepas 5 minit perjalanan, trafik masih lagi perlahan.
“Traktor barangkali di hadapan” bisik hati.
Saya melihat satu persatu kenderaan mula memotong sejenis kenderaan yang saya tidak dapat kenal pasti dalam kepekatan malam.
Apabila menghampiri simpang empat yang diterangi lampu jalan, barulah saya boleh melihat kenderaan yang memperlahankan lalu lintas.
Sebuah motosikal beroda tiga yang dibonceng oleh seorang pakcik tua.
Disebelahnya penuh dengan barang-barang seperti kerusi plastik dan besi. Selebihnya tidak jelas kerna kesamaran di malam hari.
“Kasihan…” bisik hati lagi melihat keadaan pakcik tersebut.
Kami menunggu dengan sabar lampu merah di simpang empat itu. Juga saya meneliti jika ada peluang untuk saya memintas pakcik itu semasa lampu hijau.
Kemudian saya terlihat sesuatu sedang bergerak di bahagian barang sebelah motorsikal pakcik.
“Eh apa itu?”
“Apa yang sedang bergerak di belakang tu?” saya kehairanan.
Saya mengamati dengan teliti pergerakan yang sedikit tetapi kerap di belakang longgokan barang di motorsikal pakcik.
“La ilaha illallah, budak rupanya” saya terkejut.
Dua orang kanak-kanak sedang berhimpitan di belakang longgokan barang-barang pakcik.
Mereka bergerak barangkali menyesuaikan posisi badan dalam kesempitan ruang yang ada.
Kemudian lampu jalan sudah kembali hijau.
Saya mengambil peluang memintas motorsikal pakcik tersebut. Sempat yang menoleh melihat raut wajah pakcik.
Alahai, wajah yang sangat kepenatan.
Barangkali penat membanting tulang mencari rezeki.
Dalam saya menekan minyak memintas motorsikalnya, hati terdetik “Mungkin aku boleh bantu sedikit pakcik ini”
Kemudian hati bertanya lagi “Bila? Sekarang kau sedang berada di atas jalanraya.”
“Tidak, mungkin tuhan sedang berikan aku satu peluang untuk beramal” saya mempositifkan diri.
Lalu saya berhenti dalam 150 meter di hadapan pakcik dan menunggunya di tepi jalan.
Saya melambai dan menahan pakcik tersebut.
“Assalamualaikum pakcik, apa khabar? Nak ke mana tu?” saya memulakan bicara.
“Waalaikumusalam, pakcik nak balik rumah, nak. Baru habis cari rezeki” balas beliau.
“Oh begitu. Saya nak tanya, saya nampak macam ada orang di belakang barang tu?” saya menunjukkan arahya kepada pakcik.
“Oh cucu-cucu pakcik tu. Mereka tolong pakcik tadi” balas beliau.
Saya ke bahagian belakang motornya. Dua orang kanak-kanak, lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 8-10 tahun sedang tidur keletihan di bahagian yang sempit di belakang kenderaan itu.
“Maaflah nak, pakcik nak gerak dulu ye” maklum pakcik kepada saya.
“Oh kejap pakcik, ini ada sedikit wang untuk pakcik dan cucu-cucu pakcik” saya menghulurkan sedikit wang untuknya.
“Eh takpala nak. Simpanlah duit tu” beliau menolak.
“Tak mengapa pakcik. Ambillah. Saya sedekah.” lalu saya bersalam dan menyelitkan duit ke tangannya.
“Terima kasih banyak-banyaklah nak. Tuhan sahaja boleh membalasnya.” kemudian pakcik tersebut memejamkan mata dan menggenggam rezekinya sambil berdoa.
Bunyi bising kenderaan yang lalu lalang ditepi kami membataskan saya untuk mendengar apa yang sedang didoakan oleh pakcik ketika itu.
Namun beliau kelihatan sangat bersyukur dengan pemberian tersebut.
“Pakcik boleh saya ambil gambar pakcik.” saya meminta kepada beliau.
“Boleh nak” balas beliau.
Usai saya mengambil gambarnya dan cucu-cucunya, pakcik meminta diri untuk beransur pergi.
Langit malam kembali mendung. Angin sejuk menggeletarkan badan kami.
Pakcik ingin segera pulang ke rumah. Barangkali bimbang diri, cucu-cucunya dan barang mereka dibasahi hujan.
Saya tidak sempat bertanya di manakah beliau tinggal, apakah pekerjaan beliau dan apakah anak-anak tersebut bersekolah dan beberapa soalan lain.
Barangnya pula seperti peralatan berniaga di pasar malam.
Banyak lagi ingin ditanya supaya dapat saya membantu serba sedikit namun apakan daya, raut wajahnya membayangkan keletihan yang amat.
Maka kami berpisah pada malam itu.
Saya berehat seketika di dalam kereta mengenang detik tersebut.
Mata sedikit berkaca ketika itu.
Betapa kita manusia perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Hatta kita perlu bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat yang tuhan berikan.
Ada orang diberi rezeki bekerja di dalam tempat berhawa dingin.
Ada orang terpaksa membanting tulang memerah keringat mencari rezeki di bawah terik matahari.
Ada orang dikurniakan wang yang sedikit tetapi direzekikan anak-anak yang ramai.
Ada orang dikurniakan wang yang banyak tetapi hidupnya sepi.
Pakcik itu juga mengajar kita untuk jangan meminta-minta.
Selagi ada kudrat, berusahalah mencari rezeki yang halal.
Aduh banyak sebenarnya pengajaran saya dapat bila bertemu pakcik malam tadi.
Jika saudara – saudari yang membaca kisah syahdu ini mempunyai mesej lain yang tersirat, maka kongsikan dengan kami di bawah ini.
Mudah-mudahan membantu sahabat-sahabat lain yang membacanya.
Terima kasih Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami.
Alhamdulillah….
**Update: 1. Saya tidak sempat bertanya nombor akaun pakcik kerana pakcik kalut hendak pulang ke rumah.
2. Lokasi kami bertemu berdekatan simpang empat Jalan Bayam, Kota Bharu.
Kehilangan anak yang disayangi nyata memberi kesan mendalam dalam hidup ibu dan ayah. Apatah lagi bila pemergian anak tersebut berlaku di depan mata tanpa kita sendiri mampu untuk membantu anak di saat yang sukar tersebut. Pun begitu, apa lagi daya yang boleh dilakukan oleh seorang ayah ini, bila mana anak yang sering menemaninya menemui ajal akibat diseret lembu sejauh 50 meter.
Ini sebagaimana memetik laporan di Harian Metro, Raja Abdul Wafi, 6, maut akibat diseret lembu sejauh 50 meter, di Kampung Rahmat, Jeli, jam 6.40 petang semalam.
“Lembu itu sudah seperti rakan karib anak, dan menjadi binatang kesayangannya sejak dua tahun lalu.
“Saya tidak sangka ajalnya berakhir disebabkan lembu berkenaan,” luah Raja Hishamuddin Raja Yusuf, 29.
Lelaki itu adalah bapa kepada Raja Abdul Wafi, 6, yang maut akibat diseret lembu sejauh 50 meter, di Kampung Rahmat, Jeli, jam 6.40 petang semalam.
Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, sudah menjadi rutin setiap hari anak sulungnya itu akan mengikutnya ke padang untuk mengambil lembu peliharaannya.
“Setiap petang kami berdua akan bersama-sama ke padang mengambil 13 ekor lembu yang ditambat di lokasi berkenaan kira-kira satu kilometer dari rumah.
Gambar Hiasan : Photo by Lê Tân on Unsplash
Walau Sedih Namun Reda
“Lembu itu memang menjadi kesayangan anak saya kerana sudah dua tahun kami menjaganya sejak Abdul Wafi berusia empat tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, ketika kejadian seperti biasa dia akan mencabut tunggul lembu berkenaan serta yang lain untuk melepaskannya, sementara dia dan Abdul Wafi akan mengikut dari belakang dengan motosikal.
“Bagaimanapun ketika itu, saya yang berada tidak jauh dari lokasi tiba-tiba terkejut melihat Abdul Wafi sudah diseret lembu berkenaan, namun saya tidak boleh mengejarnya kerana bimbang lembu berkenaan lari lebih laju.
“Saya tidak tahu bagaimana lembu berkenaan boleh lari, mungkin ketika itu anak saya sedang bergurau dengan lembu itu menyebabkan binatang itu berlari dalam keadaan tali terbelit pada kaki Abdul Wafi.
“Saya hanya menghampiri anak selepas lembu berkenaan berhenti berlari dan ketika itu Abdul Wafi sudah tidak sedarkan diri,” katanya sambil menahan sebak.
Raja Hishamuddin berkata, walaupun sedih dengan kehilangan mengejut anak kesayangannya itu, namun dia reda dengan ketentuan takdir.
Merajuk Jika Tak Bawa
“Sejak kebelakangan ini Abdul Wafi begitu prihatin terhadap lembu berkenaan dan jika saya ke padang tanpa membawanya, dia akan mengamuk serta merajuk.
“Lembu itu juga sangat jinak dengan anak saya dan apa yang berlaku itu memang mengejutkan kami sekeluarga.
“Malah sehingga kini keadaan emosi isteri saya masih tidak stabil, lebih-lebih lagi dalam keadaan mengandung,” katanya sambil memaklumkan jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Lanas, Jeli.
Dalam kejadian jam 6.40 petang semalam, Raja Abdul Wafi meninggal dunia di Hospital Jeli akibat kecederaan parah di kepala berikutan diseret lembu sejauh 50 meter.
Kejadian berlaku ketika mangsa ke lokasi kejadian bersama bapanya untuk mengambil lembu peliharaan mereka.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.