Gaya Hidup

Seni Dan Teknik Jepun Untuk Buang Malas, Dapat Tingkat Produktiviti

Share

Semua orang pernah berasa malas, di mana motivasi susah untuk didapati dan dicari. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh biarkan perasaan malas itu mengawal diri kita. Semuanya datang dari otak kita dan hanya kita dapat kawal cara otak kita berfikir.

Dalam dunia yang sentiasa berkembang dengan kemajuan, Jepun yang kaya dengan warisan budaya dan falsafahnya menawarkan teknik untuk menangani isu ini secara langsung.

Jom kita cuba amalkan dan terapkan dalam kehidupan seharian…..

SENI JEPUN DALAM ATASI KEMALASAN

IKIGAI


Mencari ikigai bermaksud mengenal pasti TUJUAN HIDUP. Contohnya tujuan kita bangun setiap pagi untuk jalani hari tersebut. Cari lah kekuatan, minat dan cari cara supaya kita boleh menyumbang kepada keperluan dunia. Kehidupan akan terasa lebih bermakna dan adanya motivasi untuk kita sentiasa berdaya menjadi penggerak semula jadi kepada diri sendiri.

KAIZEN


Falsafah kaizen mengajar cara untuk MEMFOKUSKAN kepada PENAMBAHBAIKAN berterusan melalui langkah-langkah yang berperingkat. Daripada cuba untuk mencapai segalanya sekali gus, ambillah langkah sedikit demi sedikit. Setiap langkah kecil itu dikira sangat penting kerana ia dikira sebagai konsistensi. Akhirnya membawa kepada pencapaian dari semasa ke semasa.

POMODORO 


Untuk yang mudah terganggu dan mudah letih boleh cuba teknik Pomodoro untuk ubah PERMAINAN FIKIRAN. Teknik ini adalah dengan bekerja selama 25 minit sepenuh tumpuan dan rehat selama 5 minit.

Ulangi teknik ini dan kita dapat rasa diri kita lebih fokus, produktif dan bertenaga. Ia adalah cara yang mudah tetapi berkesan untuk memerangi rasa malas, badan berat dan dapat tingkatkan produktiviti harian.

HARA HACHI BU


Prinsip Hara Hachi Bu adalah teknik BERHENTI MAKAN untuk mengekalkan tahap tenaga dalam badan sepanjang hari untuk mengatasi kemalasan. Teknik ini menggalakkan kita berhenti makan apabila sudah 80% kenyang. 

Dengan mengelakkan makan secara berlebihan, kita akan jadi lebih cergas untuk bekerja dan tidak rasa malas. Kalau ramai yang perasan, apabila sudah kenyang badan mula rasa lesu dan mengantuk. Oleh itu, pengambilan kuantiti makanan harus dikawal. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan sunnah Nabi iaitu berhenti makan sebelum kenyang. Betul tak?

SHOSHIN

Kemalasan sering berpunca daripada menangguh kerja, takut untuk gagal atau keinginan untuk menjadi sempurna. Shoshin atau MINDA PEMULA adalah teknik untuk menyiapkan tugasan dengan sikap terbuka dan ingin tahu.

Jangan terlalu risau untuk mendapatkan semua jawapan dengan sempurna dari awal. Hayati proses belajar dan cuba perkara baru. Dengan mengamalkan Shoshin, potensi akan datang dan dapat mengatasi kemalasan.

WABI-SABI


Daripada menekankan setiap butiran kecil, FOKUS pada perkara yang benar-benar PENTING. Hayati kesederhanaan, hargai ketidaksempurnaan dan utamakan tindakan daripada mencari kesempurnaan tanpa henti.

Ingat, siap adalah lebih baik daripada sempurna. Dengan mengamalkan konsep wabi-sabi, kita akan membebaskan diri daripada sifat perfectionism dan mendorong diri untuk lebih fokus kepada mencapai matlamat.

MANDI HUTAN / FOREST BATHING 


Alam semula jadi mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk MENENANGKAN MINDA dan badan kita. Terbukti secara saintifik ia dapat membantu dalam mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood.

Rehat sebentar dari kesibukan kehidupan seharian dan dunia kerja. Ambil angin di taman berdekatan, hirup udara segar dan biarkan alam semula jadi segarkan fikiran kita. Dengan ini kita akan kembali dengan bertenaga serta mencuci mata melihat kehijauan alam.

KAKEIBO


Tekanan dan masalah kewangan boleh menghalang kita untuk capai kemajuan dan bergerak ke depan. Kawal kewangan dengan kaedah Kakeibo. Buat BELANJAWAN dan sentiasa komited untuk mematuhinya. Gambarkan amaun yang dibelanjakan dan di mana kita berbelanja paling banyak. Dari situ, kita boleh tahu punca banyak wang dihabiskan. Seterusnya, kita dapat elakkan diri untuk ke tempat tersebut dan dapat hadkan perbelanjaan harian. 

MESTI BACA: Teknik Paling Pantas Kupas Bawang Merah Yang Ramai Tak Tahu, Mudahnya!

Teknik Bercakap Dan Peluk Anak Berbeza Ikut Jantina Anak, Barulah Anak-anak Mendengar Kata

Malu Gigi Kuning, Nak Putihkan Dengan Cara Yang Jimat

SUMBER: Relevan

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

IKLAN